Sunday, 16 December 2012

Laser Tag Bersama Siti Saleha



Team Siti Saleha (TSS) menutup tahun 2012 dengan acara ringkas iaitu bermain Laser Tag bersama Siti Saleha serta bekerjasama dengan portal Rentak Artis (RA) untuk sambutan ulangtahun ke-3 portal tersebut pada hari yang sama iaitu 8 Disember 2012. Acara kelima TSS ini bertempat di Midvalley Megamall , Kuala Lumpur. 

              (Ihsan gambar Amalina Ahmad)

Laser tag tu apa? Mungkin ada yang tak pernah dengar atau tak pernah cuba permainan ni. Kebanyakan peserta pun baru pertama kali mencuba.  :)  Permainan ni macam main paint ball atau  tembak-tembak tapi tak sakit badan. Markah berdasarkan ketepatan penembak menembak pasukan lawan. Kami sempat bermain 2 games sebelum menyertai Rentak Artis  untuk majlis mereka pula. 

 (Ihsan gambar Amalina Ahmad)

Oleh kerana acara ini ringkas dan mengambil masa yang singkat sahaja, TSS membuka penyertaan yang terhad. Walaupun demikian, kami berbesar hati kerana ada peminat dari Singapura turut sudi meluangkan masa bersama TSS dan Saleha pada hari tersebut.



Acara dijalankan dalam suasana penuh santai di Kopitiam Old Town White Coffee. Pada hari tersebut peserta berpeluang memenangi hadiah daripada Al Humaira Contemporary jika berjaya menjawab soalan yang taklah berapa susah pun kalau nak menang hehehe.

(Ihsan gambar Haiza Kamal)






Selain itu, ada upacara memotong kek sempena birthday Rentak Artis (RA) yang ke-3. Kebetulan pula TSS pun telah genap setahun secara rasmi pada 2 Disember 2012 baru-baru ini. ( In sha Allah kita sambut tahun depan :) ) 





TSS dan Siti Saleha mengucapkan tahniah serta terima kasih kepada Rentak Artis (RA) kerana sudi bekerjasama dengan kami dan sentiasa menyokong kami dan Saleha dalam kerjayanya. Terima kasih juga kepada peminat-peminat, peserta-peserta, rakan media serta penaja-penaja yang sudi menaja acara ini antaranya pihak sendukbesi.blogspot.com, www.nurain82.com dan Al-Humairah Contemporary. 





Seperti acara TSS yang terdahulu tak sah rasanya kalau tak ada gambar solo Saleha. Kami lepaskan beberapa keping gambar solo Sal untuk tatapan peminat-peminat jauh dan dekat :) 





Video istimewa ini pula menjadi penutup artikel kali ini. "Cinta Dia Abadiiii"








- AdminEhsasjdeed  

Saturday, 1 December 2012

Terlanjur Cinta, Jom Kita Bercerita






Bulan ni TSS nak bercerita sket tentang drama terbaru si chomel Saleha yg bertajuk Terlanjur Cinta. So admin2 TSS sudah syiok sendiri dan sudah buat diskusi sket. Jom kite baca apa yg admin2 da merapu ni.. 


Apa pendapat anda tentang watak Nia yg dipegang oleh Siti Saleha?? Skala 1 - 10 (1 = tak lah bendul sgt, 10 = bendul nya) : Berapakah tahap kebendulan Nia bila berhadapan dgn Fareth??

