Wednesday, 20 November 2013

Siti Saleha Merupakan Duta Produk SimplySiti White And Detox

Assalamualaikum semua,

Dato' Siti Nurhaliza, selaku Presiden SimplySiti mengumumkan Siti Saleha sebagai Duta Produk Pencerahan Wajah White & Detox Jenama SimplySiti pada satu sidang media di KLCC bulan lalu, pada 26 Oktober 2013. Tahniah, tahniah tahniah Sal. :) Memang sesuai sangat. Nama pun Siti.

Poster Produk
Bagi kita, Team Siti Saleha (TSS) , pilihan Dato' Siti Nurhaliza iaitu Siti Saleha memanglah amat tepat sebagai duta bagi produknya SimplySiti ..(cuba kira dari mula tajuk berapa banyak Siti dah disebut hehehe baik untuk pengiklanan produk tu)


Siti Saleha & Dato Siti mempamerkan Produk Bro Khalid Boleh Settle eh Produk Simply Siti


 

Mengapa dalam banyak-banyak Siti di Malaysia, Siti Saleha menjadi pilihannya?

Penyanyi nombor satu negara itu menyatakan Siti Saleha dipilih sebagai duta White and Detox kerana dia membawa imej wanita muda. Tambahan pula sebagai pelakon, dia menjalani kehidupan yang hectic, tak cukup tidur, bekerja tak tentu masa dan terdedah kepada matahari,”


Kulit Saleha yang putih flawless kesan penggunaan White & Detox




"Kita bagi dia cuba dahulu produk ini kerana tidak semua orang yang jenis main pakai sahaja produk kecantikan. Selepas itu, kita bertanyakan keberkesanannya. Katanya lagi.


Menurut Siti Saleha pula, "Saya mula mendapat tawaran tersebut pada bulan Ogos lalu iaitu sebelum ke United Kingdom. Bila saya balik Malaysia, pengurus saya memberitahu yang pihak SimplySiti masih menunggu jawapan saya.
 
"Sebelum saya bersetuju, terlebih dahulu saya diberikan 'sample' untuk digunakan. Dalam tempoh sebulan mencubanya, saya dapat rasakan perubahan pada kulit wajah saya. Kulit wajah saya semakin bersinar dan tidak nampak kusam," kongsi Siti Saleha


Iklan rasmi produk tersebut.
 
 
Pada hari yang sama dengan sidang media tersebut, Saleha turut mempromosikan produk tesebut di Watson, KLCC dan keesokannya di Watson, Setia Alam.

TSS Sayang Sal

-AdminEhsasjdeed



Wednesday, 13 November 2013

Sumbangan Untuk Tabung Menggapai Impian

Assalamualaikum dan Salam 1Saleha TSS sweetheartz sekalian :),
Sejak perlaksanaan MDO Balada Pencinta lagi, sudah pasti semua sudah maklum yang sebahagian bayaran penyertaan acara tersebut akan disalurkan sebagai derma kepada anak yatim, Program Menggapai Impian Anjuran Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), pada Disember nanti dengan kerjasama Team Siti Saleha (TSS).
Petikan artikel dalam Majalah Online Femag halaman 81&82. Artikel penuh sila ke alamat web tersebut.
Selain kutipan menerusi MDO Balada Pencinta, tabung sumbangan juga dibuka kepada sesiapa yang berminat menambah dana sumbangan.
 
Bagi menggalakkan sumbangan, TSS ingin memaklumkan penyumbang yang menyumbang derma RM30 dan ke atas  bermula hari ini akan mendapat barangan TSS sebagai penghargaan.

Barangan TSS



Walau bagaimanapun TSS menerima berapa sahaja jumlah sumbangan Ikhlas untuk disalurkan ke Program tersebut.
 
Mereka yang berminat untuk menyumbang, boleh hubungi kami di teamsitisaleha3@gmail.com sila maklumkan  nama, alamat, no telefon, jumlah sumbangan. Kami akan maklumkan maklumat lanjut berkaitan kaedah pembayaran. Penyumbang juga boleh hubungi no berikut untuk menyumbang atau pertanyaan lanjut.:

019-2656622 (CrazeeAdmin/Dee Dee)

Terima Kasih. Sumbangan Anda Begitu Bermakna.

Saleha menggayakan hijab Flo in Darkblue L'adorn (gambar L'adorn) 
TSS Sayang Sal :)
-AdminEhsasjdeed

Thursday, 31 October 2013

MDO Filem Balada Pencinta Bersama Siti Saleha.

