Monday, 7 July 2014

Aktiviti Saleha & TSS Sepanjang Jun 2014

Assalamualaikum TSS & pembaca sekalian,

Jun telah melabuhkan tirainya. Umat Islam juga mula berpuasa pada 29 Jun 2014. Ini bermakna sebulan telah berlalu sejak Saleha dinobatkan sebagai pelakon TV wanita popular dan pelakon filem wanita popular  Anugerah Bintang Popular BH 24 Mei yang lalu.

Pelakon Filem & TV Wanita Popular 2013/14
 
Populariti Saleha melonjak dan pelbagai telefilem lakonannya diulangtayang sejak pengumuman anugerah tersebut. Selain ulangan telefilem dan drama-dramanya, Saleha juga turut muncul dalam siri drama terbarunya di Astro Ria & Maya HD setiap Rabu Jam 9 malam sebagai Anis dalam Siri Drama Manis. Di TV3 pula jam 10 malam setiap Selasa hingga Khamis, Drama Ramadan Jangan Pergi lakonan Saleha turut disiarkan.

 
Tengah serius pun ..manis (Sumber KL Motion Picture)


 
Sedang ditayangkan di Slot Samarinda TV3

 
Oleh kerana raya tidak lama lagi, Saleha turut terlibat dalam pelbagai program rakaman sempena hari raya. Program pertama yang melibatkannya ialah rakaman Kecoh Riuh di Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 27 Mei 2014, rakaman tersebut turut memberi peluang penonton yang berminat menonton secara langsung sewaktu acara.
 
Program Raya Kecoh Riuh
 

Pada 30 Mei 2014 pula, Saleha menghadiri Anugerah Stail EH. Saleha tercalon sebagai Selebriti Wanita Seksi tetapi kategori itu dimenangi oleh Nabila Huda.
 
Anugerah Stail EH

Pada 8 Jun 2014, Saleha mempromosikan filem terbarunya di Karnival Jom Heboh Port DicksonMamak Cupcake bakal ditayangkan mulai 28 Ogos .
 

Sewaktu Di Jom Heboh PD
 
Pada 15 Jun 2014 pula, Saleha menyertai rakaman Meletop Raya. Rancangan ini juga memberi peluang kepada peminat-peminatnya untuk menonton secara langsung.  
 
Rakaman Meletop Raya
 
 
Minggu seterusnya Saleha mulai terlibat dengan lakonan filem ke-10nya iaitu Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng sebagai Noreen.

Jeng Jeng Jeng ( Sumber FB Saleha)
 
 
Saleha turut dilantik sebagai duta bagi program Anugerah Syawal di TV3.
Pada 24 Jun pula, Saleha diundang dalam program Meletop sambil mempromosikan drama bersiri terbarunya di Asro Ria iaitu Manis.
 
Meletop (Sumber FB Saleha)
 
Saleha menyertai Konsert Kasih Upin dan Ipin sempena penggambaran filem terbarunya pada 27 Jun.

Jeng Jeng Jeng


Semua acara-acara di atas telah pun berlalu, namun peminat masih berpeluang menemui Saleha pada acara TSS seterusnya 20 Julai ini. Saleha sempat mengumumkan acara TSS ke 12 iaitu Iftar bersamanya. Ikuti kami (Team Siti Saleha) di Facebook berkenaan acara ini atau hubungi TSS melalui e-mel teamsitisaleha3@gmail.com .

 
 




TSS Sayang Sal :)

-AdminEhsasjdeed.


  
 

Sunday, 11 May 2014

Event TSS Ke 11: Splish Splash With Siti Saleha

Assalamualaikum TSS sekalian,
 
Salam 1 Saleha hehe. Ok kira-kira sudah  2  minggu sejak Event TSS ke-11 diadakan iaitu Splish Splash With Siti Saleha pada 26 April 2014  yang lalu.
 


Gambar Berkumpulan.
 Acara ini diadakan di Asian Water Sport Village Puchong. Agak berbeza kerana ia dibuat 'outdoor' dalam suasana lebih santai.


Saleha yang dirai.
 
Lokasinya agak unik kerana kami perlu menaiki bot untuk ke sana. TSS berjaya mengumpul peserta daripada pelbagai negeri malah peminat setia Saleha dari Brunei dan Singapura turut hadir memeriahkan acara. Acara ini disertai oleh kira-kira 50 orang peserta. TSS kini bagaikan sebuah keluarga besar Saleha, acara yang diadakan lebih kepada aktiviti santai sukaneka.
 
Bersedia untuk salah satu permainan.
Cuaca agak panas, namun semua memberi penuh kerjasama menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan. Sebelum bermula, kami menikmati makanan dan minuman terlebih dahulu.
 
