TV

Drama Televisyen


Istimewanya Drama Nora Elena

Populariti Siti Saleha meningkat dengan mendadak setelah diberi peranan utama sebagai Nora Elena dalam drama dengan tajuk yang sama. Drama Nora Elena merupakan  sebuah drama adaptasi daripada Novel Kasih Yang Suci. Drama ini mencipta sejarah apabila  mendapat tontonan tinggi di TV3 dan laman web Tonton. Bakat lakonan Saleha juga amat menyerlah dalam drama romantis  ini.

Walau bagaimanapun, Saleha bermula sebagai pelakon drama sejak 2008. Berikut drama-drama lakonannya.

2008



1. 5 Jingga - TV3
2. Kasut Tumit Tinggi - Astro Prima
3. Kapten Boleh - Astro Ceria
4. Farah

2009


5. Kecuali Cintamu - Astro Prima
6. Kau Laksana Bulan - TV2
7. Awan Dania 2 - Astro Ria

2010


8. Di Bawah Ketiak  Isteri 2 - Astro Prima
9. Syurgamu Ramadan - TV3
10. Habil & Qabil - TV3

2011



11. Ustaz Amirul - TV3
12. Nora Elena - TV3
13. Cinta Alif Ba' Ta' - TV  Alhijrah

Tahun 2012, rezeki Saleha lebih kepada filem dan telefilem. Sejak Januari hingga Jun, Saleha terlibat dengan 6 buah filem dan 8 telefilem (sehingga November 2012). Khabarnya beberapa filem lagi turut menanti kesesuaian jadual.

2012

14. Terlanjur Cinta - TV9














2013

15. Ruby - TV3





Ruby mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Syuhara (lakonan Siti Saleha), seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah kebajikan tinggal bersama dua orang kawan baiknya iaitu Anis (Atikah Suhaimi) dan Diana (Shima). Setelah keluar dari rumah anak yatim, mereka bertiga bekerja di sebuah kilang kosmetik, Empayar Ruby. Di situ, Syuhara berkenalan dengan Benjamin (Sharnaaz Ahmad) yang tinggal bersama ayahnya, Dato' Kamal dan sangat disayangi oleh neneknya, Nek Mariam (Kartina Aziz). Ben juga mempunyai seorang ibu saudara iaitu Datin Afifah (Maria Farida) yang tinggal bersama anaknya, Nadia (Hanez Suraya). Datin Afifah bersama-sama Dato' Kamal menguruskan Empayar Ruby. Datin Afifah mempunyai hasrat untuk merampas empayar tersebut.








16. Asmara Luna


Asmara Luna telah pun selesai penggambarannya. Walau bagaimanapun dijangka ditayangkan dalam Slot Lestary setiap Selasa di TV3 dalam bulan Ramadan. Cerita menarik berkaitan perhubungan antara ibu dan anak. Lakonan hebat Saleha disamping pelakon terkenal Sofea Jane.

17. Memberku Hawa Musim Kedua 

Saleha digandingkan dengan Nad Zainal bagi drama musim kedua Memberku Hawa. Saleha dan Nad turut dilantik sebagai duta bagi jenama Kotex yang menaja drama ini. Drama ini akan mula bersiaran bermula 5 Jun 2013 di Astro Ria setiap Rabu jam 10 malam. Sepanjang Jun dan Julai juga, Saleha dan Nad akan terlibat melawat sekolah-sekolah menerusi program yang diatur Kotex.

Pelakon Utama Memberku Hawa Musim Kedua
Lawatan ke sekolah pertama Program Kotex 


Muzik Video Erti Kawan (OfficialKotexMY)




Apa kata Saleha Tentang Memberku Hawa :) (OfficialKotexMY)

2014

18. Aku Ada Wali - TV Alhijrah


Aku Ada Wali berkisarkan mengenai cara mengurus cinta yang tiba belum pada masanya. Ia juga berkisarkan mengenai persahabatan dan kekeluargaan. Seorang gadis yang baik dalam persahabatan sentiasa membimbing, menyelesaikan masalah dan mengambil berat perihal kawan. Rakan-rakan bukan Muslim juga sangat menyenanginya.
Gadis yang dimaksudkan ialah Syumaila yang juga pemimpin pelajar yang rutinnya sangat sibuk dengan pelajaran, program persatuan, usrah dan sukan. Dia meletakkan prioriti di alam kampus untuk fokus mencintai Allah. Cinta Agung itu menjadi sumber penggerak untuknya bermotivasi tinggi mencintai ilmu, menggilap kepimpinan diri dan memimpin warga kampus.