Assalamualaikum TSS Sweetheartz sekalian,

Alhamdulilah event ke 9 Team Siti Saleha (TSS)  iaitu Movie Day Out (MDO) Filem Balada Pencinta Bersama Siti Saleha Menggapai Impian telah berjaya dianjurkan.

Salah Satu Poster sewaktu promosi program ini.
TSS telah menempah satu panggung di Cathay eCurve Damansara untuk menonton Filem Balada Pencinta bersama Saleha.

Saleha Sewaktu selesai berucap dalam Panggung sesudah tayangan filem,
Punya syok cerita dah habis filem pun fans tak bergerak keluar. :)


Berikut Butiran acara yang telah berjaya dianjurkan.
Masih di Pawagam, Jom sokong cerita ni, best sangat.
Program:  MDO Filem Balada Pencinta Bersama Siti Saleha Menggapai Impian atau nama lainnya Berdating, Bersantai & Menderma Bersama Saleha.

Event Ke-9 TSS , Ke-4 tahun ini. :)
Tarikh acara : 26 Oktober 2013.
Jam 8.00 malam ( Pendaftaran bermula Jam 7.15 petang)
Hari: Sabtu. (Hari ketiga Tayangan Filem Balada Pencinta secara Umum di pawagam.)
Kehadiran : 94 peserta termasuk peserta dari Singapura.
Tema: Baju Hitam atau Pink
Door Gift:
Penanda Buku Istimewa MDO BP &
Set Pop Corn dan Air minuman untuk setiap peserta.
Keistimewaan Acara ini :
Peserta menonton wayang Balada Pencinta,
Bersantai bersama Saleha dan Menderma untuk kebajikan
Sebahagian peserta bersama Saleha. Kehadiran 94 org yg lain tak muat masuk frame.  
Selain TSS, acara ini turut disokong oleh ahli-ahli pelbagai kelab peminat artis-artis lain yang turut meminati Siti Saleha dan filem ini antaranya ZIzan Twitter Friends /ZTF(Zizan Razak) , Nad Zainal Lovers (Nad Zainal) Johan Asari FC (Johan Asari) dan lain-lain yang mungkin ramai yang tak tersebut di sini.


Apa yg penting..kerjasama :)

Artis yang turut serta memeriahkan acara selain Her Gorgeousness Siti Saleha sendiri ialah Ezlynn. Terima kasih :)

Fans sejauh Singapura. Terima kasih sudi sokong program ni.
TSS mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program menonton amal ini.

Bukan sekadar kisah cinta, ada muzik, aksi, dan drama juga menghiburkan dan membuai rasa.


Balada Pencinta masih hangat di Pawagam. Kami mohon yang telah menonton mewar-warkan sahabat handai yang lain untuk menyokong filem ini di pawagam.

Berikut ucapan Terima Kasih Khas dari Cik Siti Saleha kita yang comel ni. Sambil tu, kita layan lagu Intro fav ni ye sesuai dengan  ucapannya.



Mohon maaf kualiti video amatur yang goyang gerudi, InsyaAllah tak lama lagi pro la tu boleh buat filem macam GB kan hehehe. Faham-fahamlah ye, beli la tiket Balada Pencinta hari-hari sampai wayang tukar gambar lain. :)

Kutipan tambahan untuk Tabung Menggapai Impian masih lagi terbuka, hubungi kami TSS untuk menderma di teamsitisaleha3@gmail.com. Terima kasih semua, TSS sangat menghargai.


TSS Sayang Sal

-AdminEhsasjdeed






Wednesday, 30 October 2013

Telefilem Dari Sinar Mata

Assalamualaikum Team sweetheartz sekalian,

Agak banyak yang hendak dikemaskinikan untuk tatapan semua. Namun sebelum itu, ada berita baru yang ingin dikongsi.

Sebuah Telefilem berjudul Dari Sinar Mata akan ditayangkan di TV3 pada 6 November ini sempena Maal Hijrah yang disambut pada 5 November 2013.

Berikut butirannya :

Tajuk Telefilem : Dari Sinar Mata 
Saluran : TV3
Tarikh : 6 November 2013
Hari : Rabu
Jam : 9 Malam
Pelakon : Siti Saleha , ShahzJaszle, Jasmin Hamid Dll
Arahan : Shuhaimi Lua 
Terbitan : Uniutama Management Holding Sdn Bhd  

Ni posternya :




 Kami Sayangkan Syara juga :P eh Saleha juga :)




 
Lambat lagi ? Tak pe bagi yang rindu Siti Saleha bolehlah ke pawagam menonton Balada Pencinta. Memang terbaik lakonannya sementara tunggu tele ni ditayangkan.

