Saturday, 2 March 2013

Movie Day Out With Siti Saleha


Assalamualaikum dan salam sejahtera TSS Sweetheartz sekalian,

Semua pun dah tahu yang pada 14 haribulan Februari 2013 yang lalu telah bermula tayangan umum bagi Filem Kerat 14 di pawagam iaitu merupakan filem pertama Siti Saleha di layar perak. Kalau masih tak tahu sila lihat iklan di atas, bawah dan tepi blog ni hehehe.

Poster Filem



Jika pada catatan lepas, kami ceritakan peluang yang diperolehi oleh admin-admin TSS serta sebahagian peminat menyaksikan Tayangan Perdana Filem Kerat 14 ni bersama teraju utamanya, pihak produksi dan media, kali ini lebih hebat lagi. 

Saya tak bunuh..saya tak bunuh..saya kerat kek saja hehehe


Pada 17.2.2013, iaitu pada hari Ahad yang merupakan hari keempat tayangan filem tersebut, Team Siti Saleha (TSS) telah berjaya mengumpulkan seramai 90 orang peminat Siti Saleha untuk menonton bersama Siti Saleha di acara Movie Day Out With Siti Saleha. Acara pertama TSS tahun ni. ( yang keenam sejak ditubuhkan) 

Bergambar dengan kawan baik sebelum masuk :)


Acara diadakan di Cathay Cineplex eCurve pada 4.40 petang. Peminat mendaftar seawal jam 3.50 petang. Peminat yang hadir bukan saja dari kawasan Lembah Klang, malah terdapat juga yang datang dari utara, pantai timur, selatan dan sejauh Negara Brunei Darussalam. (Kementerian Pelancongan Malaysia patut bagi award kat TSS ni hehehe)

"Mascot" TSS Baby Aiman tak kisah hehehe
Kupon Wayang dan Makan (Gambar Ihsan Afiza)
Acara dimulakan dengan pendaftaran peserta diikuti dengan Tayangan Filem Kerat 14. Sebelum itu, tetamu kehormat kita iaitu Siti Saleha sempat memberi sepatah dua kata kepada peminat-peminatnya yang sudi hadir.

Ucapan :)
Panggung 6 penuh sehinggakan ada peminat yang kena duduk di baris paling hadapan. Sebenarnya masih ramai lagi yang ingin sertai acara ini tapi terpaksalah kami hadkan kerana terlalu ramai. Saleha sekarang mungkin tengah urut muka dia sebab letih senyum.

Nyum Nyum Nyum (Gambar Ihsan Afiza Yellow Spider)  :)
Selepas tengok wayang, kami bergambar kenangan ramai-ramai.
Terlalu ramai, sampai ada yang tak masuk frame hehehe

Kami bergerak ke Rasa Food Arena di bangunan bersebelahan untuk menjamu selera serta beramah mesra. Selain makan ada acara potong kek sempena birthday filem ni hehehe. Kek sungguh unik mungkin boleh cadangkan masuk Fear Factor hehehe.


Pengiktirafan peminat-peminat sempena Filem Saleha yang pertama. Ada berani? 


Selepas itu ada acara kuiz ‘gila-gila’ secrazee orang yang uruskannya hahaha. Semua soalan berjaya dijawab dengan tepat dan beberapa soalan terpaksa dibatalkan kerana dijawab oleh “kamus-kamus bergerak TSS yang hebat-hebat” kalah pak cik Google.

Poster-poster..Bila dah jumpa orangnya buat apa poster kan :P (Gambar Ihsan Afiza)


10 peminat berjaya membawa pulang cenderahati iaitu Poster Kerat 14 serta T-Shirt Kerat 14 sumbangan White Merpati Entertainment. Iaitu syarikat produksi filem ini.

Salah seorang peminat yang berjaya memenangi poster dan T-Shirt  Kerat 14


Bagi yang belum menonton filem ni, pergilah menonton. Sebahagian kami dah menonton 2 kali. Untuk ulasan filem ini, insyaAllah pada catatan akan datang. (Kerat 14 kini juga boleh dilanggan melalui Astro First)

Jangan Risau tak ada yg cedera di dalam gambar di atas 


Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Siti Saleha ,peminat-peminat, serta rakan media yang sentiasa menyokong Siti Saleha dan TSS. Kami mohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang majlis tersebut.


Suasana Kemeriahan Majlis (Gambar TSS dan  ihsan Afiza)


Kepada peminat-peminat, sudilah berkongsi pengalaman di blog ni. 

Senyumanmu pencetus sejuta Inspirasi :)


Kepada Sal, TSS Sayang Sal. Terima kasih kerana sentiasa ada untuk peminat-peminat. 


