widgets

About Me

Team Siti Saleha (TSS) ditubuhkan secara tidak rasmi pada 29 Julai 2011 dan diuruskan oleh 6 orang peminat setia Siti Saleha. Pada 2 Disember 2011, hasil inisiatif keenam-enam ahli setia Siti Saleha ini, maka tertubuhlah TSS secara rasminya setelah mendapat persetujuan Siti Saleha. Objektif penubuhan TSS adalah sebagai medium yang dapat menghubungkan Saleha bersama peminat-peminatnya. TSS juga menyediakan saluran bagi peminat untuk mengenali pelakon kesayangan mereka dengan lebih dekat lagi.

Thursday, 31 October 2013

MDO Filem Balada Pencinta Bersama Siti Saleha.

Assalamualaikum TSS Sweetheartz sekalian,

Alhamdulilah event ke 9 Team Siti Saleha (TSS)  iaitu Movie Day Out (MDO) Filem Balada Pencinta Bersama Siti Saleha Menggapai Impian telah berjaya dianjurkan.

Salah Satu Poster sewaktu promosi program ini.
TSS telah menempah satu panggung di Cathay eCurve Damansara untuk menonton Filem Balada Pencinta bersama Saleha.

Saleha Sewaktu selesai berucap dalam Panggung sesudah tayangan filem,
Punya syok cerita dah habis filem pun fans tak bergerak keluar. :)


Berikut Butiran acara yang telah berjaya dianjurkan.
Masih di Pawagam, Jom sokong cerita ni, best sangat.
Program:  MDO Filem Balada Pencinta Bersama Siti Saleha Menggapai Impian atau nama lainnya Berdating, Bersantai & Menderma Bersama Saleha.

Event Ke-9 TSS , Ke-4 tahun ini. :)
Tarikh acara : 26 Oktober 2013.
Jam 8.00 malam ( Pendaftaran bermula Jam 7.15 petang)
Hari: Sabtu. (Hari ketiga Tayangan Filem Balada Pencinta secara Umum di pawagam.)
Kehadiran : 94 peserta termasuk peserta dari Singapura.
Tema: Baju Hitam atau Pink
Door Gift:
Penanda Buku Istimewa MDO BP &
Set Pop Corn dan Air minuman untuk setiap peserta.
Keistimewaan Acara ini :
Peserta menonton wayang Balada Pencinta,
Bersantai bersama Saleha dan Menderma untuk kebajikan
Sebahagian peserta bersama Saleha. Kehadiran 94 org yg lain tak muat masuk frame.  
Selain TSS, acara ini turut disokong oleh ahli-ahli pelbagai kelab peminat artis-artis lain yang turut meminati Siti Saleha dan filem ini antaranya ZIzan Twitter Friends /ZTF(Zizan Razak) , Nad Zainal Lovers (Nad Zainal) Johan Asari FC (Johan Asari) dan lain-lain yang mungkin ramai yang tak tersebut di sini.


Apa yg penting..kerjasama :)

Artis yang turut serta memeriahkan acara selain Her Gorgeousness Siti Saleha sendiri ialah Ezlynn. Terima kasih :)

Fans sejauh Singapura. Terima kasih sudi sokong program ni.
TSS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program menonton amal ini.

Bukan sekadar kisah cinta, ada muzik, aksi, dan drama juga menghiburkan dan membuai rasa.


Balada Pencinta masih hangat di Pawagam. Kami mohon yang telah menonton mewar-warkan sahabat handai yang lain untuk menyokong filem ini di pawagam.

Berikut ucapan Terima Kasih Khas dari Cik Siti Saleha kita yang comel ni. Sambil tu, kita layan lagu Intro fav ni ye sesuai dengan  ucapannya.



Mohon maaf kualiti video amatur yang goyang gerudi, InsyaAllah tak lama lagi pro la tu boleh buat filem macam GB kan hehehe. Faham-fahamlah ye, beli la tiket Balada Pencinta hari-hari sampai wayang tukar gambar lain. :)

Kutipan tambahan untuk Tabung Menggapai Impian masih lagi terbuka, hubungi kami TSS untuk menderma di teamsitisaleha3@gmail.com. Terima kasih semua, TSS sangat menghargai.


TSS Sayang Sal

-AdminEhsasjdeed






4 comments:

  1. tss xde whatsapp group utk fans?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Is ,

      Terima kasih sudi tambah komen kat blog ni. :)

      Kami ada whatsapp group untuk fans terutamanya untuk yang berdaftar dengan kami. CrazeeAdmin (Presiden TSS) akan invite.

      Apa kata terus jadi ahli rasmi TSS hantarkan maklumat seperti Nama penuh, Ic, No Telefon, Alamat dan e-mel ke teamsitisaleha3@gmail.com yuran cuma RM40 termasuk kos pos laju merchandise TSS dalam Malaysia.

      Boleh juga whatsapp CrazeeAdmin (Dee Dee) di no berikut untuk maklumat lanjut :
      019-2656622 Terima Kasih.

      - AdminEhsasjdeed

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete