Sunday 16 December 2012

Laser Tag Bersama Siti Saleha



Team Siti Saleha (TSS) menutup tahun 2012 dengan acara ringkas iaitu bermain Laser Tag bersama Siti Saleha serta bekerjasama dengan portal Rentak Artis (RA) untuk sambutan ulangtahun ke-3 portal tersebut pada hari yang sama iaitu 8 Disember 2012. Acara kelima TSS ini bertempat di Midvalley Megamall , Kuala Lumpur. 

              (Ihsan gambar Amalina Ahmad)

Laser tag tu apa? Mungkin ada yang tak pernah dengar atau tak pernah cuba permainan ni. Kebanyakan peserta pun baru pertama kali mencuba.  :)  Permainan ni macam main paint ball atau  tembak-tembak tapi tak sakit badan. Markah berdasarkan ketepatan penembak menembak pasukan lawan. Kami sempat bermain 2 games sebelum menyertai Rentak Artis  untuk majlis mereka pula. 

 (Ihsan gambar Amalina Ahmad)

Oleh kerana acara ini ringkas dan mengambil masa yang singkat sahaja, TSS membuka penyertaan yang terhad. Walaupun demikian, kami berbesar hati kerana ada peminat dari Singapura turut sudi meluangkan masa bersama TSS dan Saleha pada hari tersebut.



Acara dijalankan dalam suasana penuh santai di Kopitiam Old Town White Coffee. Pada hari tersebut peserta berpeluang memenangi hadiah daripada Al Humaira Contemporary jika berjaya menjawab soalan yang taklah berapa susah pun kalau nak menang hehehe.

(Ihsan gambar Haiza Kamal)






Selain itu, ada upacara memotong kek sempena birthday Rentak Artis (RA) yang ke-3. Kebetulan pula TSS pun telah genap setahun secara rasmi pada 2 Disember 2012 baru-baru ini. ( In sha Allah kita sambut tahun depan :) ) 





TSS dan Siti Saleha mengucapkan tahniah serta terima kasih kepada Rentak Artis (RA) kerana sudi bekerjasama dengan kami dan sentiasa menyokong kami dan Saleha dalam kerjayanya. Terima kasih juga kepada peminat-peminat, peserta-peserta, rakan media serta penaja-penaja yang sudi menaja acara ini antaranya pihak sendukbesi.blogspot.com, www.nurain82.com dan Al-Humairah Contemporary. 





Seperti acara TSS yang terdahulu tak sah rasanya kalau tak ada gambar solo Saleha. Kami lepaskan beberapa keping gambar solo Sal untuk tatapan peminat-peminat jauh dan dekat :) 





Video istimewa ini pula menjadi penutup artikel kali ini. "Cinta Dia Abadiiii"








- AdminEhsasjdeed  

5 comments:

  1. Salam semua. First nk bg tau..event pnutup yg simple tetapi menarik tertarik. U ols mmg gempak. Teringat mase bln 2..tergerak ati nk join TSS. Bl dh bnyk kali join event..tnyata saye mmg x salah pilih. Dapat bkenalan dgn ramai kawan dan admins mrupakan 1 pngalaman terindah dalam idup saye.bkongsi crite..idea..pndapat. Insya Allah..jike diberi pluang saye akan join lg event yg akan dtg. (mesti saleha bosan..asyik tgk muke saye je..hehe) terima kaseh admins dan Saleha.. Love u guys :) <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Tq adik. We are happy ur happy!! Terima kasih jugak sbb sokong TSS especially SS. Tq sbb adik aktif kat sini, kongsi2 pendapat smua. Im sure SS tak buhsan, lagi suke kot ada penyokong yg setia. Luv, luv, luv.. :)


      -CrazeeAdmin-

      Delete
  2. Terima kasih Zura. Tu la saya kata kena buat 'plastic surgery' / pakai mask hehehe. Sal tak bosan punya, itu tunjukkan kita peminat setia. Peminat baru yang lain pun TSS sentiasa alu-alukan. siapa yang belum jadi ahli tu jomlah join :) - AdminEhsasjdeed

    ReplyDelete
  3. Salam semua.
    Dah lama update, inilah masa yg sempat utk berkongsi disini. Firstly, terima kasih sebab memberi peluang memeriahkan suasana acara terakhir TSS bersama menyambut ulangtahun RA.
    Pengalaman pertama bertempur di Galactic Laser Tag masih segar diingatan. Kami ramai2 bertempur dgn kumpulan askar2 kecil yg amat bertenaga hingga melanggar 'rules' yg ditetapkan. Kek yg disuap sangat2 sedap...(macam dpt penawar..rindu terubat)
    Ramai kenalan baru berjumpa di majlis tu dah jadi friends kat fb & follow kat tweeter. Thank you much! Sebenarnya, hari tu keadaan sesak dgn manusia, rimas dibuatnya. Tapi perasaan tu hilang bila diserikan bintang Siti Saleha muncul catwalk di depan mata. Automatic bersemangat main laser tag.
    Rasa nak main lagi laser tag tu nanti dgn TSS..mmg best! COBRA laser jacket tu betul2 bawa tuah sbb 2nd game terus dpt 2nd place compares 1st game dpt 6th place sekaligus muncul juara antara 4 group. Mungkin ada yg tak perasaan group apa yg menang..
    Ok..terasa dah pjg ni. I simpan utk terbit novel akan dtglah ya.
    Pendek kata, hari tu tersangatlah penat sbb lps event i pergi exercise dan terus bertolak ke Ipoh utk majlis lain pulak..
    InsyaAllah sekiranya ada event lain, i akan turut serta jika berkesempatan. Salam sayang utk semua dan sehingga kini sangat berbangga dengan pencapaian Sal..senyum selalu ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi komen dan sudi menjadi emcee hari tu. seronoknya dapat disuap kek :)

      Cobra dpat no 2 individual , raven no last individual tapi masih menang (blue team menang). Raven bukan tak tembak banyak tapi tertembak Trinity agaknya (team sendiri). Sayangnya tak sempat ambil gambar group dgn vest masing2 kalau tak sure macam Armageddon atau 007 hehehe.

      -AdminEhsasjdeed

      Delete