Tuesday 30 April 2013

Sebahagian Aktiviti Siti Saleha & TSS Mac & April 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera TSS Sweetheartz,

Catatan blog TSS agak kurang berbanding beberapa bulan yg lalu. Namun bukanlah TSS atau Saleha tidak lagi aktif, sebaliknya terlalu aktif sampaikan kami tak terkejar mengarang artikel. Hehehe.

Ok dalam artikel kali ni, kami rangkumkan beberapa event yang Saleha terlibat sepanjang bulan Mac dan April 2013.

Mac 17 : Surprise Birthday Siti Saleha semasa Jelajah ABPBH Kuantan.

Mac bulan istimewa kepada Saleha kerana merupakan bulan kelahirannya. Saleha lahir pada 14. Mac 1990 maka pada 14 Mac 2013 baru-baru ini genaplah usianya yg ke 23 tahun.

Surprise.. (Gambar Ihsan ZuraNbb)


Sebahagian peminatnya mengambil kesempatan semasa Program Jelajah ABPBH di Kuantan Pahang pada 17 Mac 2013 untuk memberi kejutan kek hari lahir keduanya di hadapan ribuan hadirin program tersebut.

CrazeeAdmin mewakili TSS membawa kek bersama beberapa orang peminat. (Gambar Ihsan ZuraNBB)


Video untuk  yg jauhhh..







Mac 24 : Menonton Bola Kampung.

Saleha sepatutnya terlibat dengan jelajah ABPBH di Johor pada 24 Mac, namun oleh kerana perlu menghadiri kenduri penting, Saleha terpaksa batalkan acaranya di Johor. Walau bagaimanapun, pada petang tersebut, Saleha sempat hadir untuk acara Tayangan Istimewa Filem Animasi Bola Kampung Bersama Ezlynn, Pak Nil & Peminat-peminat. Saleha hadir sebagai tanda sokongan kepada industri perfileman tempatan. 

Kebetulan pada tarikh ni la TSS secara rasmi genap setahun Alhamdulilah. :)


Saleha Dan Syafinaz Bersama Ezlynn (Pelakon Suara Utama Filem Animasi Bola kampung)  
Bersama Hadirin.






Mac 27 : Pelancaran Fesyen Kree di Renoma Café & Selebriti Chat RA di Istana Bambu

Pada siang 27 Mac 2013,  Saleha hadir acara ini dan berpeluang bersantai dengan peminat-peminatnya di Bukit Bintang. Sebelah malamnya Saleha melayan peminatnya secara maya menerusi Program Selebriti Chat Rentak Artis.

Selebriti Chat Rentak Artis Di Istana Bambu (Gambar Ihsan Razin Photography)

Admin-adminTSS menyelit lagi hehehe bersama krew Rentak Artis Selepas Acara (Ihsan Gambar RA)






April 7 : Menghadiri Majlis Anugerah Bintang Popular.

Acara yang paling dinantikan terutama peminat-peminat Siti Saleha yang bersusah payah mengundi Saleha untuk kategori Pelakon TV Wanita Popular. InsyaAllah tahun depan. Tahun ni bakal rangkul yang terbaik InsyaAllah. 


Pilihan TSS - Pelakon TV Wanita Popular :)
Senyuman menawan :) 

Sebahagian Peminat Saleha yang hadir Majlis ABP 7 April 2013. Banner tu boleh lihat artikel sebelumnya :)






Wow sepatutnya 5 artikel boleh buat hehehe. Selamat maju jaya Sal. TSS Sayang Sal.. mmuahh mmuahh mmuahh


-Adminehsasjdeed.


* Nota : Peminat Siti Saleha yang ingin sertai TSS, boleh hubungi TSS di teamsitisaleha3@gmail.com sertakan Nama, Alamat, No KP//Passport, No Telefon, Alamat E-Mel, FB, Twitter. Tunggu balasan e-mel dari kami. Ahli rasmi TSS akan menerima Merchandise TSS dan keutamaan menyertai event-event anjuran TSS. Maklumat lanjut rujuk http://teamsitisaleha.blogspot.com/p/kelab-tss.html


4 comments:

  1. Nice write up TSS ... ada bakat jadi penulis & reporter ni..., thanks for all the lovely pics of our sweetheart SS .... terubat jgk rindu bila tgk gambar2 SS

    Lots of ♥♥♥♥ to Siti Saleha & admins TSS :))))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi komen Heda. Ye ke ? hehehe bukan skema ke?
      Kena la selalu masuk blog dan FB TSS. Banyak lagi info dan bahan-bahan tunggu untuk diterbitkan hehehe. :)

      -AdminEhsasjdeed

      Delete
  2. Salam semua.

    Sudah lama Yellowspider tak share komen disini. Hanya sempat baca tapi tak sempat mengarang. Seronok melayan tulisan AdminEhsasjdeed dan gambar2 aktiviti Saleha. Tapi ini semua belum cukup mengubat rindu. Sampai jumpa lagi.. :D

    p/s: tidak pernah berhenti berfikir tentang kamu, Saleha

    ReplyDelete
  3. Salam semua.

    Sudah lama Yellowspider tak share komen disini. Hanya sempat baca tapi tak sempat mengarang. Seronok melayan tulisan AdminEhsasjdeed dan gambar2 aktiviti Saleha. Tapi ini semua belum cukup mengubat rindu. Sampai jumpa lagi.. :D

    p/s: tidak pernah berhenti berfikir tentang kamu, Saleha

    ReplyDelete