Assalamualaikum TSS sekalian.
Masih ingat Program MDO Balada Pencinta Menggapai Impian pada 26 Oktober 2013 lalu?
Lupa? Ishh kena baca artikel-artikel sebelum-sebelum ni dulu la kalau lupa.
Program MDO Balada Pencinta 26 Oktober 2013 lalu yang membuka Tabung Amal Menggapai Impian. |
Alhamdulilah, pada 4 Disember 2013 yang lalu, anak-anak yatim dari 3 buah rumah anak yatim sekitar Perak, diraikan dalam satu majlis iaitu Menggapai Impian anjuran Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) buat kali yang ke-7. Majlis kali ini istimewa dengan penyertaan Siti Saleha dan Team Siti Saleha (TSS) yang merupakan kelab rasmi peminatnya.
Pentas Majlis pada 4 Disember di UTP, Perak. |
Program Movie Day Out (MDO) Filem Balada Pencinta yang lalu berjaya mengumpulkan sumbangan berjumlah RM6000. Sumbangan terdiri daripada sebahagian bayaran program MDO serta sumbangan ikhlas orang perseorangan termasuk sumbangan Saleha sendiri.TSS dan Siti Saleha ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi menyumbang derma tersebut.
Saleha menyerahkan buku akaun simpanan kepada salah seorang penerima sumbangan sambil disaksikan oleh Naib Canselor UTP, Datuk Abdul Rahim Hashim |
Sumbangan tersebut, Saleha serahkan dalam bentuk wang simpanan Akaun Bank Rakyat bernilai RM100 bagi setiap seorang anak yatim dalam Majlis Menggapai Impian tersebut.
Peralatan sekolah bernilai RM150 bagi setiap anak yatim pula disumbang oleh pekerja-pekerja UTP yang mengambil bahagian.
Salah sebuah pertubuhan kebajikan menerima sumbangan dalam bentuk hamper dan wang. |
Tiga pertubuhan terpilih menerima bantuan sempena program Menggapai Impian iaitu Kasih Nurul Iman, Pertubuhan Kebajikan Harapan Baru dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Anugerah Istimewa Ipoh yang masing-masing menerima sumbangan khas RM1,000 daripada Persatuan Alumni UTP.
Datuk Dr Abdul Rahim Hashim, Naib Canselor UTP |
Siti Saleha sewaktu sidang media |
Manakala Siti Saleha menjelaskan menyertai program kebajikan seperti ini telah lama dirancang olehnya serta kelab peminatnya TSS.
Sebelum-sebelum ini, TSS telah berjaya menganjurkan pelbagai acara bersamanya yang lebih meraikan dirinya serta merapatkan hubungan sesama ahli seperti majlis Iftar, sambutan hari lahir dan lain-lain.
Sebahagian TSS yang hadir memeriahkan acara ini |
Walau bagaimanapun bagi program kebajikan, ini merupakan julung kali diadakan dan Saleha merasa gembira kerana dapat kembali menyumbang kepada masyarakat.
Anak-anak yatim serta hadirin turut dijamu dengan makanan yang lazat serta pemberian coklat dan gula-gula. |
Pemberian sumbangan dalam bentuk akaun simpanan pula baginya membantu memupuk budaya menabung dalam kalangan pelajar.
Pemberian buku akaun sebegini juga dapat mengurus kewangan kanak-kanak dengan baik kerana jika diberi dalam bentuk wang tunai, dikhuatiri akan digunakan untuk perkara yang kurang berfaedah selain dapat membantu mereka di masa hadapan,” katanya
InsyaAllah program kebajikan seperti ini menjadi perintis untuk program-program kebajikan seterusnya terutamanya bersama TSS |
TSS Sayang Sal
- AdminEhsasjdeed