Sunday 30 September 2012

3 Genres of Movies Saleha Would Rock..



Jeng jeng, jeng!! Gorgeous dress and the beautiful Saleha - pengsan!! But we are not talking about SS and dresses here. Okay, persoalan sekarang ialah, genre filem apakah yang anda ingin tengok Saleha berlakon?? Lets put on our creative hats and come up with some ideas. Hah?? You all takde creative hats?? Ala, kecoh la plak. Takpe2, kite main hentam ni. Jom... 


3) Filem Action Spy
Hah, citer spy ni bukan spy yang ngintip-ngintip orang mandi dalam toilet tu tau. Ni citer ala2 James Bond gitu. Hah?? Saper sini tak tau saper tu James Bond?? Ish, kalo tak tau, sila tanya En. Google ye. Hehe.. :p Tapi watak SS bukan ala2 Bond Babe. Itu watak buhsan. Kite nak tengok Saleha sebagai spy!! Fuiyoh, bole menyamar sebagai orang lain, bole kickboxing orang2 jahat, tembak2 penyangak, and most importantly, SS can save the world!! Yaahoooo.... SS, please save us from the bad guys... Huhuhu... 


2) Filem Psycho Thriller
Yang ni memang mencabar. It would be interesting to see someone who looks so sweet and soft like SS to transform into a psycho!! Atau seseorang yang mempunyai multiple personalities. Pembunuh bersiri yang giler. Can you imagine the hair, the wardrobe.  Orang yang lembut cam SS ni la yang best tengok jadik psycho sebenarnyer. Luaran dan dalaman bertentangan. Sorang2 dia kelar leher. No mercy. Darah smua terpancut2. Baik lelaki, baik pompuan. Ewww... Baik you all berhati2 bila jumpa SS nanti. Hehehe... 



1) Filem Horror Hantu
Kalo Saleha main citer horror kite takmo tengok SS jadik zombie. mesti best tengok SS jadi hantu. Then SS bole jadik hantu paling cantik dalam sejarah filem2 Melayu. Hehe.. Chewah.. Rambut lurus yang panjang, kalah model2 iklan shampoo kat tv tu.  Rambut tu plak style yang tutup muka SS yang chomel tu. Skali pandang cam fuiyoh, lawa minah ni. Dua kali pandang nampak SS merangkak kuar dari tv menuju ke arah u all. Pastu sama2 la u all terjerit2 lari lintang pukang!! Hah, bole bayangkan tak? Takot tak?? Pastu tak leh tido malam dok teringat2. 



Okay, giliran you all plak tuk citer genre apa you all nak tengok SS berlakon. Jangan kata apa2 pun bole. Sebagai peminat tegar Saleha, mesti you all ada cadangan. Jom kite kongsi2 idea. Mana tau, kot2 Saleha amek cadangan you all memandangkan Saleha berlakon pun tuk mencabar diri dan tuk memberikan yang terbaik tuk smua. Lebih berbaloi kalo SS dapat berikan apa yg peminat2 nak tengok. So, jom kite komen..

Setakat ini saja buat kali ini. Terima kasih.. 


Photos: Courtesy of Saleha (Thank you for sharing the photos - Luv, luv, luv)

-CrazeeAdmin-

9 comments:

  1. Wahhh, Sal terima kasih sudi kongsi gambar yg lawa-lawa ni.

    Siapa jurufotonya pandailah ambil. :)

    Setuju dengan CrazeeAdmin untuk filem spy dan psyco thriller tu tapi tak berapa setuju jadi hantu. Cukuplah..berapa banyak cerita hantu la.

    Eh teringat satu gambar bila Crazeeadmin kata rambut tutup muka tu hehehe. (abaikan)

    Cadangan sebab lawa macam puteri raja...teringin juga tengok Sal bawa watak puteri raja moden/ klasik atau mungkin watak srikandi ke.

    tengah tulis ni tiba-tiba dapat idea satu cerita hahaha. Selain tu boleh bawak watak-watak dalam novel BM yang best-best macam dalam novel Lamia Aimal - Akademi (Patriotik & Romantik), Donia (Romantik). Watak-watak dalam novel RAM (Thriller) ke mcm Tombiruo, Siri Laksamana Sunan, Rahsia Perindu.

