Thursday 16 August 2012

13 Ogos 2012, Lahirnya Seorang Bintang...


13 Ogos 2012. 

Hari yang tak dapat dilupakan oleh seseorang lebih dari seorang sebenarnya. Hari itu bukan hari Isnin yang biasa.   


Hari itu aktres harapan negara, Siti Saleha yang bakal muncul dengan 5 buah filem tahun hadapan diumumkan duta jenama bagi produk Palmolive. Colgate Palmolive Malaysia


Bermula dengan model iklan komersil, model peragaan kemudian pelakon drama, teater, telefilem, filem, pengacara rancangan TV dan majlis, kini diberi kepercayaan pula menjadi duta sulung bagi jenama besar iaitu Palmolive. 


Menurut kata Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd, Chris Pikounis:

“Siti Saleha is the perfect choice because her natural beauty, caring persona and uplifting charm perfectly embody the Palmolive brand. In addition to being strikingly beautiful and talented, she has an incredibly pleasing and approachable personality that speaks well to our consumers and her fans.”


Maksudnya lebih kurang macam ni la, Siti Saleha jadi pilihan sempurna mereka kerana kecantikan semulajadinya, keperibadiannya yang prihatin dan penyayang dan daya tarikan yang memikat yang sempurna untuk menggambarkan jenama Palmolive. Tambahan pula Sal amatlah jelita dan berbakat, mempunyai personaliti yang luar biasa menyenangkan serta mudah didekati oleh pengguna produk Palmolive serta para peminatnya. (Betul tak? Betulll)


Kata Sal, dia dah memang biasa dengan produk Palmolive ni sejak kecil. Apa yang disukainya tentang produk ni terutamanya Gel mandian Palmolive ialah kesegaran semulajadi yang dirasai serta ketenangan setelah selesai mandi menggunakan produk jenama ini.

Selain diperkenalkan pada majlis ringkas bertempat di Giant Kota Damansara, Siti Saleha juga meraikan pemenang bertuah peraduan SMS yang dijalankan lebih awal dengan penyampaian hadiah dan berbuka puasa bersama-sama. 


Siapa yang bertuah tu ye? 



Selain itu, Sal juga turut meraikan pelajar sekolah dari Persatuan Kebajikan Generasi Gemilang. Mereka diberi hadiah 'goodie bags' dan baucar beli belah bernilai RM1000 serta peluang membeli belah bersama Sal di Giant selepas pengumuman itu. 



Mereka membeli belah, admin TSS yang tak belah-belah hahaha. 


Selepas membeli-belah, kami berbuka di JM Briyani. Alhamdulilah.


 

Terima kasih Palmolive dan Giant yang menganjurkan majlis ini. Palmolive memang tepat memilih Siti Saleha sebagai duta jenamanya. 



-AdminEhsasjdeed.*

*Salah seorang pemenang peraduan SMS tu. Bukan pilih kasih, agaknya sebab selalu sangat tengok Nora Elena, dan berguru dgn Seth, dapat 'mengayat' Sal...Surprise. Nak ucap terima kasih kat Sleeq dan Najwa sebab beri inspirasi. :)

*Interframe.. Hehe..*

Di sini CrazeeAdmin ingin mengambil kesempatan tuk mengucapkan tahniah kepada AdminEhsasjdeed sebab menang contest SMS Palmolive. Hahaha.. Thumbs up 2 u, double thumbs up to Palmolive - U made d right choice with our favourite girl!! :)) 

Njoy d photos guys!!

-CrazeeAdmin-






























5 comments:

  1. Terima kasih CrazeeAdmin :) La ingat Sal yg Interframe tapi tulisan je ? Gambar CrazeeAdmin tak masuk frame pun. :P

    Terima kasih semua admin2 TSS yg bagi laluan mudah untuk menang :P hahaha.

    Selain kepada Palmolive dan Giant, saya juga nak ucap terima kasih kepada Cik Fatin, Cik Lisa dan semua yg terlibat hari tu sewaktu majlis.

    Terima kasih juga untuk bintang hati TSS Sal dan para juri yg tergerak hati memilih SMS saya menang dalam peraduan tu. :) -AdminEhsasjdeed

    ReplyDelete
    Replies
    1. I kan kamera shy.. Hehehe.. :p Interframe tulisan and letak gegamba SS je da le ;p


      -CrazeeAdmin-

      Delete
  2. Salam semua.
    Kenangan segar kembali semasa kami sekeluarga terima sekotak besar produk Colgate-Palmolive percuma setiap bulan. Secara tak langsung selama 5 thn kami promote produk baru jika ada yg bertandang ke rumah. Dah terasa mcm buka kedai runcit pulak rasanya. Emm..itu cerita dulu semasa abang berkhidmat dgn CP. Skrg produk CP masih lagi bertahan. Dek sbb SS dah jadi Duta Palmolive ni, i dah terpengaruh dgn Absolute Relax Purple..nyaman jer lps mandi..
    13 Ogos lalu lebih kurang 2 jam sebelum berlangsungnya majlis SS ni i dah ada sekitar Kota Damansara tapi sayang terlalu awal dan terpaksa pulang ke ofis. Tahniah buat SS. Ini pemilihan yg tepat! Terima kasih juga buat CP. Owh..tahniah gak buat Jaja. Nak tahulah kandungan sms Jaja tuu..pandai meng'ayat' err..cair judges..
    Salam sayang buat semua Admin TSS kerana bersungguh2 menaikkan nama Siti Saleha. Buat pembaca dan para peminat SS, setialah pada yang satu..sampai masa nanti impak besar kan tercipta dan SS pasti lakukan yg terbaik.
    Sempena Aidilfitri yg bakal menjelang, saya ingin memohon keampunan semua (walaupun kebanyakannya dikenali secara maya), sekiranya terkasar bahasa atau terasa hati, maafkanlah k..
    p/s: Berhati-hati ketika di jalan raya dan berhati-juga pabila sibuk memasak di dapur..InsyaAllah kita akan berjumpa lagi.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Afiza. Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin juga. SMS saya tu nantilah kita cerita InsyaAllah. Jom masuk peraduan lagi yg satu lagi yg shopping tu. mana tau kan...

    -AdminEhsasjdeed

    ReplyDelete