Tuesday 14 January 2014

Drama Bersiri Aku Ada Wali TV Al Hijrah

Assalamualaikum TSS sekalian dan Salam Maulidur Rasul semua,
 
Alhamdulilah tahun 2014 bermula dengan banyak kenangan manis kepada kita kerana sejak malam hujung tahun lalu sehinggalah telah masuk minggu kedua tahun baru, lakonan Saleha tidak putus-putus disiarkan di TV.
 
Saleha sebagai Bibah (Sumber Kash Picture)
 
 
Bermula dengan Bibah yang comel di TV9 dalam Telefilem Cerita Sebenar Mengenai Bibah 30 Disember 2013,esoknya pula ada ulangan telefilem kegemaran ramai peminat Siti Saleha iaitu Aku Dia Dan Tong Sampah.
 
Siti Saleha sebagai Sharnaz dalam Telefilem Aku Dia Dan Tong Sampah (Sumber Playground Picture)
 
 
Kemudian selepas berehat 2 minggu, Telefilem komedi Sudu dan Garfu diulang siar pada awal pagi 13 Januari 2013.
 
Telefilem Sudu & Garfu, Saleha sebagai Yaya
Pada sebelah malamnya pula di TV3 disiarkan Telefilem Luth Mahfuz sebuah cerita penuh emosi tentang pengorbanan seorang isteri dan ibu menyelamatkan perkahwinannya dan menjaga anaknya. 

Telefilem Luth Mahfuz sempena Maulidur Rasul Saleha sebagai Eyma.
 
 
Yeay, dan malam ni jam 10 malam (14 Januari 2014) sekali lagi lakonan Saleha akan disiarkan di TV. Sebuah drama bersiri 13 episod yang diadaptasi daripada novel iaitu Aku Ada Wali karya Ustazah Fatimah Syarha. Drama bersiri tersebut bakal disiarkan setiap hari Selasa Jam 10 malam di TV Al Hijrah.
 
Saleha sebagai Syumaila dalam Drama Aku Ada Wali. (Sumber Tsar Asia)
 
Berikut beberapa trivia menarik tentang drama ini.
 
1. Aku Ada Wali sesuai untuk mereka yg sedang mencari cinta, yg tengah bercinta, yg tak cukup umur untuk bercinta, yg rasa nak bercinta, yg tak tau camner nak bercinta ... Kite jatuh cinta je la ngan Syumaila. 
 
2. Kalau semalam kita dah tgk telemovie pertama Siti Saleha untuk tahun 2014, mlm ni nantikan drama bersiri 13 episod terbaru untuk tahun ni pula.. Aku Ada Wali 10 mlm di TV AlHijrah :))) 
 
Nora & Yvonne dalam Nora Elena musuh ketat, dalam Luth Mahfuz kawan baik. (sumber insatagram rizabaharudin) 
3. Kalau semalam "Nora Elena" (Siti Saleha) jumpa "musuh ketatnya" "Yvonne" (Wan Sharmila) dalam Telefilem Luth Mahfuz yang jadi kawan baik dia, dalam Drama Aku Ada Wali pula "Nora Elena" (Siti Saleha) digandingkan kembali dengan "Dilla" (Puteri Chichi) yang memegang watak Shifa sahabat kepada Syumaila.
 
Saleha dan Puteri Chichi dalam Aku Ada Wali sebagai Syumaila dan Shifa (sumber Tsar Asia)
 
4. Drama Aku Ada Wali juga drama pertama yg membawa Siti_Saleha shooting kat luar negara! Yay!! Negara mana tu? Korea Selatan.
 
Penulis Novel Aku Ada Wali Ustazah Fatimah Syarha dan Produser Wan Sariah (Sumber Tsar Asia)
 
5.  Aku Ada Wali diadaptasikan dari buku yg di tulis oleh Ustazah Fatimah Syarha. Biasanya novel keluar dahulu sebelum drama, tapi kali ini novel dan drama dilancarkan serentak.

