Assalamualaikum dan salam sejahtera TSS Sweetheartz sekalian,
Sebelum beri sebeb-sebab tersebut, nak beritahu bahawa hari ni genaplah lagi 14 hari
dari tarikh event Movie Day Out Team Siti Saleha (TSS) bersama Siti Saleha yang
dirancang diadakan pada 17 Februari 2013 ni.
Kali ini agak istimewa kerana
peminat-peminat Siti Saleha akan menonton bersama Siti Saleha filem pertamanya
yang berjudul Kerat 14. (Satu panggung kami booking tau :) )
Seperti yang pernah diiklankan
sebelum ini, filem Kerat 14 ni bakal ditayangkan bermula 14 Februari ini.
Gandingan pelakonnya amat hebat iaitu Aaron Aziz, Siti Saleha, Fouziah Gous ,
Ali Arami, Zamarul Hisham dan Arora Salwa.
Pada 30 Januari 2013 yang lalu,
admin TSS telah diundang untuk menonton tayangan perdana filem ini bersama
dengan barisan pelakon, krew dan pihak media serta peminat-peminat Siti Saleha
dan Aaron Aziz yang berjaya memenangi kuiz dan pertandingan yang diadakan oleh
pihak produksi Kerat 14 dan TSS sendiri.
Kalau diikutkan kiranya kami dah
tak payah tengok lagi la filem ni sebab dah tengok hari tu. Tapi mana
boleh, kami kan peminat setia Siti Saleha, kami pun nak
TSS Sweethaertz yang lain merasakan keterujaan kami menonton bersama Siti
Saleha dalam suasana santai keluarga TSS ni.
Maka dalam artikel ni kami beri 5
sebab mengapa kena tengok filem Kerat 14 lakonan Siti Saleha di pawagam atau
bersama kami dalam event movie day out :) (sebenarnya lebih
banyak sebab tapi kami beri 5 saja dahulu).
Pertama
Sebelum-sebelum ni kita tengok
sekerat-sekerat saja. Sekerat kat first look, sekerat kat trailer rasmi,
sekerat kat poster, sekerat kat promo SS dan AA, sekerat kat berita TV, sekerat
kat paper, sekerat kat blog, sekerat kat runit bunyi (OST) rasmi…banyak pula
kerat tapi dah cukup 14 ? Tak cukup, sebab tu la kita kena tengok penuh Kerat
14 kat pawagam nanti.
Kedua
Anda merupakan peminat setia Siti
Saleha. (macam kami). Hari-hari, cari cerita dia (macam kami) , hari-hari
tweet2 dia (macam kami), kalau ada drama, iklan,
promo dia kat TV mesti tengok (macam kami) , kalau ada majalah, surat khabar
yang cerita pasal dia atau ada gambar dia mesti beli (macam kami), lebih banyak
gambar dia berbanding gambar sendiri (macam kami), dah berguni-guni surat
khabar beli untuk undi dia (macam kami), dah tekan nombor dia banyak kali untuk
undi dia ABP G5 dan Bella BB7 (macam kami) …jadi wajiblah tengok filem pertama
dia ni. (macam kami) hehehe bak kata Sleeq dan Najwa ‘Untuk dia hey ..Untuk dia
hey..Untuk dia hey..’
Ketiga
Kami dapat firasat, yang Siti
Saleha ni bakal jadi pelakon tersohor dan hebat satu hari nanti. Sebenarnya dah
hebat pun. Cuba
kita imbas kembali pelakon-pelakon hebat macam P Ramlee, walaupun punya banyak
karya hebat, tetap yang pertama menjadi satu kenangan indah buatnya dan
peminat. Karya pertama susah nak cari balik masa zaman gemilang seseorang
pelakon. Maka, harus kita buat koleksi nanti, kalau tak sempat beli pun,
sekurang-kurangnya sebagai peminat Saleha, kita dah pun tengok filem ni dan
dapat beri penghargaan secara langsung nanti kalau kita suka, atau kita kritik
untuk membina kalau kita tak suka.
