Pengacaraan


Pengacaraan

Saleha juga turut berbakat dalam bidang pengacaraan selain bidang lakonan dan model iklan. Tahun 2011 dan 2012 Saleha berpeluang menonjolkan bakatnya dalam bidang ini.

September 2011


1. Pengacara bersama bagi rakaman TV Program Gerbang AIM sempena Anugerah Industri Muzik.











Mei 2012



2. Pengacara Mini Konsert U-Kiss (K Pop) secara langsung sempena Program Hari Belia Negara.





Julai 2012



3. Pengacara bersama bagi Program Sentuhan Kasih Ramadan Anjuran Petronas yang disiarkan online.



Melalui majalah-majalah dan surat khabar serta sembang-sembang dengan TSS, Siti saleha menyatakan pada masa akan datang beliau berminat untuk aktif dalam bidang ini. Selain selesa mengacara rancangan berbahasa Inggeris, beliau juga bersedia untuk mengacara rancangan berbahasa Melayu. :) 

Semoga maju jaya Sal. :)

April 2013


4. Pengacara bersama Projek Gila di TV9 bersama Elfira Loy.


Projek Gila merupakan sebuah rancangan yang memerlukan kedua-dua pengacaranya melakukan pelbagai aksi yang gila-gila seperti tidur atas pokok, bakar diri, berakit di sungai berharlem shake di atas bot nelayan dan lain-lain aksi di tempat-tempat menarik seluruh Malaysia. Projek Gila bersiaran mulai 8 April setiap Isnin jam 10.30 malam di TV9. Projek Gila juga disiarkan setiap Sabtu jam 7.30 malam.







2015

5. Pengacara Program Keusahawanan Desa (KUD) 2015- Satu Daerah Satu Industri .

Acara diadakan di Putrajaya. Saleha mengacarakan program persembahan pentas KUD yang mempersembahkan tarian tradisional seperti Ngajat. Penonton juga diundang mengambil bahagian dalam program tersebut.

Oktober 2015

6. Pengacara bersama Konsert Suara Pengguna dan Ikon Hari Pengguna Kebangsaan 2015

Saleha dilantik sebagai Ikon Hari Pengguna Kebangsaan 2015 dan disamping itu turut mengacarakan Acara Konsert Suara Pengguna hari kedua. Acara diadakan selama 3 hari di Dataran Merdeka pada 23 Oktober 2015 hingga 25 Oktober 2015. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang program tersebut.