Berikut Video Ucapan Sal





-AdminEhsasjdeed

Sunday, 3 February 2013

5 Sebab Harus Tonton Filem Kerat 14


Assalamualaikum dan salam sejahtera TSS Sweetheartz sekalian,

Sebelum beri sebeb-sebab tersebut, nak beritahu bahawa hari ni genaplah lagi 14 hari dari tarikh event Movie Day Out Team Siti Saleha (TSS) bersama Siti Saleha yang dirancang diadakan pada 17 Februari 2013 ni.





Kali ini agak istimewa kerana peminat-peminat Siti Saleha akan menonton bersama Siti Saleha filem pertamanya yang berjudul Kerat 14. (Satu panggung kami booking tau :) )



Seperti yang pernah diiklankan sebelum ini, filem Kerat 14 ni bakal ditayangkan bermula 14 Februari ini. Gandingan pelakonnya amat hebat iaitu Aaron Aziz, Siti Saleha, Fouziah Gous , Ali Arami, Zamarul Hisham dan Arora Salwa.




Pada 30 Januari 2013 yang lalu, admin TSS telah diundang untuk menonton tayangan perdana filem ini bersama dengan barisan pelakon, krew dan pihak media serta peminat-peminat Siti Saleha dan Aaron Aziz yang berjaya memenangi kuiz dan pertandingan yang diadakan oleh pihak produksi Kerat 14 dan TSS sendiri.



Kalau diikutkan kiranya kami dah tak payah tengok lagi la filem ni sebab dah tengok hari tu. Tapi mana boleh,  kami kan peminat setia Siti Saleha, kami pun nak TSS Sweethaertz yang lain merasakan keterujaan kami menonton bersama Siti Saleha dalam suasana santai keluarga TSS ni. 



Maka dalam artikel ni kami beri 5 sebab mengapa kena tengok filem Kerat 14 lakonan Siti Saleha di pawagam atau bersama kami dalam event movie day out :) (sebenarnya lebih banyak sebab tapi kami beri 5 saja dahulu).

Pertama

Sebelum-sebelum ni kita tengok sekerat-sekerat saja. Sekerat kat first look, sekerat kat trailer rasmi, sekerat kat poster, sekerat kat promo SS dan AA, sekerat kat berita TV, sekerat kat paper, sekerat kat blog, sekerat kat runit bunyi (OST) rasmi…banyak pula kerat tapi dah cukup 14 ? Tak cukup, sebab tu la kita kena tengok penuh Kerat 14 kat pawagam nanti.


Kedua

Anda merupakan peminat setia Siti Saleha. (macam kami). Hari-hari, cari cerita dia (macam kami) , hari-hari tweet2 dia (macam kami), kalau ada drama, iklan, promo dia kat TV mesti tengok (macam kami) , kalau ada majalah, surat khabar yang cerita pasal dia atau ada gambar dia mesti beli (macam kami), lebih banyak gambar dia berbanding gambar sendiri (macam kami), dah berguni-guni surat khabar beli untuk undi dia (macam kami), dah tekan nombor dia banyak kali untuk undi dia ABP G5 dan Bella BB7 (macam kami) …jadi wajiblah tengok filem pertama dia ni. (macam kami) hehehe bak kata Sleeq dan Najwa ‘Untuk dia hey ..Untuk dia hey..Untuk dia hey..’


Ketiga

Kami dapat firasat, yang Siti Saleha ni bakal jadi pelakon tersohor dan hebat satu hari nanti. Sebenarnya dah hebat pun. Cuba kita imbas kembali pelakon-pelakon hebat macam P Ramlee, walaupun punya banyak karya hebat, tetap yang pertama menjadi satu kenangan indah buatnya dan peminat. Karya pertama susah nak cari balik masa zaman gemilang seseorang pelakon. Maka, harus kita buat koleksi nanti, kalau tak sempat beli pun, sekurang-kurangnya sebagai peminat Saleha, kita dah pun tengok filem ni dan dapat beri penghargaan secara langsung nanti kalau kita suka, atau kita kritik untuk membina kalau kita tak suka.






Keempat

Lakonan semua pelakon terutama Saleha memang best, bagus, ekspresi wajah menjadi, kan dah tengok sekerat kat trailer tu..gaya sinematografi,aksi pun cantik dan menarik. Cerita banyak pengajaran secara tak langsung. Lagu tema sedapkan. Lagu tema bakal hit insyaAllah. Eh mcam dah lebih pula sebab ni.    

Sal jangan nangis nanti kita tengok sama-sama 17 ni..lepas tu kita makan aiskrim ok :P 


Kelima

Kita kan TSS, Team Siti Saleha kan sayang Sal. Saleha pun sayang TSS.

Kita layan gambar dan lagu tema. Ok bagi yang dah bagi nama tu, mohon buat bayaran segera. Terima kasih.


