Friday 13 July 2012

Sentuhan Kasih Menjelang Ramadan


Assalamualaikum dan salam sejahtera TSS Sweetheartz sekalian. :)


Ha semalam dah renung gambarnya, hari ni jom lihat videonya pula. Website Hangat.My telah siarkan sebuah video eksklusif berkenaan Program Komuniti Petronas Sentuhan Kasih Menjelang Ramadan. 
Semua pun tahukan Sal menjadi host program tersebut di samping Gambit.   


 

Untuk paparan lanjut cerita program tersebut, jangan lupa ikuti website  Hangat.My . Sedikit info yang kami tahu, program ni dibuat di Kg Org Asli Bkt Kala, Gombak. Anjuran Petronas melalui Program Sentuhan Kasih yang telah dianjurkan sejak tahun 2005. Pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam program tersebut. Sekali lagi kita akan berpeluang melihat bakat Sal dalam bidang pengacaraan pula. Selain program ini, sebelum ini Sal pernah mengacara dalam program Gerbang AIM yang disiarkan di TV dan Konsert U Kiss artis K Pop secara langsung. Program ini pula bakal disiarkan online khabarnya. 

Nanti bila ada info lanjut admin-admin akan kongsi. :) Video di atas oleh Hangat. My .Terima kasih Hangat.My :) 

Sebagai fans Sal yang antara nombor-nombor teratas, kami suka Sal terlibat dengan program-program sihat seperti ini, bertambah sayang peminat Sal dengan Sal kan? Hei TSS pun selalu dan akan selalu anjur program-program seperti ini. Contoh program-program TSS yang lepas Majlis Buka Puasa, Majlis Pelancaran Kelab & Hari Jadi, Boling Santai Sambil Bershuffle lepas ni...hehehe Di Hari Raya pula. Kira sesuatu yang sihat kan? Jadi bagi yang belum jadi ahli tu hubungi e-mel teamsitisaleha3@gmail.com 

Beri butiran diri nama, alamat, no. tel, e-mail, twitter/fb, no IC/passport dan bayar yuran dan kos pos :) anda akan dapat barangan kelab dan dikira sebagai ahli rasmi TSS. Ahli akan diberi keutamaan menyertai aktiviti TSS dengan harga istimewa serta pelbagai faedah lain. :). Kalau belum cukup umur tu minta kebenaran ibu bapa dulu ok :)


Ok. Maaflah ye artikel kali ni agak skema. Sebab AdminEhsasjdeed kan baik :) hahaha marah admin-admin lain. Ok admin lain pun baik. Sayang Admin-admin TSS dan mestilah Sayang Sal juga. 

Silalah komen yang membina TSS yang baik hati sekalian :) 



-AdminEhsasjdeed

8 comments:

  1. kenapa akak cantik sangat...?? uhuhu.. i love u kak sal.. :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih komen cikfatin. Tolong jawab, sebab Allah suka benda yang cantik jadi semua manusia dia cipta cantik :). Tak caya cuba tengok cermin fatin pun cantik kan?

    -AdminEhsasjdeed :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. dah la cantik baik hati pula x rugi sy die hard fan kat siti saleha jarang artis malaysia yg cantik lg baik hati mcm sis saleha btol kata kak jaja b'tambah sayang lah fans sis saleha kat die lps ni :) well untuk cikfatin klau x jadi ahli lg dftr skrg x rugi klau dftr kat tss club ni bnyk aktiviti b'sama sis saleha best giler hehehe wah sy siap bole promote lg tss club harap admin x marah sy hehehe :)love u more siti saleha & tss admin also tss geng s'mua u all are awesome :) (siti saleha & tss forever )

    ReplyDelete
  5. Terima kasih Lynn sudi komen dan promote TSS. Eh mana admin marah yg baik-baik admin suka la. Ok teruslah menyokong kami InsyaAllah kami buat yang terbaik untuk semua TSS dan Sal yg kiut dan baik hati ni. :)

    -AdminEhsasjdeed

    ReplyDelete
  6. Salam Semua.
    Lalala...lalala..gembiranya hatiku. Setelah sekian lama menanti saat bersantai..eh, now dah jam 1.25 pg..cepatnya masa berlalu. Itulah, terlalu busy preparation, inilah masa yg sempat utk menaip di blog ni.
    Oh ye..tahniah SS sbb 'upgrade'kan diri melangkah ke hadapan. Berjaya membuktikan semangat berdikari utk jadi 'diri sendiri'. Bagusnya aktiviti sukarelawan mcm ni! Bagaikan beri tanda sokongan dan sayang pada mereka. I tak ingat hari apa.. leka layan Radio Litefm dlm LRT otw ofis..surprise baca tweet SS seawal 6.55 pg..'jadi hos Sentuhan Kasih Petronas'..(takpernah pula SS tweet time tu)..
    Lps tu, i 'selongkar' blog2 yg lain, ada juga gambar2 candid SS..ternyata SS cute setiap masa..(stay cute girl!)
    I pernah volunteer kat rumah orang2 tua time mcm nilah..nak dekat Ramadhan..aduhai sedih sangat! Bergenang air mataku!
    Sayu jer rasa hati ni. Hilang jiwaku 'brutal'ku yg agak2 bertaman ni. So, usaha aktiviti murni seperti ni jgn kita lupakan ye..dapat gak pahala..
    Hmm.. semakin byk good news n pics dr SS buat fans happy. Kita tggu lagi mags, commercial, filem, drama bla..bla..bla..yg entah apa lagi yg SS nak buat..Bagi u all yg busy mcm i, mcmana pun try la juga support TSS n adik SS kita yg tersayang ni k..

    p/s: tak sabar tggu character 'antagonist' lakonan SS..

    ReplyDelete
  7. Terima kasih Afiza sudi komen lagi. Bulan depan siaplah khabarnya ada beberapa mag, tele mungkin :) Ok pasal watak antogonist tu bagus untuk kerjaya Sal tapi kami suka dia jadi baik-baik je :)

    -AdminEhsasjdeed

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya AdminEhsasjdeed..tak sabar menunggu. Kedai buku kat ofis tu dah jadi kunjungan tetap. Tauke kedai tu pun siap promote mags SS cover..dia kata 'ini artis cover manyak laku ooo..!
      Cabaran dan tanggungjawabnya berat bila dah jadi pelakon. Terpulanglah pada SS untuk menilai watak yg boleh dijiwainya. Bagi i tak salah kalau ingin mencuba. I suka SS yg sebenar. Kalau i betul2 hate watak antagonist yg dilakonkan SS nanti, itu satu kejayaan besar buat SS!
      Kita akan diingati bila berani membuat pembaharuan. Try to be creative and innovative k :)

      Delete