AdikNadia: Me rasa watak Nia sangat sesuai dengan Sis Sal. Lembut je. Me kan PA online Sis Sal. So me sokong apa Sis Sal lakon. Skala kebendulan Nia... 7 kot. Hahaha.. 
AdminEhsasjdeed: Nia oh Nia. Nia dari satu segi baguih la ada watak mcm ni dlm drama Melayu. Kira watak ni lebih dekat dgn masyarakat. Takda la digambarkan heroin tu perfect ja. Walaupun muka lawa, budak kampung, pemegang anugerah dekan, tapi "bodo" tu ada. Tahap bendul nyer over la. Skala ni mcm mana? Boleh la bagi 10.5 . Hahaha.. Terkeluaq jarum skala kalau timbang tahap kebendulan Nia ni.Tapi ni kira kebendulan dgn si fareth je. Yg lain nampak Nia kuat juga macam Nia dengan Pak Su. Oooo.. Agaknya sbb kena rendam dlm laut tu otak Nia terkembang sikit. Hehe.. Jangan marah..
Kak Su: So far watak Nia ni sebenarnya seorang yg tegas, amik berat, penyayang & cukup ciri2 gadis kg yg baik cuma bila berdepan dgn soal cinta ni dia kalah. Sanggup mengetetepikan sikapnya yg sebenar. Senangnya lemah bila berdepan dgn cinta. Skala 5 kot eh. Hehe.. Dia tak la bendul, cuma bila bercinta dia takleh lawan hatinya itu. 
CrazeeAdmin: Honestly, rasa nak lompat masuk kat dlm tv tu tampo2 je Nia. Biar dia terjaga dari mimpi yg tak ke mana tu. Kite bole tengok karektor Nia yg berani bersuara masa kat kampung. Takde la lemah. Tapi di luar kampung hancur. Adoi Nia. Rasanya Jaja baik hati kasik 10.5 je. I give 12!! Kabooom!! Meletop trus timbang tu. Hehe.. :p Pape pun, SS memang best bwk watak Nia yg naif ni. 


Sub-plot Nia sekeluarga dan Pak Su ni sgt menarik. Paksu pernah merengkuk di penjara. Kenapa mak Nia susah nak percaya anak sendiri. Apa teori anda??

AdikNadia: Err.. Me tak tau la. Me rasa mungkin disebabkan adik Nia yg selalu tak duk kat rumah and ponteng kot??
AdminEhsasjdeed: Mak Nia kan buta. Jadi dia tak nampak facial expression Nia & Cici. Mak dia boleh dengar ja. Jadi kalau nak buat mak dia percaya, sora Nia tu kena bagi dramatik. Nanges tak boleh pelan2, kena kuat2. 
Kak Su: Konflik kisah Paksu ni maybe dendam sket antara Paksu ngan bapa Nia. Dari situ dendam Paksu bawa ke anak2. Mak takde pilihan selepas bapa takde. Da la hidup susah. So bila Paksu kuar dr jail, mak terpaksa terima Paksu. Paksu masuk jail maybe sbb bapa Nia gak. 
CrazeeAdmin: Ok la. I think, Nia pernah nampak Paksu wat sesuatu yg tak elok. Thats why masa Nia dpt tau Paksu tumpang depa, Nia mcm upset. Mesti ada benda yg da terjadi yg Nia simpan sorang2. Tapi teori yg Kak  reka tu mcm best je. 




Sub-plot Fareth yg playboy, tukar2 awek mcm tukar2 pampers: Menarik atau rimas la, bole tak takmo lagi??

AdikNadia: Menarik kot.. Hahaha.. 
AdminEhsasjdeed: Tak mau, tak mau. Kalau dia crook memang tu la watak dia. Kalau dia hero moga dia insaflah dlm drama ni. Kesian kat Nia.
Kak Su: Rasanya Fareth da kurang playboy bila da keje. Cuma dia terpaksa berhadapan dgn Farisha yg cuba perangkap dia. Dia sekarang cuba mencari cinta yg sebenar. Dlm diam2 akhirnya terjatuh cinta dgn Nia. 
CrazeeAdmin: Tak minat ngan watak Fareth ni. So, kalau bole takmo Fareth jatuh cintan cintun smua ngan Nia. Kalo nak sgt I hope he will change for the better la. Da la tak respect kaum Hawa, main2 ngan depa, malas plak tu. So jawapan nyer ialah rimas. Sudah2 la tu. He needs to stop fooling around. So far mcm tak nampak kualiti yg ada pada dia. Im sorry Fareth.. 


