Sunday 28 September 2014

Aktiviti TSS & Saleha Bulan September 2014

Assalamualaikum semua & Salam 1Saleha,

Berikut beberapa aktiviti Saleha bagi bulan September 2014 yang lalu.

1. Event Ke-13 TSS - Movie Day Out Filem Mamak Cupcake Bersama Siti Saleha
Movie Day Out Filem Mamak Cupcake merupakan event TSS yang ke-13 sejak ditubuhkan. 


Sebahagian Team Siti Saleha


TSS dah tempah satu panggung untuk menonton filem ini pada 1 September 2014. Kira-kira 94 orang hadir memenuhkan pangung. Ini merupakan filem ke-4 lakonan Saleha selepas filem Kerat 14, KL Zombi dan Balada Pencinta.







Setiap peserta diberi 2 pilihan pakej. Kebanyakan peserta memilih pakej A iaitu tiket wayang, T-shirt TSS Aduh Saleha dan sebiji kek cawan yang sedap hasil karya Satira Diana (IG: PearlCakesEvents) yang merupakan pereka kek cawan dalam Filem Mamak Cupcake ni.

Aduh Saleha. Ni T-Shirt orang terakhir sampai hari tu sampai berkelah di tangga. Foto IG Ieka 


Peserta juga bertuah kerana selain Siti Saleha, penulis skrip cerita ini saudara M. Zulkifli serta pereka kek cawan cerita ini, Satira Diana turut sama dalam acara ini. 


Merchandise sumbangan GB, Penulis Skrip M Zul, Satira dan Cupcakes Pearl Cakes Events bersama Saleha


Tema kali ni adalah Bollywood dan Saleha kelihatan cantik sekali dengan gayanya yang seumpama heroin Mahitma Chowdry dalam Pardes dan kekadang macam Pretty Zinta pun ada. Malah peminatnya yg berpakaian ala-ala Shah Rukh Khan dan Kajol berpeluang duduk bersebelahannya dalam panggung. Acara wayang bermula jam 1.30 PM, namun Siti Saleha sempat bersantai bersama peminatnya sebelum wayang bemula.
 


Setelah selesai menonton wayang, CrazeeAdmin. presiden TSS mengemudikan acara dengan menjemput Saleha serta penulis skrip cerita ini memberi sepatah dua kata. TSS juga mengadakan kuiz bersama peminat-peminat yang hadir. Peminat-peminat bertuah berpeluang memenangi hadiah-hadiah seperti tot bags yg comel sumbangan saudara M. Zulkifli serta merchandise dari Grand Brilliance penerbit filem ini. 


Siti Saleha gaya Bollywood dgn beg comel Cupcakes untuk pemenang kuiz. 
Terima kasih kepada peserta dan penyumbang-penyumbang hadiah serta semua yang terlibat dalam majlis ini terutamanya Her Gorgeousness Siti Saleha sendiri. TSS mohon maaf sekirannya ada sebarang salah dan silap. 

2. Kelas menyelam di Pulau Tioman



Sewaktu menyelam - Sumber IG Saleha. 
Saleha menyertai kelas menyelam di Pulau Tioman pada 5 September 2014 dan ia terbuka kepada peminat yang berminat dengan aktiviti ini.  

3. Latihan Teater Asrama-RA All Stars
Poster sebenar Asrama-RA All Stars 9 Bintang 9 Rahsia


Saleha giat berlatih teater untuk pementasan 16-19 Oktober 2014. Teater Asrama-RA All Stars merupakan teater yang pernah dipentaskan sebelum ini tahun lalu.


Pada kali ini ia akan dipentaskan sekali lagi dengan gandingan pelakon-pelakon popular. Selain Siti Saleha, bintang-bintang lain yang turut serta ialah Nadiya Nisaa, Intan Nor Saina, Tuan Faisal, Sharifah Amani, Sherry Al-Hadad, Dira Abu Zahar, Fynn Jamal, Amerul Affendi. Teater ini diarahkan oleh Khairunazwan Rodzy.

Masih belum terlambat, peminat boleh hubungi no tertera di poster atau beli tiket melalui laman web:

http://www.ticketpro.com.my/jnp/theatre/1415755-klpac-Asrama-Ra-All-Stars.html




Kami dah beli tiket, ya TSS juga akan pergi menonton. Ok ini antara TSS yang akan menonton teater ni hehe. Poster sebenar yg di atas yg dibawah ni parodi Aa Seram-Aa All Moons haha contact TSS kalau ada yg nak ambil mereka jadi prop hehe Jangan marah nanti kena sumpah :P
Aa Seram Aa - All Moons 9 bulan 9 cerita (c)  (Amaran ini poster parodi ...haha)
4. Peragaan Barang Kemas Habib Jewel 

Saleha menggayakan koleksi Habib Jewel pada pameran di The Curve 25 Sept. Pameran ini sehingga 6 oktober 2014. Peminat yang hadir berpeluang berjumpa Saleha dalam sesi meet & greet pada hari itu. 


5. Pengumuman tayangan filem Saleha seterusnya.

Hujung tahun ini pada 25 Disember 2014, Filem ke-5 Siti Saleha, Terbaik Dari Langit akan ditayangkan di pawagam. Filem ini arahan Nik Amir dan skrip oleh Redza Minhat. Pelakon lain yang turut berlakon antaranya ialah Bront Palarae, Iedil Putra, Megat Shahrizal, Nadiya Nisaa, Amerul Afendi dan Sharifah Amani. Sebuah road movie sains fiksyen yang lokasi utamanya di Batu Gajah, Perak. Penampilan terakhir Dato Aziz Satar . Kita lihat sneak peek filem ini. 




6. Saleha di TV


Sepanjang September yang lalu ulangan Drama Cinta Alif Ba Ta ada di tayangkan di TV Al Hijrah. (tapi sehingga artikel ini ditulis ceritanya dah habis). Tapi tak mengapa,bagi yang sedang rindu Siti Saleha, TV9 ada tayangkan semula Drama Terlanjur Cinta setiap Sabtu dan Ahad jam 10 pagi.

7. Filem  Saleha Akan Datang.

Bergandingan dengan Fazura & Keith Foo

Saleha telah sahkan bahawa akan terlibat sebagai salah seorang pelakon bagi Filem Langit Cinta disamping Fazura dan Keith Foo arahan sutradara Osman Ali. Filem tersebut sudah mula menjalani penggambaran dan Saleha akan masuk set pada bulan Oktober.


Alhamdulillah murah rezeki Saleha, TSS semua & TSS Sayang Sal





-AdminEhsasjdeed