Friday 18 November 2016

Drama 7 Hari Mencintaiku



Terbaru di slot Akasia TV3, drama 7 Hari Mencintaiku terbitan Pena Creative Pictures dan diarahkan oleh Jamal Khan. Dibintangi Shukri Yahaya, Siti Saleha, Aman Graseka, Liza Abdullah, Idris Mad Diah, Rosnah Johari, Bil Azali, Syazwan Zulkifli, Ungku Hariz, Jaja Iliyes DFKL, Zaryn Min.






Montaj Pembukaan



Sinopsis


Mia Adriana, perempuan yang sentiasa merasa dirinya yang bagus dipaksa menikahi lelaki kampung merangkap anak kawan baik Dato' Megat Idrus iaitu Pak Samad. Pernikahan terpaksa dilangsungkan apabila tunang Mia, Khalil merangkap sepupunya memilih wang berbanding maruah keluarga Mia. Bagi mengelak rasa malu, Mia terpaksa bersetuju ekoran kesihatan papanya yang tidak menentu. Dengan sekali lafaz, Mia ssah menjadi isteri Khuzairi. Dato' Megat meninggal dan kehidupan Mia seperti sudah jatuh ditimpa tangga apabila syarikat papanya diisytihar muflis. Mia degil seringkali mengingkari perintah Khuzairi, tetapi Khuzairi tetap bersabar. Atas desakan ibu Khuzairi yang benci akan Mia, ibunya menyuruh Khuzairi menikahi Syakila dan Khuzairi akur.





Runut Bunyi drama ini nyanyian Dayang NurFaizah : Lelaki Teragung


TSS Sayang Sal 


-AdminEhsasjdeed