Ramai yg ckp drama ni ada persamaan dgn novel Andai Itu Takdirnya oleh Siti Rosmizah. Sejauh mana sama dan berbeza (bagi yg da baca ye) 

AdikNadia: Sorry, me tak baca la. Me hanya baca buku SPM je. Me da jadi pelajar terlampau. Hehehe.. Tapi dlm lakonan ngan dlm novel feeling dia berbeza. 
AdminEhsasjdeed: Yeah, da baca. Novel ni memang best. Depa kata sama sebab ada beberapa babak dlm TC yg mcm nak sama dgn novel ni. Tapi TC ialah TC. Novel tetap novel. Isu yg TC bawa lebih pelbagai. Tak boleh nak komen pjg sbb drama pun belum habis tgk. Setakat ni ada yg sama dan ada yg beza tapi watak2 memang tak sama langsung pun. 
Kak Su: Tak tau la novel tu. Tapi Kak Erma memang best selalu buat skrip sendiri. Biasa cerita Kak Erma tersendiri. 
CrazeeAdmin: Hehe.. Lawak la adik Nad ni.  Errr.. Sebenarnya I also cannot comment much. 
AdikNadia: Kak DD pun SPM gak ke? (ketawa sorang2) 
CrazeeAdmin: Hehe.. Belum pernah baca novel ni lagi. Tapi betol apa adik ckp. Dlm novel description dia lebih mendalam. So lagi best nak menghayati watak tu. Tp lakonan, kalo dapat pelakon yg tak kena ngan watak pun, hancur gak kan. I dont think I answered the question. Takpe la, kite merepek kat soklan lain plak. :p 




Selain isu haruan makan anak dalam episod 3, TC mengetengahkan isu2 lain seperti kena tangkap basah (berdasarkan promo episod akan datang) dan penderaan (berdasarkan tahap kestalkerlan admins2. hehe.. ) Apa pandangan anda tentang isu2 ni??

AdikNadia: Pada pendapat me kan... Me have no comment. Hehe.. Baik me study je tuk Ekonomi. Next week ada paper ni.
CrazeeAdmin: Haha.. Poyos adik ni.
AdminEhsasjdeed: Okay. Drama ialah kelas yg interaktif yg mendidik masyarakat secara tak langsung. Jadi biarlah jgn kosong, kosong, kosong. Isu2 ni baguih untuk diketengahkan. Mcm dlm episod 3, Nia da bagi idea mcm mana nak lindungi adik dia drpd Paksu. Bagi isu yg belum kite tgk lagi penonton dpt belajar apa yg patut kite buat dlm situasi  tu. Dan kalau dah jadi pun, apa alternatif2 yg ada untukl jln keluaq. Cerita mcm ni la baguih tambah dgn pelakon baguih mcm Sal ug main. Memang terbaik la. 
Kak Su: Tak la nak komen sgt coz baru episod 3 kan. Da nak masuk episod tengah sok maybe ada byk isu. Tp yg jelas skarang isu haruan tu la. Nia kena cari jalan keluar dr kemelut tu. Maybe da masuk episod tengah kite bole kupas balik isu ni. 
CrazeeAdmin: Ok, actually I think isu tangkap basah ni cam da slalu gak kite tengok kan. Tp im excited about isu penderaan ni. Harap2 tahap ke-stalkerlan admin2 ni memang bole pakai la. Coz memang rata2 kite tgk some women are afraid to do anything bila da kena dera dan seangkatan dgn nyer. Domestic violence smua ni kan. Lebih rela tanggung sendiri senyap2. Ada gak yg tak tau katner nak mengadu. Jadi isu ni memang perlu diketengahkan. I cant wait to see how Saleha will carry Nia when she is in that situation. Bukan senang tu. 


Rasa2 apa agaknya penamat drama ni?? Sila buat andaian sendiri..