Masuk surat khabar Korea. Gambar Saleha dengan tuan pengarah. Terjemahan artikel boleh tengok kat Notes FB TSS.
 
 
6. Pengarah drama ini Aidilfitri Mohd Yunus di bawah terbitan Tsar Asia.
 
Sebahagian pelakon dan krew di Korea
7. Aku Ada Wali membawa para pelakon dan krew ke Korea untuk shooting. Di Korea pengambaran dijalankan di Seoul & Busan.
 
Salah satu poster (sumber Tsar Asia)
 
 
8. Siti_Saleha pernah berlakon di samping Zoey Rahman dlm Drama Ustaz Amirul. Mereka adalah kakak adik ipar. Dalam Drama Aku Ada Wali ni ZR nak ngorat SS. Agaknya la sebab episod pertama pun belum tengok lagi hehehe.
 
Ok tak cukup gambar-gambar kat atas ? Kita layan video-videonya pula ye. (Sumber Video TV Al Hijrah.
 

 

 
Trailer.
 
 

 
Pesanan Saleha
 
 

 
Kat Korea lagi dah pesan.
 
 

 
Ada lagi ...
 
 

 
Jom tengok episod pertama sikit
 
 
 
Ok kami tau bila bab Siti Saleha memang tak cukup ni sikit lagi episod 2
 
 

 
Oklah ni Saleha pesan lagi. Tengok tau malam ni.
 
Drama Aku Ada Wali disiarkan di TV Al Hijrah Jam 10 malam setiap Selasa
mulai hari ini (14/1/2013)
 
Jika tiada TV, "Aku Ada Wali" juga boleh ditonton live streaming di link http://www.tvalhijrah.com/Live@TV-Alhijrah.aspx
 
Ok. Terima kasih dan Selamat menonton semua.
 
 
TSS Sayang Sal.
 
- AdminEhsasjdeed 

5 comments:

  1. Salam , macam mana nak join team siti saleha ni ? Saya berminat nak jumpa siti saleha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emelkan / berikan Nama, No Telefon, E-Mel, No KP, FB, Twitter dan alamat ke E-Mel: teamsitisaleha3@gmail.com

      Kami akan beri maklumat lanjut. Ahli yang telah membayar yuran serta telah lengkap maklumatnya adalah ahli rasmi TSS.

      sila rujuk http://teamsitisaleha.blogspot.com/p/kelab-tss.html

      untuk maklumat lanjut.

      TSS akan maklumkan ahli apabila ada acara anjuran TSS, InsyaAllah dapat berjumpa Saleha pada acara-acara ini.

      Terima kasih.

      -AdminEhsasjdeed

      Delete
  2. Assalamualaikum,

    Bagaimana hendak sertainya.?

    Mudah. Emelkan / berikan Nama, No Telefon, E-Mel, No KP, FB, Twitter dan alamat ke E-Mel: teamsitisaleha3@gmail.com

    Kami akan beri maklumat lanjut. Ahli yang telah membayar yuran serta telah lengkap maklumatnya adalah ahli rasmi TSS.

    sila rujuk http://teamsitisaleha.blogspot.com/p/kelab-tss.html

    untuk maklumat lanjut.

    Terima kasih.

    -AdminEhsasjdeed

    ReplyDelete
  3. Hi... It's me again hehehe...

    Sorry lah ye, asyik menyibuk je kat blog ni...

    I only want to ckp I really love drama Aku Ada Wali tu... Not only bcause of ada our fav gurl Siti Saleha yg semmgnya beruntung dpt watak Syumaila tu *I'm so proud of her* tpi pengisian drama tu best sngt... more open minded on Islamic teaching wlpn kdg2 bahasa drama tu terlalu standard but still it's worth watching and furthermore SS is so beautiful there :))

    Ok tu je lah dulu, otak dah kna block leh klaparan tahap maksima ni..nak breakfast :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi komen. Kami pun suka Drama Aku Ada Wali dan memang Sal bertuah bawa watak Syumaila ni. :)

      -AdminEhsasjdeed

      Delete