Poster Acara Yang Bakal Berlangsung 17 Mei 2015 ini di DFP |
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) - Yayasan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Universiti Teknologi Petronas, UTP Alumni dan Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) akan bersama-sama menganjurkan Tapestry Of Colours 2015 - konsert menyokong Yayasan UTP (YUTP). Ini merupakan konsert penjanaan dana yang akan diadakan di DFP pada 17 Mei 2015, jam 3.00 petang dan 8.30 malam.
Perkara ini telah diumumkan oleh Datuk Ir (Dr) Abdul Rahim Hashim, Naib Canselor UTP pada sidang akhbar 13 Mac 2015.
Pada sidang akhbar itu, media juga telah dipersembahkan dengan empat persembahan pratonton konsert tersebut iaitu Sireh Pinang, The Ox Battles the Tiger, Tarian Mozambique dan Tarian Bhangra.
Tapestry of Colours 2015 adalah satu acara gala yang memaparkan muzik medley yang kaya dengan lagu-lagu dan tarian warisan budaya tempatan dan antarabangsa. Konsert itu akan mempamerkan kumpulan lebih 200 pelajar berbakat yang terdiri daripada Kumpulan Seni Persembahan UTP, Kumpulan Gamelan UTP , Kumpulan Orkestra Cina UTP, Kumpulan Bhangra UTP, Kumpulan Kebudayaan Pelajar Antarabangsa UTP.
Anjuran ketiga sejak penubuhannya pada tahun 2010, tahun ini juga akan melihat artis popular, Siti Saleha, membuat persembahan pada konsert itu.
Tetamu Kehormat untuk konsert tersebut ialah Tun Dr Mahathir bin Mohamad,yang merupakan Canselor UTP dan Isterinya ,Tun Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali.
Tiket untuk Tapestry of Colours 2015 boleh didapati melalui DFP Box Office, secara atas talian di www.dfp.com.my atau melalui telefon di 603-2331 7007. Harga dari RM30 hingga RM100.
Perolehan daripada jualan tiket akan disalurkan kepada Yayasan UTP (YUTP), sebuah yayasan yang memainkan peranan penting dalam mencari sumbangan dan menjalin perkongsian baru dengan individu dan organisasi. Yayasan menyokong UTP melalui fasa pertumbuhan seterusnya sebagai institusi pendidikan utama yang menggalakkan kreativiti dan inovasi.
Sumbangan kepada UTP akan menyediakan banyak dana yang diperlukan untuk pemberian biasiswa kepada pelajar yang layak, menyokong penyelidikan dan inovasi, pembangunan aktiviti yang berkaitan dengan seni, sukan dan kebudayaan, dan menyokong pentadbiran universiti. Sebarang sumbangan kepada YUTP ini juga dikecualikan cukai.
Sejak penubuhannya pada tahun 2010, YUTP telah memberikan biasiswa dan dermasiswa lebih daripada RM3.5 juta dengan kira-kira 400 pelajar sebagai penerima manafaatnya.
SUMBER: Universiti Teknologi PETRONAS
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Suhaila Sharaini
Jabatan Perkhidmatan Korporat, Universiti Teknologi PETRONAS
Tel: 05-3688249 | 013-225 0375
E-mel: suhaila_s@petronas.com.my
--BERNAMA
Peserta Persembahan bersama Naib Canselor serta Artis Undangan Siti Saleha |
Saleha bersama sebahagian lagi peserta |
Pengerusi majlis mengemudi acara |
Gambar lebih jelas dengan peserta tarian tradisional |
Segmen Sireh Pinang |
Segmen Tarian Cina |
Segmen Tarian Pelajar Antarabangsa |
Segmen Tarian Banghra |
No comments:
Post a Comment