AdikNadia: Rasa2 ending dia.. Mesti good ending. Mungkin Fareth jatuh cinta ngan Nia and Nia pun rasa mcm tu. Pastu hidup bahagia. 
AdminEhsasjdeed: Terlalu awal nak buat penamat cerita ni sbb kemuncak cerita pun belum sampai lagi. Tapi ada 3 kemungkinan. Tp mesti CrazeeAdmin edit teori2 ni. So andaian yg paling best ni kan Nia bunuh Fareth dan cari hero lain. Polis tak boleh tangkap Nia sbb Nia mempertahankan diri. Nia bahagia dengan hero baru. 
Kak Su: Fareth mula jatuh cinta dengan Nia & akhirnya berkahwin tapi tak bahagia coz sikap Fareth yg playboy. Alam perkahwinan mereka banyak rintangan. Eh, baru 3 epsiod. Hehe.. 
CrazeeAdmin: Hah, jawapan Jaja memang best. Begini citernyer. Penamat nya ialah tata titi tutu kat Fareth. Hehe.. Jahat tak. Fareth and Nia will not be together. Sbb Fareth will not change. Nia will end up ngan Nazim nye character, apa ke nama nye. Teringin nak tengok Nazim berlakon ngan Saleha. So I really want see them together, bole tak?? Da la Nazim tu sgt ensem. Adoi...Luv, luv, luv aje la.
AdikNadia: Haha.. Kak DD gatai..  Betol ke citer ni camtu ending dia??
CrazeeAdmin: Ala, kecoh ah adik ni. Err.. Saje main hentam. Andaian kan?? :p 
AdikNadia: Poyos.. :p 


Begitu la diskusi admins2 TSS ni. Kami pasti anda juga mempunyai pendapat yg tersendiri. Cerciter2. Jom kite komen2. We would love to hear your thoughts. 

Akhir kata, terima kasih kepada Kak Erma Fatima kerana percaya akan kemampuan pelakon kesayangan kite, Siti Saleha untuk membawa watak Nia ni. Thank you so much.. :) 





Sebelum tu, kita tengok dulu video promo episod akan datang (Cerita esok dan lusa) 





-CrazeeAdmin-
Bersama AdminEhsasjdeed, AdikNadia dan Kak Su.. 


* Nak tambah Selamat hari ulangtahun rasmi TSS. Sedar tak hari ni 2 haribulan Disember 2012. :) 
   Happy Birthday TSS. Terima kasih Sal kerana percaya dengan kami untuk menerajui TSS. 

   TSS sayang Sal :) - AdminEhsasjdeed  



Thursday, 22 November 2012

Mamak Cupcake Exclusive: An Interview With D Scriptwriter




Temubual menarik minggu ini.. :p 

Sebuah bilik kecik yang diterangi hanya dengan cahaya lampu jalan yang menembusi tingkap. Satu tangan kelihatan mengklik tetikus. TSS duduk mengadap meja yang menempatkan komputer. Dia seorang gadis muda, berbaju T dan seluar, (sudah lepas mandi dengan sabun Palmolive.. Wah.. wanginyer!! Hehe.. ) yang suka memenyibukkan diri dalam hal2 berkaitan Siti Saleha.. :p Dia mengadap komputer - memandang M. Zulkifli (gambar saja) yang merupakan penulis skrip Mamak Cupcake Terbitan Grand Brilliance..








TSS: What is Mamak Cupcake all about??

M.Z: The story is about a future heir to a mamak restaurant business, MJ (Shaheizy Sam), who actually likes baking cupcakes more than anything else. But he's afraid to pursue his dreams as doesn't want to disappoint his father, what more his brother Ali Deen having been disowned for pursuing a career in hip hop. But MJ is eventually persuaded to join the Pertandingan Cupcake Kebangsaan organised by one Datin Nora (Maria Farida), and will go head-to-head with the defending champion RC (Faizal HotFM)






TSS: How do you feel about having Saleha on board with the project??

M.Z: The producers have done a great job with the movie's casting, which includes Siti Saleha as Juliana. She's perfect for the role!




TSS: What character will she be playing??

M.Z: As above, she will be playing Juliana.

TSS: As the scriptwriter, what are your expectations as the scriptwriter?? Any advise for her which would be good for her character development??

M.Z: She did a great job with the character; bringing a unique sense of vulnerability and charm to it. And of course, you'll see her here even more beautiful than ever :)


TSS: Ada gambar Saleha wearing the Indian Lenga. Can you share with us a little bit about that scene??

M.Z: Unfortunately I don't have a picture of that




Fortunately we do have the photo of Saleha and Mamak Cupcake gang with their traditional Indian Lenga. :) 




TSS: Why should we watch this film besides having Saleha and Sam in it?? Dalam kata lain, apa perbezaan filem ini dengan filem2 lain yang ditayangkan di pawagam?? 

