Alhamdulilah, kami berjaya menganjurkan acara ini sempena hari lahir Siti Saleha yang ke 23 tahun
yang disambut sebulan lalu iaitu pada 14.3.2013 serta ulangtahun pertama Team
Siti Saleha (TSS) yang sepatutnya disambut pada 24.3.2013 yang
lalu.
| Banner ini turut kami bawa sewaktu ABP :) |
Acara berlangsung di Restoran Rebung, Bangsar dari Jam 4.00 petang sehingga Jam 7.00
malam 13.4.13. Kehadiran 55 orang. Walaupun singkat tapi amat bermakna kepada
peminat-peminat Siti Saleha.
![]() |
| Sebahagian Peminat Yang Hadir |
Kami juga menghargai Saleha yang berjaya masuk top 5
Anugerah Bintang Popular baru-baru ni. Bagi kami Saleha dah lama jadi pemenang
terutama kategori pelakon TV Wanita popular.
Apa yang hadirin dapat hari tu:
1. Poster Art Card A4 gambar Saleha dengan baju Innai Red sewaktu hadir
ABPBH - Tajaan ZuraNBB
2. Novel Pudina Cinta yang dibayangkan Saleha heroinnya - Tajaan Penulisnya A. Darwisy
| Door gift istimewa hari tu. |
3. Macaroon 2 perisa yang sedap dan manis macam Saleha – Tajaan Masjidah (Brunei )
4. Candy Buffet dengan Chocolate Fountain – Tajaan Cekal Resources
![]() |
| Hari manis sedunia, dah la muka Saleha, Hana dan Ezlynn manis-manis belaka tambah manis lagilah. |
5. Kek Birthday Coklat yang lazat dengan imej edible Saleha – Tajaan
Sofya
6. Jamuan makan buffet Restoran Rebung antara menunya Laksa, Nasi Goreng,
Roti Jala, Popia Basah, Kuih Serimuka, Karipap, minuman Sirap Selasih, Teh Tarik, Kopi dan buah- buahan.
7. Hamper tajaan Palmolive untuk peserta paling sporting,serta
pemenang-pemenang games.
Hadirin dihiburkan dengan:
1. Ucapan Presiden TSS (Dee Dee) dan Saleha.
2. Persembahan Iqbal (ahli TSS yang sporting main gitar sambil nyanyi lagu
medley daripada Drama Nora Elena & Ruby)
3. Ucapan Ezlynn dan persembahan bersama Ezlynn dan Iqbal nyanyi lagu
Sayang Shae.
4. Persembahan Ezlynn nyanyi lagu Lamunan Terhenti versi Husein, Mon
dan Jin pakai toncit.
5. Games Kotak Beracun. Peserta yang bertuah perlu lakonkan secara spontan
dengan pasangan pilihan babak2 dari drama lakonan Saleha dengan menyelitkan
ayat-ayat tertentu dari kotak tersebut. (Ada
bakal-bakal hero Malaya ditemui, selain
pengganti pelakon drama alih suara pelapis untuk siri doraemon serta upin dan
ipin.)
6. Sesi perkongsian pengalaman Saleha bersama hadirin tentang kerjayanya.
7. Persembahan Ezlynn nyanyi lagu Hindi Kuch-Kuch Hota Hai dan Saleha
menari bollywood.
8. Persembahan nyanyian Ezlynn dan Saleha duet lagu. AThousand Years - Christina Perri
9. Persembahan lagu hai-hai bye bye oleh Ezlynn.
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja-penaja door gift (poster & novel), Macaroon, Kek Birthday, Candy Buffet serta hamper. Kepada pengunjung laman blog ini yang mahukan perkhidmatan mereka bolehlah ke link berikut:
Novel Pudina Cinta - http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=3440
![]() |
| Saleha, Rohana, Ezlynn dan Adam |
![]() |
| Turut sama main games :) |
![]() |
| Sebahagian hadirin. |
Terdapat beberapa orang peminat yang tidak dapat hadir acara ini di saat-saat akhir. (TSS minta halal ) Bagi peminat-peminat yang tak dapat hadir termasuk CS dan 2 orang admin TSS (Amy dan Nad) , bak kata Sal ‘See You Next Event’ :P
| Jambangan Bunga :) |
Event kali ini diketuai oleh Kak Dee Dee (CrazeeAdmin),
Diacarakan oleh Kak Lene, Pendaftaran dan persediaan video untuk games oleh Kak Jaja
(AdminEhsasjdeed) dibantu secara adhoc oleh Atif, Kak Su sebagai ketua bahagian
jamuan serta GPS. Semua admin turut menjadi jurufoto dan juruvideo majlis
kerana kami memang suka ambil gambar Saleha hehehe. Tapi kali ni banyak video
versi kami ambil goyang bollywood la so tak berapa sesuai nak publish kat sini.
Kita layan gambar je la ye.
![]() |
| Admin-admin menyelit :) |
Pada majlis ini kami perolehi beberapa info baru tentang
Saleha yang akan kami sharekan dari semasa ke semasa bersama semua. Pendaftaran
TSS masih terbuka jom sertai kami. Hantarkan maklumat anda Nama, alamat, no IC,
E-mel, FB, Twitter ke teamsitisaleha3@gmail.com
tunggu maklumat lanjut daripada kami dan jangan lupa bayar yuran hehehe.
TSS Sayang Sal
“Alhamdulilah & terima kasih Sal kerana sudi bekerjasama,tanpa izin Allah,TSS tak sejauh ini.”
![]() |
| Macam Pelakon Korea la pula |
“Terima kasih semua Admin-admin TSS untuk event kedua kita
tahun ini / ketujuh sejak ditubuhkan”
![]() |
| Idola tercinta kami ,,confirm tak lupa punya InsyaAllah |
“Terima kasih semua #TSSFamily #TeamSitiSaleha iaitu
peminat-peminat Siti Saleha”
Bagi pihak Admin-admin TSS, minta maaf sekiranya ada sebarang kekurangan
sewaktu kami mengendalikan majlis tersebut.
-AdminEhsasjdeed















