    Eh banyaklah. tak habis cerita kat sini tapi satu lagi yg sesuai ialah watak ahli sukan mesti best kalau Sal bawa. :)

    Sayang TSS dan Sayang Sal :)

    - AdminEhsasjdeed

    ReplyDelete
  2. saye sbnrnye xde idea nk tulis ape..otak tgh blank.mkn bnyk sgt kot..hehe.kalo pasal watak tu.watak hantu x pyh la kot.sbb majoriti crite hntu hmpir same je jln crite.bosan plak tgk.kalo ss bwk watak hantu.dh tentu2 saye gelak punye.ekeke.saye suke kalo ss kene buli sebenarnye.bl tgk bleh mendatangkan rase ksian. bl ksian..btambah sayang plak.x gitu..hehe.nway watak phsyco pling dinanti2kan.hope akan ade la satu hr nnti.gud luck yeah! :)

    ReplyDelete
  3. Hehe.. Rasanyer ramai yg nak tgk SS lakon watak psycho kan.. So let's not go there.

    Yes I understand what u mean by watak kena buli. Pada pendapat CrazeeAdmin la eh, kekuatan Saleha adalah pada ekspresi mukanyer. I've been saying this a lot and I'm gonna say it again, her strength is her facial expression. So kalo kena buli tu memang kite pun akan terasa skali. Huhu.. Sedey.. Citer berat yg penuh ngan emosi mesti best tgk SS lakon kan.. Sure nanges kuar ayor idung smua. ;p :((

    -CrazeeAdmin-

    ReplyDelete
  4. Salam..haha..watak SS? Suka tajuk ni..paling best no. 1..citer...hwahahaha...citer hantuuuuu...Kalo no. 3 tu..jadi spy..tu no. prob..byk aksi2 je...no. 2..psycho thriller..haha..cant imagine SS bermain ngan pisau memburu mangsa2, pastu kelar2 leher ye CrazeeAdmin....ngeri je..main ngan darah2 ni..adoii..no.1..tu yg best..Masa sekolah2 suka tengok citer2 hantu ni..pastu..jeng..jeng..mmg teringat2 bila nk tido..mulalah pandang kiri kanan..Ok2..kalo SS bawa watak hantu ni biarla yg tinggal kesan camni..teringat2.. ;)

    Dulu2 kalo citer Freddy Kruger, Living Dead, or citer2 Indon mmg popular & menjadi..mmg tegak bulu roma..sekarang..bulu roma da tak tegak pn..bole kata ek eleh lagi kt hantu..haha..tu tandanya da tak seram la ye..jadinya kalo SS diberi watak hantu ni biarla hantu yg mmg tegak segalanya..hehe..
    Saya nak SS jadi hantu..bayangkan kalo rambut SS di serabaikan..tapi rasanya SS tetap cun kan...

    Saya teringin nk SS bawa watak gadis susah..hidup merempat, makan kutip2 je, kais pagi makan pagi eh..ye la..canerla SS kalo dicomotkan..korg penah tengok SS comot giler tak? Takde kan..so itu yg best..SS yg cun dicomotkan jadi gadis miskin merempat, saya ada gak terpkir..bole ke SS masak guna dapur kayu, duduk umah usang, bocor, mandi air perigi, kan..saya suka kalo ianya kisah benar di dramakan..yela kita kan selalu tengok kisah2 masyarakat "Bersamamu" dlm TV3 tu kan...amik salah satu kisah tu di dramakan..utk pengetahuan yg tak semua org bernasib baik..selalunya kisah2 camni la yg akn buat kita semua menangis & meninggalkan kesan kan..

    Okla..saya harap suatu hari impian saya nk tengok SS bawa drama camni berjaya... ;)

    Selamat malam semua...kalo ada tambahan saya komen le lagi ye..

