Filem



Telefilem

2009

1. Puaka Topeng Putih - Astro Ria
2. Hati Batu
3. Senandung Semalam - Astro Prima
4. Baju Raya Mona - Astro Ria

2010

5. Bersalji Di Kuala Lumpur - Astro Citra



6. Sudu & Garfu - TV3

7. Member Nenek 2011 8. Gincu
9. Mistik Alam Hitam 10. Cintaku 120km/j - TV3
11. Rebah Di Hujung Taubat - Astro Prima 12. Kekasih Awal Dan Akhir - TV9
13. Aku Untuk Siapa - TV3
2012 14. Izan Azizan - TV9
15. Semadikan Aku - TV3
16. 7 Hari Di Neraka - TV9
17. Syawal Aidil Dan Fitri - TV AlHijrah
18. Pelita Buluh Tok Wan - TV3
19. Bila Kerbau Bunting Berkubang - Astro Warna
20. Aku Dia Dan Tong Sampah - TV9

21. Bukan Takdir Aku - TV9

2013

22. Telefilem Dari Kerana Mata - TV3 
23. Telefilem Kisah Sebenar Mengenai Bibah 

2014 

24. Telefilem Lutf Mahfuz Cerekarama TV3 Minggu kedua Januari 2014 
25. Telefilem Hati Untuk Siapa (Latte Atau Kopi Tarik) - 10.3.2014 Astro Prima
26. Telefilem Cinta Hati Suri (Cinta Rhapsody) - Slot Cerekarama TV3 29.3.14
27. Telefilem Cikgu Gangster - Slot Astro Maya HD 3.4.14 
28. Telefilem Mat Gedebe TV9 
29. Telefilem Ketupat Rendang Keju - Sempena Raya 
30. Telefilem Tak Nak Balik Raya - Sempena Raya 
31. Telefilem Cinta Paling Agung
32. Telefilem Parut Sarajevo 
33. Telefilem Cintaku Tertinggal Di Mostar
34. Telefilem Ada Sejadah Panjang Terbentang 


Filem 1. Kerat 14




Kerat 14 menjadi filem pertama lakonan Siti Saleha. Penggambarannya bermula 15 Januari 2012. Filem ini bercorak Psiko Thriller dengan barisan pelakon yang mantap. Selain Siti Saleha, filem ini turut dibintangi oleh Aaron Aziz, Fauziah Gous dan Zamarul Hisham. Dalam filem ini Siti Saleha memegang watak Nurzara manakala Aaron Aziz sebagai Haziq, Fauziah Gous sebagai Shasha dan Zamarul Hisham sebagai ASP Razman.







(CinemaMalaysia.com.my)

2. Pak Pong

Filem ini juga turut memulakan penggambaran hampir serentak dengan Filem Kerat 14. 


Siti Saleha bakal bergandingan dengan Hairul Azreen. Pelakon lain yang turut serta ialah Eizlan Yusof, Marsha, Yasmin Hamid , Amber Chia, Syawal AF dan Saiful Apek. 


Khabarnya Thailand juga dipilih sebagai lokasi dan Siti Saleha juga perlu berlatih silat untuk persediaan filem ini. 



3. KL Zombi


Sebuah karya yang diadaptasikan daripada Novel Zombijaya. Saleha bakal melakonkan watak Nora. Penggambaran djadualkan bermula Mac 2012. Pelakon-pelakon yang turut serta ialah Zizan dan Izara Aisyah.




4. Bravo


Saleha berperanan cameo dalam filem ini, walau bagaimanapun wataknya penting bagi menyokong jalan cerita yang berunsur patriotik ini. Saleha digandingkan dengan Remy Ishak.


 
Teaser Trailer


5. Balada Pencinta
Poster Rasmi

Antara barisan pelakon yang membintangi filem ini ialah, Johan Asari, Siti Saleha, Sein Ruffedge, Faizal Hussien, Iedil Putra, Miera Lyana, Azhan Rani, Norish Ismail, Ngasrizal Ngasri, Dato’ Jalaluddin Hassan, Dian P.Ramlee. Menurut penyunting filemnya, beliau seronok menyunting filem ini kerana banyak babak-babak filem ini menyentuh perasaan dan menyebabkan kita akan menonton hingga ke akhir.



Teaser Versi 1

 

Teaser Versi 2  



  Trailer Rasmi


6. Mamak Cupcake


Filem ini akan menemui anda tahun depan, InsyaAllah. Ia menampilkan barisan pelakon yang hebat2. Selain pelakon kesayangan ramai Siti Saleha dan Shaheizy Sam kite juga ada Maria Farida, Natasha Hudson, Faizal Hot FM dan ramai lagi. So, tunggu apa lagi, jom kite like facebook filem Mamak Cupcake http://www.facebook.com/mamakcupcake .. Banyak gegamba2 menarik.. Rugi kalo tak like.. 


