Sunday 10 June 2012

Bagaimana TSS jadi kelab rasmi Siti Saleha


Assalamualaikum dan salam sejahtera Sweetheartz TSS sekalian.


Baiklah, kali ni kami nak cerita sikit sejarah ringkas bagaimana TSS wujud sebagai Kelab Rasmi Siti Saleha. 6 orang Admin TSS ni berjumpa di laman Twitter dan antara yang aktif tweet mnweet kat Siti Saleha sejak popular dengan Nora Elena.  



Kami mula berforum tertutup di FB, yang kami gelar Ahli Mesyuarat Tingkap kami atur strategi untuk ‘meminang’ Siti Saleha dan menjadi fan club rasmi baginya sejak 9 Julai 2011. Alhamdulilah, impian terlaksana. Bermula dengan event pertama, Iftar di Shah Alam (20 Ogos 2011), kemudian Perasmian Kelab Rasmi Peminat dengan nama Team Siti Saleha (24 March 2012) serta baru-baru ini berlangsung pula acara santai bersama peminat dengan Bermain Boling Sambil Bershuffle (3 Jun 2012). Semuanya menjadi kenangan indah buat kami pihak Admin TSS serta peserta-peserta acara termasuk Saleha sendiri.




Melalui event-event ni kami kenal Siti Saleha ni memang baik hati orangnya dan tak sombong bukan macam anggapan sesetengah peminat yang belum mengenalinya kononnya dia sombong sebab tak balas tweet atau komen peminat , dia sebenarnya sibuk dan jarang membalas tweet / fb peminat kerana tumpuan pada kerjaya seninya. Alhamdulilah, rezeki mencurah-curah penangan lakonannya dalam Nora Elena. Walau bagaimanapun dia membaca komen-komen peminat terutamanya di laman FB Team Siti Saleha. Malah turut memberi komen atau membalas bila berkesempatan, cuma mungkin peminat-peminatnya tak berapa perasan. (Jadi kena lawat selalu la laman FB kami :)) Sal pun lepas ni mesti rajin balas komen fans :)



,


Teraju-teraju TSS


1. Siti Saleha (Saleha / Sal / Sally / Siti Kiut / Nora Elena…)

2. Suhani (Dee Dee / CrazeeAdmin )

3. Suriana (Kak Su /Su)

4. Sahariza (Jaja / adminEhsasjdeed )

5. Amy Soraya (Amy)

6. Nadia (Nad / Admin)

7. Azelene (lene)

Berminat nak join Team Siti Saleha?? Emailkan maklumat peribadi anda seperti nama, ic, nombor telefon, address, fb/twitter id kepada teamsitisaleha3@gmail.com

Ahli rasmi akan menerima barangan kelab dan keutamaan menyertai event-event TSS.

Terima Kasih.

-AdminEhsasjdeed :)

No comments:

Post a Comment