CrazeeAdmin tgh ngap hehe
 
Kami mulakan dengan permainan "Kiss The Apple" Sebelum main nampak mudah, makan saja epal tergantung tu tanpa guna tangan.
 
 
 
Namun bila dah mula main, epal tu mengelak 'ciuman-ciuman' mereka. Mungkin ada yang tak gosok gigi? haha.

Mmmuaaah




 
Kemudian permainan lari dalam guni pula. ada 4 pasukan dengan 6 orang setiap pasukan
Walaupun tengah panas terik, semua main dengan rela...relake? hehe. 

 
 
 
Acara seterusnya ialah membantu ayam menetas haha 'Telur Oh Telur" kali ni 3 pasukan perlu memasukkan seberapa banyak telur ke dalam bekas masing-masing tanpa pecah dengan syarat bawa guna mulut. Jelas tema permainan kali ni agar masing-masing menghargai kedua belah tangan yang dikurniakan Allah S.W.T.
 
 
Kemudian sudah lapar semula, makan lagi. Tapi sebelum tu ada acara rentung-rentung JamadilAkhir. Sesi BBQ ayam.
 

Chef Sal :)
 
Selain sukaneka, peserta juga bebas beriadah, Antaranya berkayak, main air atau main hp dan monopod. 
 
Bercoolfie
Berkayak






Acara kemuncak ialah sambut belated birthday Saleha sekali lagi versi TSS Pirate Of Puchong Kapten Sally Kakak Tua.
 
Birthday asal Saleha pada 14.3. Macam ni hari-hari birthday pun tak apa kan? hehe
 
Saleha turut meraikan salah seorang peminatnya yg sambut birthday juga.
 
Fiesya turut diraikan.
 
Kek birthday ini ditaja oleh @semanizchocolate (instagram), Selain kek, TSS juga menerima tajaan door gift daripada @candycrisis (instagram). Terima kasih.
 

Kek Birthday ke-5 Saleha tahun ni.
 
Permainan penutup ialah Limbo Rock. Lalu bawah tali. 
 
 
Sepatutnya kami bersurai jam 3 petang tetapi sebahagian kami terperangkap apabila hujan turun dengan lebatnya. Alhamdulilah kami sampai dengan selamatnya walaupun berlaku 'drama sebabak' di pengkalan. Hehe.


Sebahagian TSS yang hadir part 1
 
Team Siti Saleha ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat.

TSS part 2
 Terima kasih juga pada Saleha yang sudi meluangkan masa bersama kami dalam cuaca panas dan hujan. Ni yang buat TSS Sayang ni.

Saleha yang menawan (Gambar ni kt Zura)
 
 
Kami mohon maaf sekiranya ada sebarang kekurangan sewaktu kami menguruskan majlis ini. Teruslah menyokong TSS dan Saleha. Selain Blog ni, gambar-gambar event ada di FB dan Instagram TSS.  
 
TSS Sayang Sal :)
 
- AdminEhsasjdeed
 
 
  

Wednesday, 9 April 2014

Splish Splash With Siti Saleha

Assalamualaikum TSS sekalian.

Saleha sewaktu menghadiri Anugerah Meletop awal Februari 2014 

Sepanjang Februari dan Mac serta awal April yang lepas, banyak acara yang telah pun berlangsung yang melibatkan Siti Saleha.

Sebahagian TSS yang hadir memberi sokongan sewaktu Anugerah Meletop

 
Antaranya Majlis Anugerah Meletop, Majlis BUHA (Peragaan rekaan rambut dan rekaan baju), Majlis Anugerah Festival Drama KL, Majlis pembukaan Juan Valdez CafĂ©, serta Minggu Fesyen Galeri Bukit Bintang.

Sebahagian TSS yang hadir sewaktu Anugerah Drama Festival KL
 
Majlis-majlis tersebut tidak termasuk surprise birthday serta Majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang sepatutnya berlangsung pada 6 April tetapi ditangguhkan demi menghormati kejadian MH370.

Sebahagian TSS sewaktu Surprise Birthday Saleha 14.3.14

 
Walaupun Siti Saleha menyertai pelbagai majlis sejak Februari, tidak semua peminat-peminatnya berkesempatan untuk hadir  semua acara yang disertainya kerana ada yang terhad penyertaannya dan bersifat eksklusif dan tertutup.

Sepotong kek untukmu :)

Walau bagaimanapun TSS telah merancang untuk adakan acara berikut untuk merapatkan lagi hubungan Saleha dan peminat-peminatnya terutamanya yang tak berkesempatan menyertai acara-acara sebelum ini.

Acara rasmi ke 11 TSS sejak ditubuhkan. Jom..jom jom
 

Mereka yang berminat boleh hubungi no yang tertera. Tempat adalah terhad jadi sila segera sahkan kehadiran anda. Terima kasih.