Nak tengok Cik Siti Kiut joget ala2 Hindustan?? Tunggu apa lagi, klik butang play!! Enjoy guys!! This film is gonna be awesome!!




Sewaktu Sidang Media




7. Terbaik Dari Langit / Nova ( Tajuk asal : Bikin Filem)



Poster Rasmi Versi Tempatan.Kt FB Filem Kita

Poster Terbaik Dari Langit versi antarabangsa dengan tajuk Nova.
Filem Terbaik Dari Langit bakal ditayangkan di Malaysia pada 25 Disember 2014. Filem ini juga berjaya tercalon dan dipertandingkan dalam kategori Asian Future di Festival Filem Antarabangsa Tokyo kali ke-27. Filem ini akan ditayangkan pada 26 Oktober 2014 dan 29 Oktober 2014 di festival tersebut. Bagi pasaran antarabangsa, filem ini bertajuk Nova. Astro Shaw juga melancarkan jualan filem ini di pasar filem antarabangsa Busan dan American Film Market.



Filem ini banyak menjalani penggambaran di sekitar Ipoh dan Batu Gajah, Perak. Saleha memegang watak Zelda. Pelakon lain turut sama dalam filem ini antaranya ialah Sharifah Amani, Nadia Nissa , Bront Palarae dan ramai lagi. Filem ini InsyaAllah menarik kerana dihasilkan oleh Produksi Playground Picture iaitu yang sama menghasilkan Telefilem Aku Dia Dan Tong Sampah. :) serta arahan Nik Amir yang pernah mengarah Filem KIL sebelum ini. 


Temubual Daily Seni dengan pelakon-pelakon terbaik dari langit part 1. 
Fokus watak Berg (Bront) dan Zelda (Saleha)

Temubual Daily Seni dengan pelakon-pelakon terbaik dari langit part 2. 
Fokus watak Ali (Megat Sharizal) dan Ijam (Iedil Putra)

Temubual Daily Seni dengan pelakon-pelakon terbaik dari langit part 3. 
Fokus watak Sofea Jane (Nadiya Nisaa) dan Toyu (Amerul Affendi)

Temubual Daily Seni dengan pelakon-pelakon terbaik dari langit part 4. 
Fokus watak Sara (Sharifah Amani) dan Pemilihan pelakon oleh Playground Production

Temubual Daily Seni dengan pelakon-pelakon terbaik dari langit part 5. 
Bekerja dengan Nik Amir Mustapha

8. Tujuh



Filem Tujuh mengisahkan cerita 7 orang sahabat yang terlibat dengan penganjuran parti liar. Watak Saleha dalam filem ini amat mencabar kerana melakonkan watak gadis lesbian dan latar cerita juga sekitar tahun 1970an. Filem ini bergenre seram berkaitan mimpi ngeri dan karma. Pelakon hebat lain yang turut serta ialah Johan Asari , Pekin Ibrahim, Aaron Aziz, Marsha, Christina Chempaka, dan pelakon baru DeeDee Nash.


Petikan Video Budiey.com

9. Rajawali Aku Abang Long (RAAL)

Saleha sewaktu penggambaran di Pulau Pinang
Saleha berperanan sebagai Maya salah seorang penggodam (hacker) komputer hebat dunia. Ia berkisar tentang dunia persilatan, mistik. Skrip oleh Mamat Khalid. Pengarahan oleh S.Amin Shahab dan Mamat Khalid, Turut berlakon ialah M Nasir, Faizal Hussein. Lokasi penggambaran di Kuala Kangsar dan Pulau Pinang. 


10 Upin Ipin Jeng Jeng Jeng 



Sebuah filem yang menggabungkan karakter animasi Upin Ipin dengan manusia. Usahasama Les Copaque dan KRU. Pelakon yang turut sama dengan Saleha antaranya Awie dan Tauke

11 Langit Cinta 


Belum poster rasmi lagi ni. Saleha dan Farid Kamil (Kt gambar Shuhaimi)
Saleha telah sahkan bahawa akan terlibat sebagai salah seorang pelakon bagi Filem Langit Cinta disamping Fazura dan Keith Foo arahan sutradara Osman Ali. Filem tersebut sudah mula menjalani penggambaran dan Saleha akan masuk set pada bulan Oktober. Antara lokasinya ialah Pulau Tuba, Langkawi, Kota Kinabalu, Pulau Sapi dan Kundasang, Sabah