M.Z: Mamak Cupcake is a family movie with loads of positive messages about hopes, dreams and the importance of family. You'll laugh and cry watching this film, and you will definitely leave the cinema with a smile on your face :)




Filem ini akan menemui anda tahun depan, insyaAllah. Ia menampilkan barisan pelakon yang hebat2. Selain pelakon kesayangan ramai Siti Saleha dan Shaheizy Sam kite juga ada Maria Farida, Natasha Hudson, Faizal Hot FM dan ramai lagi. So, tunggu apa lagi, jom kite like facebook filem Mamak Cupcake http://www.facebook.com/mamakcupcake .. Banyak gegamba2 menarik.. Rugi kalo tak like.. 

Nak tengok Cik Siti Kiut joget ala2 Hindustan?? Tunggu apa lagi, klik butang play!! Enjoy guys!! This film is gonna be awesome!!



Akhir kata, setinggi2 penghargaan kepada saudara M. Zulkifli kerana sudi meluangkan masa untuk diinterview oleh kami. Much appreciated.. :)) 

Photos: Courtesy of Mamak Cupcake facebook

Photo Collage: Courtesy of Saleha and Syafinaz

-TeamSitiSaleha-

Monday, 19 November 2012

Drama Terlanjur Cinta




Terlanjur Cinta merupakan drama rantaian pertama Saleha pada tahun ini. Sepanjang tahun ini, Saleha lebih banyak terlibat dengan filem dan telefilem. Berikut maklumat drama ini : 

Slot Ratu TV9

Setiap Isnin dan Selasa 

Mulai 20 November 2012

Jam 8.30 Malam



Sipnopsis

Terlanjur Cinta mengisahkan tentang Nia ( Siti Saleha) yang sangat meminati Fareth (Aqasha) yang merupakan anak orang kaya dan menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan.

Fareth yang sebenarnya dalam diam menyukai Nia sering mengambil kesempatan di atas kebaikan yang diberikan. Namum entah mengapa Nia sering memendamkan perasaanny terhadap Fareth.

Setelah Nia menamatkan pengajian, Nia mendapat pekerjaan di Syarikat yang dimiliki oleh keluarga Fareth dan Fareth cuba untuk mengoda Nia namun dia gagal untuk memiliki gadis itu.

Kerana mempunyai niat buruk untuk mengenakan Nia, akhirnya Fareth terpaksa berkahwin dengan wanita itu apabila mereka ditangkap khalwat.

Bermulalah dari detik hitam dalam hidup Nia apabila dilayan buruk bagaikan sampah oleh Fareth, dalam masa yang sama kemunculan Amanda (Marsha) telah menambahkan luka dan duka Nia.

-------------------
Mungkinkah ini lagu tema..lirik best juga...

...Tiba-tiba engkau ada
Kemudian engkau hadir
Laksana kerdil ku memeluk
Lihat aku lebih dalam

Di matamu ku melihat
Ada cinta yg tersirat
Sirami hati merebak

Barangkali aku salah
Ku terdiam bukan bisu
Tahu engkau besar malu
Tutupi rasa gelisah


Biar saja waktu nanti
Yang menikmati kisah ini
Bersamamu aku senang


Belum juga kah kau menyadarinya
Akulah yg pantas untuk kau cintai
Di bawah langit biru aku bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta


Arti cinta ini sudah menelan waktuku
Siang malam hanya untuk pikirkan engkau
Sejuta kali aku berani bersumpah
Diriku tanpamu apa artinya cinta

Eh bukan hari ni 20 November 2012? So jumpa Saleha malam ni kat TV9. Jam 8.30 Malam.  Lepas tu kita berTSS pula ok. 



