Wednesday 9 April 2014

Splish Splash With Siti Saleha

Assalamualaikum TSS sekalian.

Saleha sewaktu menghadiri Anugerah Meletop awal Februari 2014 

Sepanjang Februari dan Mac serta awal April yang lepas, banyak acara yang telah pun berlangsung yang melibatkan Siti Saleha.

Sebahagian TSS yang hadir memberi sokongan sewaktu Anugerah Meletop

 
Antaranya Majlis Anugerah Meletop, Majlis BUHA (Peragaan rekaan rambut dan rekaan baju), Majlis Anugerah Festival Drama KL, Majlis pembukaan Juan Valdez Café, serta Minggu Fesyen Galeri Bukit Bintang.

Sebahagian TSS yang hadir sewaktu Anugerah Drama Festival KL
 
Majlis-majlis tersebut tidak termasuk surprise birthday serta Majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang sepatutnya berlangsung pada 6 April tetapi ditangguhkan demi menghormati kejadian MH370.

Sebahagian TSS sewaktu Surprise Birthday Saleha 14.3.14

 
Walaupun Siti Saleha menyertai pelbagai majlis sejak Februari, tidak semua peminat-peminatnya berkesempatan untuk hadir  semua acara yang disertainya kerana ada yang terhad penyertaannya dan bersifat eksklusif dan tertutup.

Sepotong kek untukmu :)

Walau bagaimanapun TSS telah merancang untuk adakan acara berikut untuk merapatkan lagi hubungan Saleha dan peminat-peminatnya terutamanya yang tak berkesempatan menyertai acara-acara sebelum ini.

Acara rasmi ke 11 TSS sejak ditubuhkan. Jom..jom jom
 

Mereka yang berminat boleh hubungi no yang tertera. Tempat adalah terhad jadi sila segera sahkan kehadiran anda. Terima kasih.

TSS Sayang Sal

Sal pun Sayang TSS kan? hehehe ok rujuk episod akhir NE :P


-AdminEhsasjdeed
  

No comments:

Post a Comment