    ReplyDelete
  5. Happy Oct to SS & TSS,

    Nak tumpang komen ckit ;)

    SS pictures : *pause for a while & take a deep breathe* All I can say to SS..You are really beautiful in those dresses..Thanks to Allah for His beautiful creation ;)

    SS film genre: Wud love to see SS in the...
    1. Psychopaths like watak Nasya Aziz in Trauma or Macaulay Culkins in The Good Son...Sweet but evil inside
    2. Film that based on a true story like Julia Roberts in Erin Brockovich, kat Msia sure bnyk cite wanita yg fight for their survival.
    3. Romantic Comedy...SS will look so cute in this genre since she's good in facial expression...I llllikkkkee

    Ok, i think dah cukup lah tu ;)...but wait..If I cud turned back the clock, I wud love to switch SS with Hillary Swank in Million Dollar Baby ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mas, Romantic comedy I like!!! Yeah, mesti best tgk SS main citer2 camtu. Sebenanrnyer I like to see SS dlm citer cintan cintun ni. Hehehehe... :p


      -CrazeeAdmin-

      Delete
  6. Salam semua.
    3 Genres Movies Saleha Would Rock! Menariknya topik ni. Emm..pejam mata sebentar. Ambil mood. Amati mimik2 muka karektor sebenar Saleha yang kita kenali. Dapatkan padanan karektor yg bertentangan buat Saleha. Try..all out! Haa..mungkin Saleha boleh mencabar diri melakonkan watak sebegini..
    3. Watak ibu muda. Lahir dari keluarga yg menghadapi masalah sosial. Mengharungi pelbagai jenis kepayahan hidup sehingga mencari jalan utk membina dirinya kembali. Membuktikan jiwa wanitanya kuat dan berkuasa.
    2.Kisah seorang biduanita yang terperangkap dalam arus glamour sehingga hilang 'privacy'. Bagaimana dia mencipta karektor baru dan sanggup menyamar menjadi orang lain semata2 ingin hidup bebas? Kisah penceritaan ini difilemkan pada zaman 70-an di mana lagu2 dan fesyennya menjadi kegilaan anak muda pada masa itu.
    1. Ingin menjadi seorang Proffesor dlm bidang psychology. Terjebak dan mengambil keputusan kajian 'psycho'nya itu dgn cara menjadi seorang 'tourist guide' kepada sebuah agensi pelancongan. Watak dalaman yg beremosi tetapi 'appearance'nya lawak! Akhirnya dia dilabelkan sebagai Proffessor 'becok'..hahh..camna?
    Ini hanyalah cadangan..yg penting penceritaannya. Byk aspek yg perlu diambil kira. Bukan senang nak buat penonton percaya dan 'menyelam' secara menyeluruh. Pelakon yang bagus apabila pelakon itu membuat 'homework' terhadap karektornya. Memahami situasi dan bermain emosi sedalamnya. Memberikan reaksi dan melahirkan chemistry yg unik dgn pelakon lain. Inilah suatu kepuasan yg pasti dilalui nanti pabila filem mula ditayangkan.
    Bagi saya, Saleha masih hijau..masih jauh dan berliku perjalananmu sebagai anak seni. Bimbingan dan panduan dlm bidang ini sangat penting. Aturlah masa sebijak mungkin. Kesihatan juga boleh mempengaruhi emosi dan kerjayamu. Kejayaanmu akan membuatkan kami turut gembira. Buktikan kemampuanmu ya Saleha! Buat yang terbaik. Saya sokong 100% dan setia menjadi pemerhatimu yg jauh..

    p/s : terima kasih kepada Cikgu Ahmad Yatim dan Cikgu Marlia Musa yg telah byk membimbingku. Jasamu dikenang hingga ke akhir hayat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. I like idea no. 3 . Menarik!! Berat gak characternyer. Mesti best tgk SS main watak camni.. Yeah!! Thank you all for your comments!! :))


      -CrazeeAdmin-

      Delete
  7. CrazeeAdmin..me too!!!....so malam ni kta tngk her romantic comedy besides Beto Khusairy ;))

    ReplyDelete