Saturday 19 March 2016

Edisi 'Throwback' Sambutan Hari Lahir Siti Saleha dan Ulangtahun Kelab Team Siti Saleha 2012-2015

Assalamualaikum,

Sempena Birthday Saleha yang ke-26 yang baru saja berlalu beberapa hari lepas iaitu pada 14.3.2016, kami ingin berkongsi imbas kembali sambutan-sambutan Birthday Saleha serta Ulangtahun Kelab Peminat Team Siti Saleha sejak penubuhan Team Siti Saleha pada 2012. Kita mulakan dengan sambutan tahun lepas. 


SURPRISE BIRTHDAY SITI SALEHA / SALLYWHO & TSS 3RD ANNIVERSARY (2015)

TSS kembali lagi meraikan kesayangan kami Siti Saleha dengan kejutan majlis hari lahirnya yang ke 25 serta ulangtahun ke-3 penubuhan TSS secara rasmi pada 15 Mac 2015. 

Ulangtahun Saleha yang sebenar pada 14 Mac , manakala ulangtahun TSS pula pada 24 Mac. TSS menggunakan tema 50 Shades Of Green yang serba hijau dengan tagline seksi yang tak menjadi untuk acara rasmi TSS ke-15 ini. 

Acara ini dirancang bersama kawan baik Siti Saleha, Satira Diana dan TSS berjaya kumpulkan ahli keluarga, teman rapat Saleha serta peminat-peminat setia Saleha dalam satu majlis. 

Majlis ini agak unik kerana kami berkumpul sejak awal pagi di lokasi majlis iaitu Ruang di Subang Jaya. Majlis dihiasi dengan belon dan lukisan serta bunga-bungaan segar. Kehadiran kira-kira 60 orang peminat, keluarga dan sahabat handai Saleha serta pihak media.

Majlis ini menggunakan katering The Boys Food Truck yang menyediakan hidangan barat seperti Spagethi, Sandwich, Burger, Chicken Kebab , Fries dan minuman.

Turut disediakan goodie bag yang mengandungi tajaan air minuman oleh Syarikat Gau Baru, Cookies oleh Ainula Cookies, Key chain TSS oleh Atie & Kipas tangan untuk semua peserta.

Pearl Cakes Event pula menyediakan kek hari lahir serta cupcakes di meja desert.Turut dihidangkan, muffin coklat yang lazat serta biskut-biskut.


  

Video sekitar majlis tersebut (KT Atiee Mohd)


Foto Berkumpulan. Kt Nizam Kg.
Saleha mengaminkan bacaan doa selamat. Kt Nizam Kg

Happy Birthday to you..Kt Nizam Kg




Splish Splash With Sallywho (2014)



Tarikh: 26 April 2014 
Tempat: Asian Water Sports Village Puchong 
Kehadiran : 50 orang 
Sambutan Belated Birthday Siti Saleha , Acara BBQ dan sukaneka pantai Kiss The Apple, Lari Dalam Guni, Membantu Ayam Menetas. Berkelah di Tepi Tasik & Main hujan :) 
Door Gift : Poskad




Saleha Retro Birthday & TSS 1st Anniversary (2013)



Tarikh:13 April 2013. Tempat : Restoran Rebung, Bangsar. 
Kehadiran : 55 Peminat. 
Tajaan: Door Gift 
- Poster Art Card -ZuraNBB, 
- Novel Pudina Cinta - A. Darwisy, 
- Hamper Hadiah Games- Palmolive, 
- Candy Buffet & Chocolate Fountain - Cekal Resources, 
- Cake Birthday - Sofya. 
- Artis Undangan: Ezlynn 



Sebelum acara ini, Tahun tersebut, kami juga sempat Surprisekan Saleha sewaktu menyertai Jerayawara(Road Tour) Anugerah Bintang Popular Di Kuantan Pahang.




Majlis Perlancaran Kelab Rasmi Peminat Siti Saleha & Sambutan Hari Lahir Ke-22 (2012) 



Tarikh: 24 Mac 2012 
Tema : Biru Kuning. 
Tempat : Hotel Nomad Sucasa, Ampang. 
Kehadiran : 60 Peminat. 
Termasuk peminat dari Brunei.
Door Gift : Kalendar, Bag




Ok itulah acara sambutan Hari Lahir Siti Saleha dan TSS sejak 2012 hingga 2015, untuk membaca cerita lanjut atau lebih panjang berkenaan acara tahun 2012-2015, bolehlah lihat kembali artikel-artikel lama mengikut tahun.

Sambutan Birthday 2016?

SURPRISE


Kami buat kejutan sewaktu Promosi Drama dan Novel Uda dan Dara. Video Kt Astro Gempak.
19 Mac 2016. (Birthday Saleha yang sebenar 14 Mac )


Ok tunggu artikel seterusnya ya , sementara layan edisi throwback ni.

TSS Sayang Sal

-AdminEhsasjdeed



No comments:

Post a Comment