Saturday 29 June 2013

GLAM Raya Coach Special with Siti Saleha


Assalamualaikum TSS Sweetheartz sekalian ,

Kira-kira sebulan yang lalu Saleha terlibat dengan pengumuman media Memberku Hawa Musim ke-2. Kemudian Sal sibuk pula meneruskan penggambarannya bagi filem Tujuh. Walau bagaimanapun bagi peminat yang rindukan Saleha, selain melihat Sal kat TV setiap Rabu dan Ahad dalam Drama Memberku Hawa Musim Ke-2, Boleh lah tatap video ni pula.  



Gambar-gambar sekitar penggambaran untuk Coach bagi Majalah Glam Julai 2013. 
Jangan lupa dapatkan di pasaran

Sempena bulan puasa yang bakal menjelang ni, TSS sedang merancang untuk melaksanakan Majlis Berbuka Puasa bersama Siti Saleha pada 20 Julai jam 6 petang hingga 10 malam.RM60 seorang. Bagi mereka yang berminat, bolehlah memberi nama  dan no telefon kepada teamsitisaleha3@gmail.com

Acara di KL, mempunyai kemudahan parkir dan berhampiran pengangkutan awam. Lokasi sebenar akan diberitahu kemudian. Yang penting ada Siti Saleha :) Juadah berbuka secara buffet. Berdasarkan siapa cepat dia dapat. Segera daftar dan jelaskan bayaran  kerana  tempat terhad.

Terima kasih.

TSS Sayang Sal :)


-AdminEhsasjdeed

Tuesday 4 June 2013

Drama Bersiri Memberku Hawa Musim Kedua



Memberku Hawa merupakan salah satu drama bersiri yang menyentuh tentang pelbagai isu suka duka serta cabaran yang dihadapi remaja masa kini dalam bentuk yang santai dan ringan tetapi berisi. 

Salah satu adengan ..macam kenal je  :)


Siri ini bakal memasuki musim kedua mulai 5 Jun ini dengan menampilkan gandingan teraju utama yang mantap dan amat berbakat iaitu Siti Saleha (artis kesayangan kita la kan, siapa lagi ) sebagai Hawa dan Nad Zainal sebagai Kay. (teringat doa kita tahun lepas kat satu fan page tu.."Siti Saleha sebagai Hawa 1000x"..kira tahun ni dah termakbul la kan :) )

Teraju Utama

Seperti musim pertama, drama ini ditaja oleh Kotex iaitu salah satu jenama tuala wanita yang terkenal di Malaysia. Objektif drama ini ialah untuk memperkasakan wanita muda agar berkeyakinan menempuh pelbagai cabaran harian, berpegang teguh kepada kepercayaan mereka, menolak halangan agar berani berusaha untuk mencapai lebih untuk diri sendiri.


Gimik

Pada Majlis tersebut juga, Saleha diumumkan sebagai duta terbaru Jenama Kotex disamping Nad Zainal. 


Yeahhh
Saleha & Nad


Dalam siri ini Saleha tampil melakonkan watak gadis kolej yang bertudung.

Majlis perlancaran drama bersiri tersebut diadakan di Hotel Hilton Petaling Jaya bermula jam 2 petang. Para hadirin menerima satu set barangan Kotex, pen drive dan buku nota Memberku Hawa sebagai door gift. 


                 

Produk-produk Tuala Wanita Jenama Kotex


Minuman penghilang dahaga hadirin, selain air mineral, hadirin juga disaji dengan minuman ringan.


















Acara dimulakan dengan ucapan pihak Kimberly-Clark diikuti dengan selingan muzik dan persembahan unik. Acara diteruskan dengan lagu tema siri ini iaitu  Erti Kawan yang dinyanyikan oleh Adira kemudian diikuti dengan ....SURPRISE!!!! 





Siti Saleha dan Nad Zainal turut ditanya tentang pengalaman mereka melakonkan watak-watak dalam drama bersiri ini. 

Saleha sedang menjawab soalan. Eh ada lesung pipit la :)





Pada majlis tersebut, para hadirin berpeluang menyaksikan video muzik Erti Kawan. Selain itu Saleha dan Nad turut menari lagu Erti Kawan bersama pelakon-pelakon siri tersebut. Jom belajar menari..

"Bagaikan roti dan kaya, teh dan gula.." (lirik lain kami dah lupa :P)

Saleha , Nad & Bella


Jom kita tonton siri ni:

Memberku Hawa Musim Kedua 

Setiap Rabu mulai 5 Jun 2013
Jam 10 Malam
Astro Ria Saluran 104

Siaran ulangan setiap Ahad Jam 6.30 petang


Finale musim ini akan disiarkan selama satu jam dengan 

episod 9 dan 10 ditayangkan serentak pada Rabu, Julai 31.

Selain Siti Saleha dan Nad Zainal, antara pelakon lain yang membintangi drama ini termasuklah  Ezlynn, Bella Dally, Nur Zaireen Mohd Zait, Nor Nadia Nor Mahazan, Sharifah Sofea dan Christina Suzane.

Terima kasih kepada Saleha dan pihak penganjur yang sudi undang admin TSS ke majlis tersebut. Terima kasih pihak penerbit drama dan penaja-penaja yang sudi ambil Saleha sebagai salah satu teraju drama ni dan duta produk. Cerialah Rabu kami nanti InsyaAllah.






Sebelum catatan berakhir ...

Comel Sal senyum macam ni bak kata Kotex " Serlahkan keyakinanmu "


TSS Sayang Sal

- AdminEhsasjdeed