Kelab TSS


Kelab Team Siti Saleha (TSS) ditubuhkan secara tak rasmi pada 29 Julai 2011 dan berjaya menganjurkan acara pertama iaitu Majlis Berbuka Puasa Bersama Siti Saleha pada 20 Ogos 2011. Kelab ini diperakui  secara rasmi sebagai Kelab Peminat Siti Saleha pada 2 Disember 2011

Majlis pelancarannya dilaksanakan pada 24 Mac 2012 (acara TSS yang kedua) 


Barangan Kelab 2012 (Mulai Mac)

Kelab ini diurusakan oleh 6 orang admin. Sejak pelancarannya, keahliannya adalah terbuka. Ahli rasmi dikenakan yuran keahlian sebanyak RM30.00 sahaja. Ahli rasmi akan menerima barangan kelab iaitu:

Tahun 2012

1. Kad Keahlian 
2. Kalendar unik khas gambar pilihan Saleha termasuk 3 gambar peribadi eksklusifnya. 
3. Bag TSS

Barangan Kelab 2013 (Mulai Julai) 

Tahun 2013

1. Kad Keahlian 
2. Photobook Event TSS
3. Pelekat Kereta 

Tahun 2014

1. Kad Keahlian
2. Pelekat Kereta
3. Kalendar Meja 

Barangan kelab begantung kepada selagi stok masih ada. Barangan kelab mungkin berbeza untuk pusingan seterusnya. Bayaran pos dan pengendalian sebanyak RM10 dikenakan bagi ahli yang tidak mengambil barangan kelabnya sendiri. 

Faedah menjadi ahli rasmi TSS.

1. Memperolehi barangan kelab.
2. Keutamaan menyertai acara-acara anjuran TSS bersama Saleha.
3. Bayaran penyertaan acara yang lebih rendah dengan diskaun istimewa.
4. Keahlian kelab seumur hidup.
5. Berpeluang jumpa kawan-kawan baru dan Saleha  :)

Sehingga 1 Ogos 2015, TSS telah berjaya menganjurkan 16 acara bersama Saleha serta membahagiakan beratus-ratus orang yang menyertai acara-acaranya dan mencemburukan beribu-ribu yang lain (hahaha). 

Senarai Acara TSS.

1.  Majlis Berbuka Puasa & Beramah Mesra Bersama Siti Saleha - 20 Ogos 2011
2.  Majlis Perlancaran Kelab Rasmi Peminat Siti Saleha & Sambutan Hari Lahir Ke-22
     -24 Mac 2012 
3.  Bermain Boling Santai Bersama Siti Saleha - 3 Jun 2012.
4.  BBQ Raya Bersama Siti Saleha - 15 September 2012 
5.  Bermain Laser Tag Bersama Siti Saleha & Sambutan Rentak Artis Ke-3
     8 Disember 2012.
6.  Movie Day Out With Siti Saleha - Menonton Filem Kerat 14 - 17 Februari 2013.
7.  Saleha Retro Birthday & TSS 1st Anniversary 13 Mac 2013.
8.  Majlis Berbuka Puasa / Iftar Bersama Siti Saleha - 20 Julai 2013 
9.  Movie Day Out With Siti Saleha - Menonton Filem Balada Pencinta- 24 Oktober 2013
10. Majlis Menggapai Impian meraikan anak yatim & menyampaikan sumbangan 4 Dis 2013
11. Splish Splash With Sallywho & Belated Birthday Celebration. 26 April 2014
12. Iftar bersama Siti Saleha 20 Julai 2014
13. Movie Day Out With Siti Saleha - Menonton Filem Mamak Cupcake 1 September 2014
14. Movie Day Out With Sallywho - Menonton Filem Terbaik Dari Langit 7 Januari 2015
15. Surprise Birthday Siti Saleha-50 Shades Of Green Seksi Yg Tak Menjadi 15 Mac 2015
16. Sambutan Raya bersama Siti Saleha. 1 Ogos 2015

Bagaimana hendak sertainya.?

Mudah. Emelkan / berikan Nama, No Telefon, E-Mel, No KP, FB, Twitter dan alamat  ke E-Mel: teamsitisaleha3@gmail.com 

Kami akan beri maklumat lanjut. Ahli yang telah membayar yuran serta telah lengkap maklumatnya adalah ahli rasmi TSS. 

Jom masuk kelab TSS kerana Siti Saleha dilamun cinta dengan peminat ...kita la tu hehehe jom tgk video kat bawah ni. 



Kami pun Sal, Pendek kata sejak dilamun cinta ni makan tak kenyang2 
(asyik bertambah je, tak caya jemput kenduri), tidur tak basah (kecuali termimpi buang air), mandi tak lena. hahaha 

-AdminEhsasjdeed

Team Siti Saleha