Lagu tema rasmi Filem Kerat 14 - Tajuk lagu : Penyesalan. Nyanyian Zarul Umbrella


TSS Sayang Sal 

-AdminEhsasjdeed

Saturday, 26 January 2013

Sipnopsis Filem Kerat 14 Dan Lagu Penyesalan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Kini kami nak bercerita tentang Kerat 14 lagi sempena tayangannya yang bakal menemui penonton tak lama lagi. 

Filem Kerat 14 umpama 'anak sulung' Siti Saleha. Walaupun bergandingan dengan Aaron Aziz buat kali keempat sejak Drama Habil dan Qabil, filem ini merupakan gandingan pertama mereka di layar perak. 




Saleha mula mendapat kepercayaan industri apabila cemerlang dalam Drama Nora Elena gandingan keduanya dengan Aaron malah susulan kejayaan keserasian tersebut Aaron turut melamar Saleha menjadi heroin bagi Telefilem Kekasih Awal Dan Akhir yang merupakan gandingan ketiga mereka bagi terbitan pertama produksi Aaron Aziz sendiri. Filem ini bukanlah yang terakhir kerana Saleha turut bergabung tenaga sekali lagi dengan Aaron dalam klip video Untuk Dia nyanyian Sleeq dan Najwa Latif.

Cerita Kerat 14 tentang apa?

Ramai yang terfikir kisah Mona Fandy bila dengar tajuk cerita ni. Tapi cerita / sipnopsis sebenarnya begini:

Kerat 14 merupakan sebuah filem suspen misteri dan aksi yang bermula dari kisah percintaan Haziq dan Nurzara.



Haziq dan Nurzara merupakan pasangan kekasih dan Haziq amat menyayangi Nurzara namun Haziq terlibat dengan aktiviti sosial dan tidak disenangi oleh Nurzara kekasihnya.



Dalam masa yang sama Aril muncul dan mula tertarik dengan kecantikan Nurzara ketika Nurzara dan Haziq berada di salah sebuah kelab di Kuala Lumpur.



Satu tragedi ngeri yang tidak disengajakan telah berlaku dalam kisah cinta Haziq dan Nurzara dan penyiasatan dilakukan oleh ASP Razman. Siapakah yang menjadi mangsa dalam kisah percintaan Nurzara dan Haziq dan dapatkah Aril memiliki cinta Nurzara dan mampukah Haziq mempertahankan cinta dan kasih sayangnya pada Nurzara?

Nak tahu , kita kenalah tengok cerita ni di wayang nanti.

Selain sipnopsis filem, kami juga ada reka satu video khas sebahagian 
runut bunyi (OST) Filem Kerat 14. Lagu ini sekali dengar, kami dapat rasakan bakal 
meletup juga.  Video klip rasminya belum lagi keluar tapi bolehlah bagi yang nak berlatih
menyanyi dalam bilik mandi tu belajar dari klip kami di bawah ni. Kami rasa lagu ni juga akan ada versi nasyid tak lama lagi macam lagu Ombak Rindu :)




Lagunya bertajuk Penyesalan nyanyian Zarul Umbrella.



Berikut lirik penuh lagu Penyesalan.



PENYESALAN (OST KERAT 14)
Andai bisa kuunduri, memutarkan  waktu
Takkan aku terus berdiri dalam gundah ini
Sendiri….
 Andai mampu ku miliki hari yang telah pergi
Namun pasti esok bukanlah hari untuk ku lagi
chorus;
Benar ia terjadi…atas angkuh sendiri
Benar itu semua terjadi…sesal ku tak terperi
Tuhan ampuni aku…kerna menolak cintaMu
Ampunkanlah hamba kerdilMu tak layak berdiri
Diatas bumi suciMu…
Diatas kebesaranMu…
Nyata esok bukan untukku…sesalku tiada erti
Biar aku pergi membawa akhir penyesalan ini…
Lagu Dan Lirik : Amy Uk’s
Susunan Muzik : Amy Uk’s / Is Wow
Artis : Zarul Umbrella, background vocals by Eeza & Scha
senangkan nak nyanyi Aaaa Aaaa Aaaaaaaaa 
-AdminEhsasjdeed

 

Friday, 18 January 2013

Kerat 14




Hi.. Saya bukan Siti Saleha, jangan lupa saksikan filem pertama Siti Saleha yang berjudul Kerat 14!! Hehe..

Bagi yang masih belum tengok promo filem genre psycho thriller ni, di manakah anda berada selama ini?? Ish, ish, ish.. Takmo main nyorok2. Jom kite layan promo ni..



Wah.. Hebat kan?? Mesti la. Hah bila filem ni kuar?? Hafal tarikh ni ok...