Tutup Dengan Video Istimewa  :) Luv Luv Luv


TSS Sayang Sal :)

- AdminEhsasjdeed -



Friday, 16 November 2012

Cerita Saleha Tentang Filem Mamak Cupcake

Assalamualaikum, Salam sejahtera & Salam Tahun Baru Hijrah 1434. 
Seronoknya dia :)
Spoiler? Oh belum lagi. :P. Walaupun masih terlalu awal nak bercerita, memandangkan blog ni agak bersawang sebab dah 20 hari tak update (la ingat 2 tahun hehehe), maka sempena Tahun Baru Hijrah 1434, terimalah tayangan perdana TSS. Video ini diambil pada tahun lepas (baca 1433 ye bukan 2011). Saleha menjawab beberapa soalan wartawan berkaitan filem terkini lakonannya iaitu Mamak Cupcake. Sewaktu video dirakamkan, Saleha belum berkesempatan masuk ke set. 




Nantikan maklumat lanjut tentang filem ini pada episod-episod akan datang. :) Macam tengok drama pula. Oh ya bercakap tentang drama, drama yang disebutkan dalam video tersebut akan mula ditayangkan November ini lebih awal dari yang dijangka. (TV pun tau TSS rindu kat Sal :) ) Kami akan beri maklumat lanjut tentang drama ini InsyaAllah. 

TSS Sayang Sal :)

-AdminEhsasjdeed

Sunday, 28 October 2012

Terlanjur Cinta Saleha, Aqasha dan Nazim...


"Angan- angan
Bila mencari pasangan
Yang bakal jadi pilihan
Si hartawan
Angan-angan
Jejaka pilihan hati
Punyai personaliti 
Segak tinggi"

Hah, mesti ada kat sini tertanya2 puisi apa kat atas tu. Yang pastinyer, itu bukan hasil nukilan CrazeeAdmin tetapi lirik lagu Angan - angan dari pelakon yg akan membuat 'comeback' tak lama lagi iaitu Kak Raja Ema!! Bagi yang angan2 nak tengok Saleha kat tv tu, Cik Saleha Kiut kite ni akan muncul dengan drama baru bersama Kak Raja Ema. Bila?? Drama apa?? Chanel apa?? Hero saper?? Amboi, banyak nyer soklan. Bawak bertenang ye. 


Kalo tahun lepas semua dok mimpi2 kat Nora Elena, tahun ni pulak termimpi2 kan Nia. Admin2 TSS berjaya memenyibok kan diri di set pengambaran drama pertama Saleha untuk tahun ni. Yeahoooo... Okay, drama ni adalah hasil nukilan Kak Erma Fatima dan diberi judul Terlanjur Cinta. Apa yang dimaksudkan ngan terlanjur cinta tu, kena la sama2 kite tunggu Disember ni. Jadi bole la ramai2 kite dok kat depan tv9. 

Citer ni mengisahkan tentang Nia .... Eh, nak sinopsis tak?? Takyah la eh. Tunggu bila da dekat sok. Mesti you all tengah menyumpah ni eh?? Hehe.. Sori la ye kengkawan. Bukan kedekut, bukan takmo citer, nanti terkasi spoiler tak best plak. Yg pasti citer ni akan memberi semangat cekal kpd smua wanita2 yg menonton ni. 

Antara hero2 yang akan berlakon bersama Saleha adalah the tall and handsome Nazim Othman *pengsan* dan Aqasha yg kacak. Hah!! Suke la tu. Memang suke sangat. Tak lupa juga Marsha Milan, Sharifah Nadia dan kak Raja Ema yg bakal mucul bersama Saleha. 

Oleh yang demikian, jom la kite sama2 tunggu drama Terlanjur Cinta ni yg akan menemui anda pada bulan Disember di tv9.. We will update you more on this drama. Come visit our blog soon.. InsyaAllah.. 

Akhir kata, jom kite nyanyi lagu Jejaka Idaman sebagai tribute tuk Kak Raja Ema .. Nak feeling2 sket nyanyi tuk Nazim Othman.. Hehehe... :p Owh nak Aqasha eh?? Ok ok. Jom layan.... 

"Oh sayang...
Engkaulah jejaka idaman
Akulah yang menanti
Menyayangi
Seperti...
Embun dingin di pagi hari
Akulah bunga dibasahi
Begini..." 




Saya yg memerepek..

-CrazeeAdmin-

Tuesday, 23 October 2012

Palmolive Shopping Spree With Siti Saleha

Isn't she lovely?? Yes, she is!! 

