Tuesday, 14 January 2014

Drama Bersiri Aku Ada Wali TV Al Hijrah

Assalamualaikum TSS sekalian dan Salam Maulidur Rasul semua,
 
Alhamdulilah tahun 2014 bermula dengan banyak kenangan manis kepada kita kerana sejak malam hujung tahun lalu sehinggalah telah masuk minggu kedua tahun baru, lakonan Saleha tidak putus-putus disiarkan di TV.
 
Saleha sebagai Bibah (Sumber Kash Picture)
 
 
Bermula dengan Bibah yang comel di TV9 dalam Telefilem Cerita Sebenar Mengenai Bibah 30 Disember 2013,esoknya pula ada ulangan telefilem kegemaran ramai peminat Siti Saleha iaitu Aku Dia Dan Tong Sampah.
 
Siti Saleha sebagai Sharnaz dalam Telefilem Aku Dia Dan Tong Sampah (Sumber Playground Picture)
 
 
Kemudian selepas berehat 2 minggu, Telefilem komedi Sudu dan Garfu diulang siar pada awal pagi 13 Januari 2013.
 
Telefilem Sudu & Garfu, Saleha sebagai Yaya
Pada sebelah malamnya pula di TV3 disiarkan Telefilem Luth Mahfuz sebuah cerita penuh emosi tentang pengorbanan seorang isteri dan ibu menyelamatkan perkahwinannya dan menjaga anaknya. 

Telefilem Luth Mahfuz sempena Maulidur Rasul Saleha sebagai Eyma.
 
 
Yeay, dan malam ni jam 10 malam (14 Januari 2014) sekali lagi lakonan Saleha akan disiarkan di TV. Sebuah drama bersiri 13 episod yang diadaptasi daripada novel iaitu Aku Ada Wali karya Ustazah Fatimah Syarha. Drama bersiri tersebut bakal disiarkan setiap hari Selasa Jam 10 malam di TV Al Hijrah.
 
Saleha sebagai Syumaila dalam Drama Aku Ada Wali. (Sumber Tsar Asia)
 
Berikut beberapa trivia menarik tentang drama ini.
 
1. Aku Ada Wali sesuai untuk mereka yg sedang mencari cinta, yg tengah bercinta, yg tak cukup umur untuk bercinta, yg rasa nak bercinta, yg tak tau camner nak bercinta ... Kite jatuh cinta je la ngan Syumaila. 
 
2. Kalau semalam kita dah tgk telemovie pertama Siti Saleha untuk tahun 2014, mlm ni nantikan drama bersiri 13 episod terbaru untuk tahun ni pula.. Aku Ada Wali 10 mlm di TV AlHijrah :))) 
 
Nora & Yvonne dalam Nora Elena musuh ketat, dalam Luth Mahfuz kawan baik. (sumber insatagram rizabaharudin) 
3. Kalau semalam "Nora Elena" (Siti Saleha) jumpa "musuh ketatnya" "Yvonne" (Wan Sharmila) dalam Telefilem Luth Mahfuz yang jadi kawan baik dia, dalam Drama Aku Ada Wali pula "Nora Elena" (Siti Saleha) digandingkan kembali dengan "Dilla" (Puteri Chichi) yang memegang watak Shifa sahabat kepada Syumaila.
 
Saleha dan Puteri Chichi dalam Aku Ada Wali sebagai Syumaila dan Shifa (sumber Tsar Asia)
 
4. Drama Aku Ada Wali juga drama pertama yg membawa Siti_Saleha shooting kat luar negara! Yay!! Negara mana tu? Korea Selatan.
 
Penulis Novel Aku Ada Wali Ustazah Fatimah Syarha dan Produser Wan Sariah (Sumber Tsar Asia)
 
5.  Aku Ada Wali diadaptasikan dari buku yg di tulis oleh Ustazah Fatimah Syarha. Biasanya novel keluar dahulu sebelum drama, tapi kali ini novel dan drama dilancarkan serentak.

Masuk surat khabar Korea. Gambar Saleha dengan tuan pengarah. Terjemahan artikel boleh tengok kat Notes FB TSS.
 
 
6. Pengarah drama ini Aidilfitri Mohd Yunus di bawah terbitan Tsar Asia.
 
Sebahagian pelakon dan krew di Korea
7. Aku Ada Wali membawa para pelakon dan krew ke Korea untuk shooting. Di Korea pengambaran dijalankan di Seoul & Busan.
 