Salam Maal Hijrah semua dan nantikan banyak lagi artikel akan dikemaskini di blog ni serta FB, Instagram dan Twitt TSS.  

TSS Sayang Sal

- AdminEhsasjdeed

*sumber maklumat Aboy88 (Instagram)
*Lokasi banyak kat UUM , warga UUM /Sintok/ Kedah memang kena tengok ni.


Friday, 25 October 2013

Movie Day Out (MDO) Balada Pencinta 26 Oktober 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
 
Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mendaftar dan membuat bayaran menyertai Program "Movie Day Out" Filem Balada Pencinta Bersama Siti Saleha dan Team Siti Saleha Menggapai Impian pada 26 Oktober 2013 ni.
 
 
Saleha sewaktu Majlis Tayangan Perdana Balada Pencinta 17 Oktober 2013
 
 
Bagi menjamin kelancaran program tersebut, berikut maklumat lengkap program untuk makluman semua peserta.
 
Program Movie Day Out (MDO) Filem Balada Pencinta Menggapai Impian
Menonton Sambil Menderma
 
Tarikh : 26 Oktober 2013
 
Hari  : Sabtu
 
Tempat : Damansara (Nama & Lokasi pawagam rujuk CrazeeAdmin)
 
Masa Pendaftaran:  Mulai jam 7.15 petang
 
Aktiviti Santai Saleha Bertemu Peminat : Mulai jam 7.30 malam 

Antara aktiviti-aktivitinya ialah jualan lelongan amal T-Shirt  Balada Pencinta
untuk mengisi tabung derma Menggapai Impian serta kutipan
sumbangan Ikhlas tabung tersebut salah satu program
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
 
Tayangan Filem Balada Pencinta : 8.30 malam - 10.30 malam
 
Peserta bersurai selepas tayangan filem tamat.
 
Tema Warna Pakaian: Warna Hitam atau Merah Jambu (Pink)
 
Maklumat Lanjut Hubungi : CrazeeAdmin 019-2656622
 
 
 
TSS Sayang Sal :)
 
-AdminEhsasjdeed
 
 

Wednesday, 23 October 2013

Balada Pencinta Lakonan Saleha dan Johan Yang Membuai Perasaan.


“Ku bersyukur padamu Tuhan kerana telah menghadirkan dia padaku.

Sungguhku akur padamu tuhan yang telah mendatangkan makna dalam hidupku.

Terima kasih padamu tuhan yang telah mendatangkan Aisyah, Saleha, Johan & Khir ”

(Lagu Intro..Pastikan anda tak terlepas waktu ni..)  

Ok kami jatuh cinta sekali lagi apabila menonton Filem Balada Pencinta. Tak kira la anda ada atau tak ada teman istimewa / suami, isteri, filem ni macam mengajar kembali erti cinta ..chewahhh. 

Mereka yg jiwang karattt haha memanglah amat sesuai tonton filem ni. Hehehe. Kami rasa tak ada masalah kot, rata-rata peminat Saleha memang macam tu kan? tengok Nora Elena pun dah terbang ke pelangi , rasanya bila tonton cerita ni dah sampai ke bintang.


Saleha sempat menjeling ke arah kamera kami sewaktu ditemubual media pada
Malam Gala Balada Pencinta





Filem ini merupakan filem ketiga lakonan Saleha. Sebelum ini Saleha berlakon dalam Filem Kerat 14 dan KL Zombi. Filem Balada Pencinta ternyata penuh bermakna kepada Saleha kerana bakatnya sebagai pelakon digunakan sepenuhnya menjiwai watak Aisyah. Watak Aisyah dan Amir (Johan) dalam filem ini amat seimbang.


Senyuman menawan Saleha sewaktu babak di Pasar Seni

Selepas menonton Balada Pencinta pada malam galanya pada 17 Oktober baru-baru ni, kami buat kesimpulan memang Saleha merupakan Primadona Filem Melayu kini dan Johan pula hero hebat pujaan ramai walaupun penonton lebih kenalinya  dengan watak Botak si budak nakal dalam Drama Juvana sebelum ni.


Johan sebagai seniman jalanan yang tiba-tiba jatuh cinta
Filem ini bakal keluar untuk tayangan umum pada 24 Oktober 2013. Kekuatan cerita dan lakonan pelakon-pelakonnya yang amat berkesan menjadi salah satu sebab untuk kami (TSS) meraikannya di pawagam. Satu program menonton sambil menderma akan diadakan pada 26 Oktober ini dengan kehadiran Saleha memeriahkan acara. Maklumat lanjut acara ini boleh rujuk artikel sebelumnya.


Primadona Terbaru Malaysia :)
Apa ceritanya?..
 