Menang RM10000 dan Shopping bersama selebriti itulah impian indah yang menjadi kenyataan kepada Puan Ezna Binti Ahmad Khalili apabila terpilih menjadi pemenang hadiah utama peraduan Palmolive Shopping Spree With Siti Saleha.  

Congrats Pn. Ezna!! Admins TSS hanya bole telan ayor lior.. Eh, ni bukan makanan :p 

Bertempat di AEON Mid Valley pada 20 Oktober 2012, satu majlis pengumuman pemenang dan acara membeli-belah dengan pemenang utama telah diadakan.

Acara turut dimeriahkan dengan kehadiran Siti Saleha sebagai duta sulung Palmolive dan ahli kelab rasmi peminat Siti Saleha iaitu Team Siti Saleha (TSS). Sebelum acara ini, TSS telah memilih 5 orang ahli rasmi bertuah yang berpeluang menyertai admin-admin TSS mengikuti acara ini. Pemilihan dibuat berdasarkan penglibatan aktif mereka di FB, Blog dan Twitter rasmi TSS.

SS sorang je yg maintain chomey bila kasik speech.. Hehe.. 

Selain berpeluang bertemu Saleha, kami juga turut cuba mengorek rahsia pemenang utama bagaimana agaknya beliau boleh terpilih memenangi hadiah utama tersebut. Ternyata semua itu rezeki daripada Allah S.W.T. Puan Ezna tidak menyangka hanya dengan satu penyertaan sahaja, beliau berjaya terpilih sebagai pemenang utama walaupun mempunyai hobi menyertai pelbagai pertandingan.


Berikut antara barang-barang yang beliau pilih:

  1. Makanan kucing (orang suka kucing ni romantik J)
  2. Baju dan kasut sekolah anak ( utamakan pelajaran)
  3. Set permainanan Lego (satu je , kalau dapat kat TSS satu rak dah habis)
  4. Peti Ais (Mujur ahli TSS tak payah angkat)
  5. Ipad (Lepas ni jangan lupa like TSS)


Tertunggu2 jugak bila Pn. Ezna nak blanja admins TSS.. :p 

Selepas acara membeli-belah, Siti Saleha turut menunjukcara penggunaan Shower Gel Palmolive yang mempunyai 4 jenis haruman.


Peserta-peserta yang hadir dan pihak media, turut memperolehi satu set barangan Palmolive sebagai door gift serta menyertai jamuan ringan di O’Briens Irish Sandwich Cafe.


Geng2 TSS.. Pengembaraan bermula... :)) 

Berikut video ucapan Siti Saleha



*Selepas ni dah tentu ramai yang akan ketuk pintu rumah Puan Ezna sebab masih ada baucar lagi belum habis digunakan :P 


*TSS Sayang Sal :)*

-AdminEhsasjdeed

Sunday, 7 October 2012

Amat Dikehendaki.(Aksi Dirakam).Ganjaran Tersedia.

Sweetheartz TSS sekalian, korang tak silap blog la. Kami nak kongsi cerita tentang seorang ni. Sebenarnya sejak tahun lepas dah dia mula kerja ni. Beribu-ribu mangsa dah kena. Nak tangkap tak ada bukti. Kebanyakan mangsa dah mereng, penuh katil wad ICU soon tu. 



Semalam, ternampak dia dengan ‘botak’ ala budak juvana tu tapi dah ada rambut pula :P. Sekali lagi tanpa sedar dia dah buat  lagi. Memang dia ni tak serik-seriklah 'mencuri' tumpuan dan hati kita. 

Tak percaya? tengok rakaman ni. (Amaran bagi yang belum kena  jangan tengok video ni. TSS tidak bertanggungjawab sekiranya anda menjadi mangsa) hahaha.

Dengan ini, mahkamah TSS menjatuhkan hukuman kepada Siti Saleha menjadi doktor hati sepenuh masa kepada mangsa-mangsanya terutamanya yang kronik-kronik di sini.


TSS Sayang Sal 

-AdminEhsasjdeed

Lagu Untuk Dia – Sleeq & Najwa (Pinjam kat Arjuna Kasih :P)