Keempat
Lakonan semua pelakon terutama
Saleha memang best, bagus, ekspresi wajah menjadi, kan dah tengok sekerat kat trailer tu..gaya sinematografi,aksi
pun cantik dan menarik. Cerita banyak pengajaran secara tak langsung. Lagu tema
sedapkan. Lagu tema bakal hit insyaAllah. Eh mcam dah lebih pula sebab ni.
![]() |
| Sal jangan nangis nanti kita tengok sama-sama 17 ni..lepas tu kita makan aiskrim ok :P |
Kelima
Kita kan
TSS, Team Siti Saleha kan
sayang Sal. Saleha pun sayang TSS.
Kita layan gambar dan lagu tema.
Ok bagi yang dah bagi nama tu, mohon buat bayaran segera. Terima kasih.
Lagu tema rasmi Filem Kerat 14 - Tajuk lagu : Penyesalan. Nyanyian Zarul Umbrella
TSS Sayang Sal
-AdminEhsasjdeed











AWESOMEEEEEEEE!!!...x sbar nak tgk Aron Aziz & Siti Saleha brgandingan lg mesti best (*_*) love u sayang♥sy akn sentiasa menyokong anda♥
ReplyDeleteTerima kasih sudi komen :) lakonan Saleha best.
Delete-adminehsasjdeed
Salam semua.
ReplyDeleteDalam kesibukan bekerja dan kekangan masa yang terlampau, masih jua ku mampu gagahkan diri mencari ruang untuk berkongsi cerita bersama-sama kalian kerana inilah yang dinamakan setia...
5 perkara penting mengapa harus menonton filem Kerat 14 :
1. Kerana Siti Saleha berbakat melakonkan watak utama. Menjiwai tekanan yang dilalui dan emosinya dapat dirasai penonton. Menghidupkan watak Nur Zara dengan berkesan serta riaksi wajah natural penuh berkarektor.
2. Kerana ini adalah julungkalinya Siti Saleha menongkah arus meniti cabaran berlakon di layar perak. Jujur saya katakan penelitian terhadap gaya dan mood lakonan perlu diambilkira untuk membezakan di antara drama dan filem selain sinematografi, pencahayaan dan sistem audio yang baik.
3. Kerana ini adalah filem Malaysia. Berkaitrapat dengan undang-undang dan amalan yang mesti dipatuhi serta meningkatkan kesedaran terhadap jenayah yang semakin berleluasa.
4. Kerana memberi peluang kepada pengarahan filem dengan gaya nafas baru, yang lebih segar untuk melangkah lebih jauh. Tontonan anda membantu menyemarakkan lagi industri perfileman tempatan.
5. Kerana saya diberi peluang menonton tayangan perdana Kerat 14 ini bersama-sama Saleha dan para jemputan yang lalu. Tidakkah anda mencemburui saya?
Saya pasti bersama anda menonton Kerat 14 pada 17 Februari ini sekali lagi kerana ingin mendalami dan merasai keistimewaan filem ini buat kali kedua. Adakah mood saya akan berbeza berbanding tontonan pertama? Kita nantikan jawapannya selepas ini.
p/s: Buktikan bahawa kita bersama-sama menyokong Siti
Saleha dan berusaha membantu memberikan semangat
supaya beliau terus maju berdayasaing dalam industri
yang diminatinya ini. Sampai jumpa lagi.
-Effisdzar Sun a.k.a Yellowspider
Terima kasih komen, Komen di atas ni lebih berilmiah hehehe ini menjadikan 10 sebab kena tonton ni. 5 sebab di atas memang kami setuju sangat terutama yang nombor 1 tu Siti Saleha amat berbakat.
DeleteYang lain, cuba tengok no 5 tu. Tak cemburu ke kat kami yg dah menonton ni?Bertingkat-tingkat kan? InsyaAllah 17 hb ni lagi seronok sebab Team Siti Saleha yang anjurkan :P
-AdminEhsasjdeed