Balada Pencinta sebuah kisah cinta yang jujur yang mempertemukan seorang seniman jalanan dengan seorang gadis bangsawan. Walaupun berada di landasan berbeza, bertemu di stesen yang sama ...ya stesen cinta.


Siapa pengarahnya?..

 
Arahan Khairulizam Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Khir Rahman. Ia merupakan filem kedua arahannya selepas Filem Dalam Botol. Walaupun lebih dikenali dengan filem yang berseni, baginya Balada Pencinta merupakan sebuah filem biasa komersil yang bisa dinikmati semua lapisan masyarakat bukan hanya tertumpu pada khalayak khusus. 



Khir Rahman,tuan pengarah yang berjaya menggabungkan elemen seni & komersil dalam filem ini


Memetik kata-katanya:


Adakah lebih hebat daripada Ombak Rindu?


Tak tau la hamba ..barangkali lebih mudah difahami ..malah terlalu mudah ..hanya hamba jentikkan sedikit nilai scene pada tangkapan yg lebih mengutamakan moment ..berbanding sekadar menangkap dialog ; )

..sememangnya film hamba ni biasa saja ..cuma tangkapannya ada sedikit jentikan yg di luar convention ..hanya bertujuan positif dalam pembangunan nilai penontonan ..itu sahaja ; )
* (Setelah menonton pendapat ramai menyatakan yang filem ini
filem biasa yang luarbiasa.)


Siapa ada dalam filem ini?...
 
 
 Sein (Ruffedge) ..Johan As'ari ..Siti Saleha  ..Azhanrani ..Norizs Ismail ..Dato' Jalalludin Hassan ..Dian P.Ramlee ; )
 
Barisan pelakon sewaktu sidang media pada 17 Oktober 2013

 

Apakah kekuatan filem ini?...

 
Bagi kami yang dah menonton ni, filem ini cukup rencahnya. Cerita dan skrip yang baik. Lakonan bersahaja daripada barisan para pelakon yang mantap terutama Siti Saleha dan Johan serta saat-saat indah yang terakam seumpama hanya kami dan skrin cerita. Jadi mungkin pop corn pun tak terusik disebabkan keasyikan menontonnya. (Duit beli pop corn nanti boleh masuk tabung derma Menggapai Impian ye..selingan)


Malah filem ini juga banyak menggabungkan lagu-lagu cinta popular baru dan lama. Dua buah lagu khas diciptakan untuk filem ini iaitu Terima kasih Aisyah (..dan Siti Saleha juga hehe) dan Nanti


Bagi rakan-rakan artis yang turut menonton filem ini, cerita ini sungguh sweet. Jangan salah anggap, filem ini bukan filem muzikal tetapi filem ini sebuah filem cinta romantis yang penuh drama serta aksi selain muzik dan lagu-lagu yang membuai rasa. Senang cerita jom tengok sendiri la.



Apa kata Media?...

 
Love Notes froam A Busker - NST
 
Romantis Cara Johan Dan Saleha - Kosmo
 
Balada Pencinta Sarat Dengan Rasa - Harian Metro


Artikel-artikel di atas turut termuat dalam FB Notes TSS. Bagi yang terlepas boleh membacanya di facebook.com/teamsitisaleha
 
 
Ok tak perlu kata apa lagilah pastikan anda menonton di pawagam nanti.




Teaser Trailer Balada Pencinta (Ehsan GB)
 
  
Tak cukupkah untuk meyakinkan anda ke pawagam? sekarang lihat pula sisi
romantis filem ini dengan lagu temanya Terima  Kasih Aisyah.

 

Manisnya :) Lagu ciptaan Khir Rahman. Tajuk Terima Kasih Aisyah & Saleha
 
  
Balada  Pencinta adalah sebuah filem arahan Khir  Rahman terbitan Grand Brilliance. Menemui anda di pawagam bermula 24 Oktober 2013

Saleha bersama Admin-admin TSS serta sebahagian ahli TSS sewaktu Tayangan Perdana. Foto Ehsan Rashidee Azman
 









Team Siti Saleha ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penerbit serta semua yang terlibat menjayakan filem ini. Kami rasa amat terhibur. Filem yang baik, lakonan mantap

Terima kasih GB kerana menghadiahkan baju T dan poster yang cantik ini kepada kami...
Sungguh kami akur seronoknya menonton cerita ini. Terima kasih. Alhamdulilah untuk segalanya. (Try nyanyi gaya lagu di atas hehehe)

Pada ahli TSS yang dah tonton filem ini, mohon kongsi pengalaman di bawah ruangan komen

TSS Sayang Sal


-AdminEhsasjdeed

.