Dia menjadi kegilaan rakan sekelasnya,Naim yang mencuba memikatnya dengan pelbagai taktik. Namun Syumaila berjaya menolaknya. Dia juga disukai seorang pelajar Syakir. Jejaka ini menggunakan rakan sebiliknya Zahira  untuk menghantar nota misteri kepadanya.



Syumaila juga diuji dengan tingkah laku Zahira, namun tanpa rasa jemu dan bosan, dia membimbing Zahira supaya kembali ke pangkal jalan.




Barisan pelakon: Siti Saleha, Zahiril Adzim, Ayda Jebat, Zoey Rahman, Puteri Chi Chi, Sabhi Saddi, Shawal Ruslan. Terbitan Tsar Asia Sdn Bhd.




Drama ini disiarkan pertama kali di TV Al Hijrah mulai 14 Januari 2014. 









19. Ramadan Jangan Pergi - TV3



Ramadan Jangan Pergi sebuah drama sempena Ramadan yang mengisahkan tentang Farah yang terpaksa menghadapi dugaan membesarkan seorang anaknya bersendirian apabila suaminya menyukai perempuan lain serta mengabaikannya dan perkahwinannya sejak awal tidak direstui oleh ibu dan keluarga mertuanya. Mulai ditayangkan sepanjang Ramadan bermula Jun 2014 di Slot Samarinda TV3. Terbitan JS Picture. 

20. Manis - Astro Ria & Maya HD


Manis terbitan KL Motion merupakan sebuah drama dengan konsep baru yang amat menarik.
Selain gaya penceritaan pelakon utama berbentuk diari video, iaitu apabila pelakon berbicara langsung dengan penonton, di setiap episod Manis juga ada menyediakan resepi ringkas pencuci mulut yang diketengahkan dalam setiap episod. 

Manis mengisahkan tentang Anis seorang eksekutif akaun yang dilantik untuk menyelamatkan sebuah bakeri bernama Manis daripada kerugian akibat pelbagai masalah yang timbul. Anis dengan dibantu pekerja-pekerjanya menghadapi tiap-tiap cabaran sehingga berjaya menguruskan Manis. Namun Anis menghadapi cabaran apabila meminati tunang kepada anak bossnya sehingga dia disingkirkan dari Manis.

2015

21. Ayuni Safira

Drama ini adaptasi daripada sebuah cerpen yang mengisahkan tentang Ayu yang dipinggirkan oleh ibu kandungnya dan menumpang kasih dengan keluarga angkatnya. Sikapnya yang agak cemerkap menyebabkan sering menimbulkan masalah di Kafe tempatnya bekerja. Selain itu tanpa disedari dia menjadi mangsa tipu helah majikan serta ibu majikannya yang bertindak menjodohkannya dengan Zhafran untuk membalas dendam lama. Lakonan Siti Saleha dan Aqasha

2016

22. Uda Dan Dara

Sebuah drama adaptasi daripada novel Uda Dan Dara versi Aisya Sofea tentang kisah cinta Siti Mariam. Lakonan Siti Saleha dan Zul Arifin. Dijangka ditayangkan pada Bulan Februari 2016

23. 7 Hari Mencintaiku



Sebuah drama adaptasi daripada novel 7 Hari Mencintaiku karya Siti Rosmizah. Kisah percintaan Mia dan Khuzairi yang terpaksa berkahwin setelah Mia ditinggalkan tunangnya pada majlis pernikahannya. Lakonan Siti Saleha dan Shukeri Yahaya. Mulai ditayangkan 7 November 2016.



Penampilan Dalam Klip Video 

1. Legasi Cleopatra





2. Untuk Dia