Saturday 20 April 2013

Sambutan Hari Lahir Siti Saleha & Ulang Tahun TSS Yang Pertama


Alhamdulilah, kami berjaya menganjurkan acara ini sempena hari lahir Siti Saleha yang ke 23 tahun yang disambut sebulan lalu iaitu pada 14.3.2013 serta ulangtahun pertama Team Siti Saleha (TSS) yang sepatutnya disambut pada 24.3.2013 yang lalu.
Banner ini turut kami bawa sewaktu ABP :)


Acara berlangsung di Restoran Rebung, Bangsar dari Jam 4.00 petang sehingga Jam 7.00 malam 13.4.13. Kehadiran 55 orang. Walaupun singkat tapi amat bermakna kepada peminat-peminat Siti Saleha.   
Sebahagian Peminat Yang Hadir



Kami juga menghargai Saleha yang berjaya masuk top 5 Anugerah Bintang Popular baru-baru ni. Bagi kami Saleha dah lama jadi pemenang terutama kategori pelakon TV Wanita popular.

Apa yang hadirin dapat hari tu:

1.     Poster Art Card A4 gambar Saleha dengan baju Innai Red sewaktu hadir ABPBH  - Tajaan  ZuraNBB

2.     Novel Pudina Cinta yang dibayangkan Saleha heroinnya  - Tajaan Penulisnya A. Darwisy
Door gift istimewa hari tu.
3.      Macaroon 2 perisa yang sedap dan manis macam Saleha – Tajaan Masjidah (Brunei)

4.      Candy Buffet dengan Chocolate Fountain – Tajaan Cekal Resources
Hari manis sedunia, dah la muka Saleha, Hana dan Ezlynn manis-manis belaka tambah manis lagilah. 


5.      Kek Birthday Coklat yang lazat dengan imej edible Saleha – Tajaan Sofya
Kek ni sedap sangat


6.   Jamuan makan buffet Restoran Rebung antara menunya Laksa, Nasi Goreng, Roti Jala,  Popia Basah, Kuih Serimuka, Karipap, minuman Sirap Selasih, Teh Tarik, Kopi dan buah-  buahan.
Sebahagian menu , sedap.

7.  Hamper tajaan Palmolive untuk peserta paling sporting,serta pemenang-pemenang games.


Hadirin dihiburkan dengan:


1.      Ucapan Presiden TSS (Dee Dee) dan Saleha. 


2.  Persembahan Iqbal (ahli TSS yang sporting main gitar sambil nyanyi lagu medley daripada Drama Nora Elena & Ruby)

3.   Ucapan Ezlynn dan persembahan bersama Ezlynn dan Iqbal nyanyi lagu Sayang Shae.

4.   Persembahan Ezlynn nyanyi lagu Lamunan Terhenti versi Husein, Mon dan  Jin pakai toncit.




5.  Games Kotak Beracun. Peserta yang bertuah perlu lakonkan secara spontan dengan pasangan pilihan babak2 dari drama lakonan Saleha dengan menyelitkan ayat-ayat tertentu dari kotak tersebut. (Ada bakal-bakal hero Malaya ditemui, selain pengganti pelakon drama alih suara pelapis untuk siri doraemon serta upin dan ipin.)



6.      Sesi perkongsian pengalaman Saleha bersama hadirin tentang kerjayanya.

Saleha bercerita tentang kerjayanya.


7.      Persembahan Ezlynn nyanyi lagu Hindi Kuch-Kuch Hota Hai dan Saleha menari bollywood.

8.    Persembahan nyanyian Ezlynn dan Saleha duet lagu. AThousand Years - Christina Perri 

9.     Persembahan lagu hai-hai bye bye oleh Ezlynn.

Penuh Penghayatan. sampai yg belakang terkenang kat awek :P






Berbaloi-baloi … kan ? Tema majlis Retro colour blocking. Tapi ramai yg tak ikut tema hehehe






Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja-penaja door gift (poster & novel), Macaroon, Kek Birthday, Candy Buffet serta hamper. Kepada pengunjung laman blog ini yang mahukan perkhidmatan mereka bolehlah ke link berikut:


Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ezlynn yg menghiburkan kami dan birthday girl Siti Saleha dengan beberapa lagu serta Iqbal salah seorang fans yang berbakat menyanyi serta bermain gitar. Terima kasih juga kepada Hana dan Adam yang sudi hadir dan memeriahkan majlis.