Salah satu poster (sumber Tsar Asia)
 
 
8. Siti_Saleha pernah berlakon di samping Zoey Rahman dlm Drama Ustaz Amirul. Mereka adalah kakak adik ipar. Dalam Drama Aku Ada Wali ni ZR nak ngorat SS. Agaknya la sebab episod pertama pun belum tengok lagi hehehe.
 
Ok tak cukup gambar-gambar kat atas ? Kita layan video-videonya pula ye. (Sumber Video TV Al Hijrah.
 

 

 
Trailer.
 
 

 
Pesanan Saleha
 
 

 
Kat Korea lagi dah pesan.
 
 

 
Ada lagi ...
 
 

 
Jom tengok episod pertama sikit
 
 
 
Ok kami tau bila bab Siti Saleha memang tak cukup ni sikit lagi episod 2
 
 

 
Oklah ni Saleha pesan lagi. Tengok tau malam ni.
 
Drama Aku Ada Wali disiarkan di TV Al Hijrah Jam 10 malam setiap Selasa
mulai hari ini (14/1/2013)
 
Jika tiada TV, "Aku Ada Wali" juga boleh ditonton live streaming di link http://www.tvalhijrah.com/Live@TV-Alhijrah.aspx
 
Ok. Terima kasih dan Selamat menonton semua.
 
 
TSS Sayang Sal.
 
- AdminEhsasjdeed 

Thursday, 2 January 2014

Siti Saleha Layak Memenangi ABPBH Wanita TV dan Filem Tahun 2013/2014

Assalamualaikum TSS sekalian dan semua pembaca budiman,

Tahun 2013 melabuh tirainya hari ni. Sepanjang tahun 2013 pelbagai kenangan manis tercipta bersama Kelab Team Siti Saleha (TSS) dan artis kesayangan ramai iaitu Her Gorgeousness Siti Saleha ni


Saleha sewaktu menghadiri Majlis Menggapai Impian Di Ipoh.
Rezeki Saleha juga semakin bertambah dengan tawaran lakonan yang tak pernah putus serta tawaran sebagai duta-duta produk. Dalam kesibukannya juga, Saleha tetap memberi ruang bersantai bersama peminat-peminatnya dalam pelbagai acara yang disertainya terutamanya anjuran TSS.


Saleha bersama sebahagian peminat-peminatnya  sewaktu 4 acara utama anjuran TSS bagi tahun 2013.
Pada awal Disember baru-baru ini, turut diumumkan satu program anugerah iaitu Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) bakal berlangsung April 2014 yang saban tahun memilih artis-artis dan selebriti popular untuk dianugerahkan sebagai bintang popular mengikut kategori masing-masing.



Poster Kempen Tahun Lepas.
Mengikut rekod tahun lepas, Saleha berjaya tercalon dalam kalangan 5 teratas (Top 5) pelakon TV wanita popular dan bagi TSS sebenarnya, Saleha telah pun menang walaupun trofi lepas milik Nabila Huda.


Saleha tercalon 2 kategori peringkat awal. Undilah untuk kedua-dua kategori tersebut. Terima kasih.
Tahun ini, sekali lagi anugerah ini bakal diadakan dan menariknya Saleha tercalon 2 kategori iaitu Pelakon TV Wanita dan Pelakon Filem Wanita. Anugerah ini masih di pusingan awal pencalonan dan Saleha perlu bersaing dengan 37 yang lain kategori TV serta 31 yang lain kategori Filem. Menurut BH mereka yang tercalon bukan diambil sebarangan sebaliknya pelakon yang mempunyai produk lakonan dalam tempoh yang ditetapkan.

Salah satu poster kempen tahun ni.
Bagi kami TSS sudah tentulah Saleha layak untuk kedua-kedua anugerah tersebut, namun pemilihan pemenang bergantung kepada undian menerusi Surat Khabar Berita Harian. Borang undian telah mula dikeluarkan  setiap hari mulai Disember 2013 dan tamat pada 29 Disember 2013. Masih belum terlambat untuk mengumpul borang-borang yang ada, malah peminat-peminat setia telah lama tahu hal ini. Walaupun borang terakhir dikeluarkan pada 29.12.13, borang tersebut boleh dihantar selewat-lewatnya 10 Januari 2014.

Kenapa kita patut undi Saleha?

Anggaplah undian kita tu umpama bialakon hehehe sesuka hati je biasiswa jadi bialakon ye. Ok Saleha seorang pelakon berbakat, bijak dan cantik pula orangnya, seharusnya janganlah kita sia-siakan. Lagipun kitakan peminat setia Saleha. :)
Berikut kami senaraikan drama, filem dan telefilem lakonan Saleha sepanjang tahun 2013.