TSS Sayang Sal

Sal pun Sayang TSS kan? hehehe ok rujuk episod akhir NE :P


-AdminEhsasjdeed
  

Tuesday, 11 February 2014

Telefilem-telefilem terbaru lakonan Saleha 2014

Assalamualaikum semua,
Team Siti Saleha (TSS) kali ni nak kongsi maklumat tentang beberapa telefilem terbaru yang bakal disiarkan dalam tahun 2014 ni lakonan Her Gorgeousness Siti Saleha la.
Berikut telefilem-telefilemnya:
1. Telefilem Mat Gedebe - Bakal disiarkan di TV9

Cerita ni surprise , Tapi ikut tajuk macam komedi je. Tunggu bakal disiarkan di TV9.

Saleha di set Mat Gedebe.
2. Telefilem Cikgu Gangster  -Bakal disiarkan di Astro Ria Mac 2014




Ia mengisahkan Amar (Syed Ali), seorang gangster ‘kecil-kecilan’ aka penyangak merampas wang rompakan daripada anggota gangster lain bernama Terry.


Gangster jadi cikgu


Ketika melarikan diri daripada Terry, Amar bersembunyi dalam van dimiliki Haji Rahman. Tanpa sengaja, Haji Rahman (Zaidi Omar) membawa Amar menuju ke Kem Motivasi Bukit Tokak iaitu kem untuk pelajar bermasalah miliknya.
Tenaga penerbitan

Amar menyelinap masuk ke kem itu lalu menyamar sebagai guru pelatih yang pernah mengikuti latihan ketenteraan. Haji Rahman yang sememangnya sedang kekurangan tenaga pengajar menerima Amar dengan besar hati sebagai guru motivasi yang baru.
Maria dan Hj Abd Rahman kena ikat

Namun, kedatangan Amar tidak disenangi anak perempuan Haji Rahman iaitu Maria yang dapat merasakan Amar menyembunyikan status dirinya yang sebenar....
Cerita lanjut kena la tunggu telefilem ni disiarkan. :)
3. Telefilem Cinta Rhapsody Bakal Di Siarkan Di TV3
Saleha berlakon sebagai gadis kelainan upaya (penglihatan). Cerita masih misteri kita layan
gambar-gambar.
Ok tak ada jam kat tangan. Gadis kelainan upaya tak perlu pakai jam tangan.
 atau boleh jadi juga Saleha pura-pura buta dalam cerita ni..
ok ni masa rehat kot bukan dalam watak.  
Pelakon utama Cinta Rhapsody.
Aeril dan Tania Hudson turut berlakon
Salah satu adengan.


4. Telefilem Latte Kopi Tarik - Bakal disiarkan di Astro Prima April 2014
Ini pula merupakan telefilem paling baru lakonan Saleha. Semangatnya pasti tinggi kerana sehari sebelum penggambaran, Saleha bertemu sebahagian peminat-peminatnya sempena Anugerah Meletop. Telefilem ini terbitan Zeel Production dan ada Amy Mastura juga.

eh minum kopi juga tu / latte
Cerita ni pun masih misteri baru beberapa hari penggambaran, jadi kita layan gambar.
Novel cerita sedih sampai sebak?
Kalau tak salah Sal pegang watak Sara dalam cerita ni.
Dating tengah tasik? eh bau apa tu?
Berlatar belakangkan pemandangan indah Shah Alam. Tapi khabarnya baunya kurang menyenangkan, mungkin pihak majlis perbandaran boleh siasat perkara ini.
Di belakang tabir
Kopi Tarik satu, ikat tepi (agaknya la)
Ok itu dia 4 telefilem yang bakal disiarkan tak lama lagi. Selain 4 telefilem ini, peminat juga boleh ikuti Drama rantaian Aku Ada Wali di TV Al Hijrah  setiap Selasa jam 10 malam.

Bagi yang belum sempat menilai dan menyaksikan lakonan Saleha, inilah masanya, Mungkin ada yang jarang melihat Saleha di kaca TV tahun lalu kerana Saleha lebih menumpukan kepada filem.

Undilah Siti Saleha dalam pelbagai anugerah kerana bakat dan keperibadian yang baik ini. TSS pasti anda akan berpuas hati dengan hasil lakonannya yang cemerlang. Terima kasih kerana menyokong TSS dan Siti Saleha.

Rujuk catatan sebelum untuk cara-cara mengundi Saleha.


TSS Sayang Sal

-AdminEhsasjdeed 

*Sumber gambar-gambar, pelbagai: koleksi Saleha , Harian Metro dan krew-krew penerbitan drama.