Saleha, Rohana, Ezlynn dan Adam







Turut sama main games :)
Tidak dilupakan terima kasih kami kepada rakan blogger/ online media dari Rentak Artis (RA), serta blogger-bloger dan media yang hadir acara ini. Terima kasih juga kepada para peminat yang baru, lama, setia, jauh, dekat, yang sudi hadir acara ini, menaja majlis, memberi hadiah-hadiah birthday pada Saleha serta menyertai aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan. 


Sebahagian hadirin.


Terdapat beberapa orang peminat yang tidak dapat hadir acara ini di saat-saat akhir. (TSS minta halal ) Bagi peminat-peminat yang tak dapat hadir termasuk CS dan 2 orang admin TSS (Amy dan Nad) , bak kata Sal ‘See You Next Event’ :P


Jambangan Bunga :)

Event kali ini diketuai oleh Kak Dee Dee (CrazeeAdmin), Diacarakan oleh Kak Lene, Pendaftaran dan persediaan video untuk games oleh Kak Jaja (AdminEhsasjdeed) dibantu secara adhoc oleh Atif, Kak Su sebagai ketua bahagian jamuan serta GPS. Semua admin turut menjadi jurufoto dan juruvideo majlis kerana kami memang suka ambil gambar Saleha hehehe. Tapi kali ni banyak video versi kami ambil goyang bollywood la so tak berapa sesuai nak publish kat sini. Kita layan gambar je la ye.


Admin-admin menyelit :)

Pada majlis ini kami perolehi beberapa info baru tentang Saleha yang akan kami sharekan dari semasa ke semasa bersama semua. Pendaftaran TSS masih terbuka jom sertai kami. Hantarkan maklumat anda Nama, alamat, no IC, E-mel, FB, Twitter ke teamsitisaleha3@gmail.com tunggu maklumat lanjut daripada kami dan jangan lupa bayar yuran hehehe.

TSS Sayang Sal 

“Alhamdulilah & terima kasih Sal kerana sudi bekerjasama,tanpa izin Allah,TSS tak sejauh ini.”

Macam Pelakon Korea la pula 
“Terima kasih semua Admin-admin TSS untuk event kedua kita tahun ini / ketujuh sejak ditubuhkan”
Idola tercinta kami ,,confirm tak lupa punya InsyaAllah

“Terima kasih semua #TSSFamily #TeamSitiSaleha iaitu peminat-peminat Siti Saleha”

Senyuman menawan

Bagi pihak Admin-admin TSS, minta maaf sekiranya ada sebarang kekurangan sewaktu kami mengendalikan majlis tersebut.


-AdminEhsasjdeed

5 comments:

  1. Happy belated birthday to our darling Siti Saleha & Team Siti Saleha yg awesome. U guys mmg rock. Luv all the photos of SS & the foods too.. Terliur lah pulak tgk gambar makanan2 tu mesti sedap sehingga menjilat jari :p .
    To Siti Saleha u r always in our heart & congratulations for being the Top5 #ABPBH2012. U R ALWAYS the winner to us . Keep up the good work k.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for your endless support babe!! You rock too!! :) Kite kekalkan SS sebagai TOP 5 #ABPBH tahun depan. InsyaAllah rezeki SS plak.. :)

      -CrazeeAdmin-

      Delete
    2. I like statement "Kite kekalkan SS sebagai TOP 5 #ABPBH tahun depan"!!!!.....it's a BIG YES!!!...kta gerak gempur for next year... hahaha *over-reacting*

      Delete
  2. Congratulations to all TSS admins for this wonderful event...eventhough tak dpt join but by reading this entry and by looking all those pictures,you all have done a great job.(Y)

    What else can I comment about our lovely girl? As always SS looks so gorgeous and cute!!...besides her supportive and friendly attitude.<3

    I agree with what AdminEhsasjdeed said, “...terima kasih Sal kerana sudi bekerjasama,tanpa izin Allah,TSS tak sejauh ini.” SS's commitment and support is very vital to her fanclub TSS...Greatest love of all to our one and only Siti Saleha ;) Apa2pun nak tngk SS nyanyi!!!....hehehe

    Best of luck to SS and all TSS family :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, Terima kasih Kak Mas & terima kasih juga sekali lagi untuk macaroon tu tapi hari tu makan sikit je sebab terlalu manis bila dah campur dengan senyuman Sal hehehe. Nak tengok Sal nyanyi je? Menari pun ada, nanti la InsyaAllah tuan punya badan pun tak tengok lagi ni.


      -AdminEhsasjdeed

      Delete