Drama Rantaian
 Drama Rantaian:
  1. Drama Terlanjur Cinta Slot Ratu TV9 mulai November 2012, episod akhir 7 Januari 2013
  2. Drama Ruby - Slot Samarinda TV3 mulai 2 Januari 2013.
  3. Drama Memberku Hawa - Astro Ria mulai 5 Jun Setiap Rabu jam 10 malam :)
  4. Drama Asmara Luna - Slot Samarinda TV3 Isnin-Rabu 10 malam mulai 21.8.2013
  5. Drama Aku Ada Wali - TV Al Hijrah Setiap Selasa 10 malam mulai 14 Januari 2014

Telefilem
Telefilem :
  1. Telefilem Dari Sinar Mata TV3 6 November 2013 Rabu 9 Malam.
  2. Telefilem Kisah Sebenar Mengenai Bibah TV9 30 Disember 2013 8.30
  3. Telefilem Sekilas Cinta TVi 180 (masih belum ada jadual tayangan)
  4. Telefilem Luth Mahfuz Cerekarama TV3 (bakal tayang minggu kedua Januari 2014)
Pengacaraan:
 Pengacara Bersama Dengan Elfira Loy Projek Gila - Ditayangkan di TV9 - 8 April 2013
(Aktiviti mencabar/ lasak di tempat-tempat menarik dalam Malaysia.) *
*Patut ABPBH letak 3 kategori la kan termasuk pengacara TV ? hehehe.

10 produk untuk TV Malaysia , 9 produk lakonan (watak utama) dan 1 pengacaraan. Kalau tak menang trofi tu saja je la. Undi ya untuk pelakon TV wanita popular :) Terima kasih.

Filem:


Filem-filem lakonan Saleha yang telah keluar tahun 2013


  1. Kerat 14 - 14 Februari 2013
  2. KL Zombie - 29 Ogos 2013
  3. Balada Pencinta - 24 Oktober 2013
  4. Mamak Cupcake bakal keluar 2014
  5. Bikin Filem bakal keluar 2014
  6. 7ujuh bakal keluar 2014
  7. Rajawali Aku Abang Long bakal keluar 2014


Filem-filem bakal keluar Tahun 2014

7 produk untuk layar perak. 3 telah pun ditayangkan di pawagam tahun 2013 memegang watak utama. Yang ni memang benar-benar layak menang anugerah. Undi ye :) Terima kasih. :)
 
Keseluruhan 17 produk untuk tahun ni sahaja, itu tak termasuk video pendek koleksi TSS serta cameo dalam filem hehehe
 
Kesimpulannya  Siti Saleha Layak Memenangi ABPBH Wanita TV dan Filem Tahun 2013/2014.
 
Sebagai peminat, kita kenalah mengundi, ada peluang dapat hadiah juga :) Selain  2 kategori ini, peminat juga boleh mengundi Saleha secara online bagi gandingan serasi di layar Saleha dan Zizan Razak bagi Filem KL Zombi di laman web ABPBH.
TSS dan Siti Saleha juga ingin ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua.
Ucapan Selamat Tahun Baru

Terima kasih.

TSS Sayang Sal

- AdminEhsasjdeed.

 *Gambar-gambar koleksi TSS, penerbitan drama, telefilem dan filem-filem tersebut serta koleksi peribadi Siti Saleha. 
 




  

Friday, 13 December 2013

Siti Saleha Menghulur Sumbangan Melalui Program Menggapai Impian UTP

Assalamualaikum TSS sekalian.
Masih ingat Program MDO Balada Pencinta Menggapai Impian pada 26 Oktober 2013 lalu?
Lupa? Ishh kena baca artikel-artikel sebelum-sebelum ni dulu la kalau lupa.
 
Program MDO Balada Pencinta 26 Oktober 2013 lalu yang membuka Tabung Amal Menggapai Impian.
 
 Alhamdulilah, pada 4 Disember 2013 yang lalu, anak-anak yatim dari 3 buah rumah anak yatim sekitar Perak, diraikan dalam satu majlis iaitu Menggapai Impian anjuran Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) buat kali yang ke-7. Majlis kali ini  istimewa dengan penyertaan Siti Saleha dan Team Siti Saleha (TSS) yang merupakan kelab rasmi peminatnya.  



Pentas Majlis pada 4 Disember di UTP, Perak.

 
Program Movie Day Out (MDO) Filem Balada Pencinta yang lalu berjaya mengumpulkan sumbangan berjumlah RM6000. Sumbangan terdiri daripada sebahagian bayaran program MDO serta sumbangan ikhlas orang perseorangan termasuk sumbangan Saleha sendiri.TSS dan Siti Saleha ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi menyumbang derma tersebut.
 