KERAT 14 - 14 Februari 2013

Jom ramai2 kite lari ke panggung!! Kalo ada rezeki kite sama2 tengok Kerat 14 ngan Saleha ok.. Yeahooo... Harap2 Saleha takde la nak kerat2 kite ke 14 bahagian plak lepas tonton nanti.. Hehehe... 


-CrazeeAdmin-

Sunday, 13 January 2013

Berakhirnya Terlanjur Cinta..



Kalo kite nak citer panjang pasal perasaan jiwa dan raga kite tentang drama Terlanjur Cinta lakonan Siti Saleha yang chomel ni sampai esok pagi pun belum tentu bole habis kan? Ramai yg ada idea masing2 untuk ending drama ni. So apa kata kite takyah la nak cakap panjang2. Kite cakap pendek2 je ok? Pendek kata, dalam hati ini, masih mempercayai Nia akan bersama Amrin jua!! Chewah.. Poyos gitu!! Kalo tak, hmmm.. Melopong la si Amrin tu kan?? Tu la, masa Zura mintak abg nye bawak Nia larik, abg takmo. Pastu Nia sendiri mintak Amrin bawak dia larik. Pun jual mahal gak. Skarang kan da melopong!! Nasib la Amrin.. 


Untuk tidak melengahkan masa lagi, jom kite layan je gegamba2 ni yg admin2 sempat amek semasa lawatan sambil belajar ke set Terlanjur Cinta.. 



Terima kasih kepada smua yang menonton drama Terlanjur Cinta. Berakhir sudah drama yang memberi impak yg besar kepada ramai. Ada yang berpuas hati dengan ending nya, ada juga yang tidak. Ada yang mengatakan masih banyak yang tergantung. Apa pun sekali lagi SS telah berjaya menambat hati kite dengan lakonan yang mantap. 


Terima kasih Kak Erma kerana memberi peluang kepada SS untuk membawa watak Nia ni. Lepas ni bole la amek SS berlakon teater plak ye. Hehehe... Harus la!! :) 

Rasa2 kan, apakah ending yg paling sesuai tuk drama ni? Ada idea?? Jom ah kite komen2 sket...  :p



-CrazeeAdmin- 

Tuesday, 8 January 2013

Terukir Di Bintang Team Siti Saleha

Assalamualaikum TSS Sweetheartz sekalian, 



Wah apa kaitan Terukir Di Bintang dengan Team Siti Saleha? 
Adakah kerana hero bersalji di Kuala Lumpur penggemar teh ais tu? Hahaha tak ada kaitan. :P

Hari ni 8 Januari 2013. Genap la sebulan selepas event terakhir dengan Siti Saleha tahun lepas.(Laser Tag) La, baru sebulan. Tapi admin-admin dah rindu dengan Siti Saleha. 
Mujur juga la ada Drama Terlanjur Cinta kat TV dan dah habis pun drama tu. Sad Ending tapi itu yang terbaik untuk watak Nia. Susah hati tak dapat tengok Siti Saleha lagi? Jangan risau Drama Rantaian terbaru Ruby dah pun bermula minggu lepas dan malam ni episod 3. Ruby bersiaran selama satu jam setiap Selasa, Rabu dan Khamis jam 10 malam di Slot Samarinda TV3. 



Ok berbalik kepada Terukir Di Bintang :) Semua pun dah tau lagu ciptaan Yuna tu dah jadi juara lagu tahun ni, walaupun dinyanyikan oleh Aizat...tiba-tiba macam dejavu di KL pula bila ada irama ala-ala iklan Enchanteur Paris tapi malam tu Saleha tak muncul jadi gimik atas pentas bawa basikal macam dalam iklan. hehehe. Maka TSS pun tercetus la idea nak buat video ni. lagi pun masih belum ada artikel untuk tahun baru. 



Tahun 2012 begitu bermakna buat TSS. Penuh dengan kenangan indah dan Alhamdulilah telah berjaya menganjurkan 4 event dengan Siti Saleha. Kami rangkumkan dalam video istimewa ini, beberapa minit kenangan tersebut. Bagi yang belum jadi ahli tu jomlah jadi ahli. Tahun lepas juga antara kenangan indahnya ialah kami perolehi ramai kenalan baru. TSS sudah menjadi keluarga bahagia yang besar. Jom tengok video ni. Laraskan kualiti video ikut selera masing-masing. Yang terbaik tengok dalam HD la. 


Keahlian TSS sentiasa terbuka. Cuma ahli rasminya kena la bayar yuran. Ahli akan perolehi barangan merchandise kelab dan keutamaan menyertai event-event TSS. Maklumat lanjut klik link ni Keahlian Kelab TSS

'Terukir Di Bintang Tak Mungkin Hilang Cintaku Padamu' 

TSS Sayang Sal

-AdminEhsasjdeed