Saleha menyerahkan buku akaun simpanan kepada salah seorang penerima sumbangan sambil disaksikan oleh
Naib Canselor UTP, Datuk Abdul Rahim Hashim 
 
Sumbangan tersebut, Saleha serahkan dalam bentuk wang simpanan Akaun Bank Rakyat bernilai RM100 bagi setiap seorang anak yatim dalam Majlis Menggapai Impian tersebut.
 
 
Beberapa gambar sewaktu penyampaian derma. Penerima dalam kalangan anak yatim berbilang bangsa.
 

Peralatan sekolah bernilai RM150 bagi setiap anak yatim pula disumbang oleh pekerja-pekerja UTP yang mengambil bahagian.

 
Salah sebuah pertubuhan kebajikan menerima sumbangan dalam bentuk hamper dan wang.
 
Tiga pertubuhan terpilih menerima bantuan sempena program Menggapai Impian iaitu Kasih Nurul Iman, Pertubuhan Kebajikan Harapan Baru dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Anugerah Istimewa Ipoh yang masing-masing menerima sumbangan khas RM1,000 daripada Persatuan Alumni UTP.


Datuk Dr Abdul Rahim Hashim, Naib Canselor UTP
 
 Menurut Naib Canselor UTP, Datuk Dr Abdul Rahim Hashim, “Tahun ini, kehadiran Siti Saleha memberi kelainan kepada program ini kerana beliau turut sama menderma dalam aktiviti sosial koporat ini dan kami di pihak UTP pula menumpukan pemberian bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik daripada rumah-rumah anak yatim yang mewakili setiap bangsa Melayu, Cina dan India,” ujarnya.


Siti Saleha sewaktu sidang media



Manakala Siti Saleha menjelaskan menyertai program kebajikan seperti ini telah lama dirancang olehnya serta kelab peminatnya TSS.

Sebelum-sebelum ini, TSS telah berjaya menganjurkan pelbagai acara bersamanya yang lebih meraikan dirinya serta merapatkan hubungan sesama ahli seperti majlis Iftar, sambutan hari lahir dan lain-lain.

Sebahagian TSS yang hadir memeriahkan acara ini


Walau bagaimanapun bagi program kebajikan, ini merupakan julung kali diadakan dan Saleha merasa gembira kerana dapat kembali menyumbang kepada masyarakat.

Anak-anak yatim serta hadirin turut dijamu dengan makanan yang lazat serta pemberian coklat dan gula-gula.


Pemberian sumbangan dalam bentuk akaun simpanan pula baginya membantu memupuk budaya menabung dalam kalangan pelajar.

Pemberian buku akaun sebegini juga dapat mengurus kewangan kanak-kanak dengan baik kerana jika diberi dalam bentuk wang tunai, dikhuatiri akan digunakan untuk perkara yang kurang berfaedah selain dapat membantu mereka di masa hadapan,” katanya

InsyaAllah program kebajikan seperti ini menjadi perintis untuk
program-program kebajikan seterusnya terutamanya bersama TSS
Siti Saleha dan Team Siti Saleha ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.  

TSS Sayang Sal

- AdminEhsasjdeed
 

Saturday, 23 November 2013

Mangga , Lisa , Balada Pencinta Siti Saleha

Assalamualaikum semua,
Mangga bukan sebarang mangga, mangga chokonan manis rasanya. Bukan hal buah yang kami nak cerita tapi Majalah Mangga Disember 2013 di pasaran sebab ada Her Gorgeousness Siti Saleha.


Apa agaknya rahsia cintanya? Dapatkan di pasaran.



Lisa Surihani artis terkenal sekarang suri di hati Yusri KRU. Jangan kelip mata TSS tak salah team, bukan hal Lisa tu yang kami nak cerita tapi Majalah Lisa edisi perkahwinan Disember 2013 dah pun keluar. Penghias sampulnya dah tentulah
Her Gorgeousness Siti Saleha.


Siti Saleha sedia akhiri zaman Solonya?

Balada Pencinta telah pun selesai wajib tayang bagi tontonan penonton wayang. DVD asli telah pun keluar untuk penonton di rumah pula. Dapatkan di pasaran lakonan mantap Her Gorgeousness Siti Saleha.

Cover Belakang , Yang depan dah tahu kan? pastikan ada pelekat hologram

Kalau tak jumpa di kedai DVD, Balada Pencinta boleh didapati secara Video On Demand mulai 15 Disember 2013 di laman HyppTV http://stg.tm.com.my/hypptv/Pages/vod.aspx 

TSS Sayang Sal

- AdminEhsasjdeed



Wednesday, 20 November 2013

Siti Saleha Merupakan Duta Produk SimplySiti White And Detox

Assalamualaikum semua,

Dato' Siti Nurhaliza, selaku Presiden SimplySiti mengumumkan Siti Saleha sebagai Duta Produk Pencerahan Wajah White & Detox Jenama SimplySiti pada satu sidang media di KLCC bulan lalu, pada 26 Oktober 2013. Tahniah, tahniah tahniah Sal. :) Memang sesuai sangat. Nama pun Siti.

Poster Produk
Bagi kita, Team Siti Saleha (TSS) , pilihan Dato' Siti Nurhaliza iaitu Siti Saleha memanglah amat tepat sebagai duta bagi produknya SimplySiti ..(cuba kira dari mula tajuk berapa banyak Siti dah disebut hehehe baik untuk pengiklanan produk tu)


Siti Saleha & Dato Siti mempamerkan Produk Bro Khalid Boleh Settle eh Produk Simply Siti


 

Mengapa dalam banyak-banyak Siti di Malaysia, Siti Saleha menjadi pilihannya?

Penyanyi nombor satu negara itu menyatakan Siti Saleha dipilih sebagai duta White and Detox kerana dia membawa imej wanita muda. Tambahan pula sebagai pelakon, dia menjalani kehidupan yang hectic, tak cukup tidur, bekerja tak tentu masa dan terdedah kepada matahari,”


Kulit Saleha yang putih flawless kesan penggunaan White & Detox




"Kita bagi dia cuba dahulu produk ini kerana tidak semua orang yang jenis main pakai sahaja produk kecantikan. Selepas itu, kita bertanyakan keberkesanannya. Katanya lagi.


Menurut Siti Saleha pula, "Saya mula mendapat tawaran tersebut pada bulan Ogos lalu iaitu sebelum ke United Kingdom. Bila saya balik Malaysia, pengurus saya memberitahu yang pihak SimplySiti masih menunggu jawapan saya.
 
"Sebelum saya bersetuju, terlebih dahulu saya diberikan 'sample' untuk digunakan. Dalam tempoh sebulan mencubanya, saya dapat rasakan perubahan pada kulit wajah saya. Kulit wajah saya semakin bersinar dan tidak nampak kusam," kongsi Siti Saleha


Iklan rasmi produk tersebut.
 
 
Pada hari yang sama dengan sidang media tersebut, Saleha turut mempromosikan produk tesebut di Watson, KLCC dan keesokannya di Watson, Setia Alam.

TSS Sayang Sal

-AdminEhsasjdeed



Wednesday, 13 November 2013

Sumbangan Untuk Tabung Menggapai Impian

Assalamualaikum dan Salam 1Saleha TSS sweetheartz sekalian :),
Sejak perlaksanaan MDO Balada Pencinta lagi, sudah pasti semua sudah maklum yang sebahagian bayaran penyertaan acara tersebut akan disalurkan sebagai derma kepada anak yatim, Program Menggapai Impian Anjuran Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), pada Disember nanti dengan kerjasama Team Siti Saleha (TSS).
Petikan artikel dalam Majalah Online Femag halaman 81&82. Artikel penuh sila ke alamat web tersebut.
Selain kutipan menerusi MDO Balada Pencinta, tabung sumbangan juga dibuka kepada sesiapa yang berminat menambah dana sumbangan.
 
Bagi menggalakkan sumbangan, TSS ingin memaklumkan penyumbang yang menyumbang derma RM30 dan ke atas  bermula hari ini akan mendapat barangan TSS sebagai penghargaan.

Barangan TSS



Walau bagaimanapun TSS menerima berapa sahaja jumlah sumbangan Ikhlas untuk disalurkan ke Program tersebut.
 
Mereka yang berminat untuk menyumbang, boleh hubungi kami di teamsitisaleha3@gmail.com sila maklumkan  nama, alamat, no telefon, jumlah sumbangan. Kami akan maklumkan maklumat lanjut berkaitan kaedah pembayaran. Penyumbang juga boleh hubungi no berikut untuk menyumbang atau pertanyaan lanjut.:

019-2656622 (CrazeeAdmin/Dee Dee)

Terima Kasih. Sumbangan Anda Begitu Bermakna.

Saleha menggayakan hijab Flo in Darkblue L'adorn (gambar L'adorn) 
TSS Sayang Sal :)
-AdminEhsasjdeed