Thursday 28 August 2014

Filem Keempat Siti Saleha, Mamak Cupcake di pawagam mulai 28 Ogos 2014

Assalamualaikum & salam sejahtera semua. 


Telah berada di panggung berhampiran. Jom tengok wayang

Sekiranya anda mengikuti blog ini sejak dari awal, sudah tentu sudah lama anda tahu tentang kewujudan filem ini. Sejak 2012, TSS telah mempromosikan filem ini. Kini masanya telah tiba untuk anda menikmatinya di pawagam berhampiran. Pastikan anda menontonnya awal. 

Teraju utama Filem Mamak Cupcake Siti Saleha & Shaheizy Sam pada 21 Ogos 2014
sempena malam tayangan perdana .

Filem ini amat menghiburkan, kami berkesempatan menontonnya di pawagam sewaktu tayangan perdana dan memang seronok.

Di sebalik tabir 
MJ, seorang pewaris perniagaan tradisi keluarganya berdepan dengan pilihan sama ada meneruskan kehendak bapanya atau berani mengejar impiannya yang penuh cabaran. Filem ini amat sesuai sekali ditayangkan pada musim cuti Hari Kebangsaan ni kerana ia memberi satu suntikan tema kemerdekaan dari sudut yang lain. Ia komedi ringan tentang perjuangan kebebasan mengejar impian diri.

Saleha sebagai Juliana dalam cerita ini. 
Filem Mamak Cupcake merupakan filem ke-4 lakonan Saleha yang ditayangkan selepas Kerat 14, KL Zombi dan Balada Pencinta. Jadi lakonan Saleha sudah tentulah semakin baik. 

Selain Saleha dan Sam ,  Natasha Hudson , Maria Farida dan Faizal Ismail turut serta dalam filem ini

Mereka sedang menanti anda di pawagam. 


Menanti bulan jatuh ke riba...menanti bintang menyinar cahaya...menanti dapat makan sepinggan...




OK GB TV ada buat liputan Malam Gala Filem Tersebut. :)


Bagi TSS yang akan ikuti MDO bersama Saleha pada 1 hb September ini tapi masih belum membuat pembayaran, bolehlah berbuat demikian segera dengan menghubungi CrazeeAdmin. TSS yang menonton filem ini sebelum MDO kita, sila simpan tiket untuk satu acara istimewa pada hari MDO. 


Selain Siti Saleha , MDO TSS bakal disertai oleh penulis skrip cerita ini Saudara M. Zulkifli dan pereka cupcake cerita ini, Satira Diana , PearlCakesEvent yang memang sedap cupcakenya. Bagi TSS yang tak berkesempatan sertai kami pada 1 hb 9 ni, penuhkan panggung dengan membawa keluarga / kawan-kawan anda menonton cerita yang menghiburkan ini. Terima kasih.

Sebab...

TSS Sayang Sal 

- AdminEhsasjdeed

Wednesday 20 August 2014

Aktiviti bulan lalu : Iftar Bersama Siti Saleha



Bersama "Anugerah" terkininya (Sumber FB Saleha)


Majlis berbuka puasa bersama Siti Saleha tahun ini berjaya mengumpulkan seramai 100 orang termasuk peminat-peminatnya dari negara jiran.
Gambar berkumpulan sebahagian hadirin :) (Sumber FB Saleha)

Alangkah seronoknya dapat berbuka puasa bersama selebriti yang diminati serta menikmati juadah yang lazat dan bersantai bersamanya! Itulah yang dirasai oleh peminat-peminat Siti Saleha yang menyertai Majlis Berbuka Puasa Bersama Siti Saleha pada 20 Julai 2014 yang merupakan acara ke-12 sejak penubuhan kelab peminat Siti Saleha, Team Siti Saleha 2 tahun lalu.

Lokasi majlis dan sebahagian daripada hadirin di dalam restoran.
Majlis berbuka puasa atau iftar kali ini bertemakan Denim bertempat di Khodijah's Kitchen (Instagram: Khatijah’s Kitchen), Setapak, Kuala Lumpur. Pendaftaran bermula jam 6.30 petang dan acara berakhir jam 10 malam.

Adik dan rakan-rakan Saleha yang turut hadir memeriahkan majlis. (Sumber FB Saleha)


Selain berbuka puasa, majlis ini turut meraikan kejayaan Siti Saleha merangkul Anugerah Bintang Popular 2013 bagi 2 kategori iaitu Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular pada 24 Mei 2014 yang lalu.  

Saleha dengan kek Anugerah Ke-4 nya - Anugerah Pelakon Feveret Paling Popular 2014 


Acara kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran 100 orang peminat-peminat jauh dan dekat. Seramai 16 orang peminat dari negara Brunei dan 2 orang dari negara Singapura turut bersama memeriahkan acara. Peminat-peminat berpeluang bersantai dengan Siti Saleha melalui aktiviti-aktiviti seperti rekaan poster Filem Mamak Cupcakes (Filem terbaru Siti Saleha yg bakal muncul) , hiasan cupcakes  dan bergambar kenangan.

Saleha turut meraikan fans yang lahir bulan Julai (Sumber FB Saleha)


Aktiviti Saleha dengan peminat.



Team Siti Saleha ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan acara ini. Penghargaan yang tak terhingga untuk Siti Saleha yang sudi meluangkan masa berharganya berbuka bersama peminat-peminatnya. Selain itu Team Siti Saleha juga ingin mengucapkan terima kasih & penghargaan kepada pihak-pihak berikut
  1. Dasbutton - Penaja ‘Door Gift’ ‘Button Badge’ 
  2. My Apparel Zoo - Penaja Gambar untuk Sampul Raya Siti Saleha
  3. Majalah Lisa Malaysia - Penaja Majalah Lisa / Goodies
  4. SweetToothVille - Penaja Kek Sambutan Majlis
  5. Khodijah's Kitchen (Instagram: Khatijah’s Kitchen) - Lokasi Majlis
  6. Satira Diana of PearlCakesEvent - Penaja Cupcakes & Macaroon
Barangan tajaan pada hari tersebut. Terima kasih. Next event tajalah lagi hehe.


Saleha bersama Ezlynn dan Datuk Khadijah Ibrahim (Sumber FB Saleha)


Tentang Siti Saleha

Saleha dengan pelbagai aksi comel 


Siti Saleha Binti Mohd Baharum merupakan seorang pelakon yang berbakat besar. Anak ketiga daripada empat adik-beradik. Lahir pada 14 Mac 1990. Berdarah campuran Melayu-Inggeris. Aktif berlakon iklan, drama, telefilem dan filem sejak tahun 2010. Terkenal sejak membintangi drama Nora Elena pada tahun 2011. Banyak tercalon 5 teratas di dalam anugerah-anugerah industri hiburan sejak 2011 dan baru-baru ini berjaya merangkul 2 kategori utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular 2013. Mempunyai sebuah kelab peminat yang aktif dan amat menyayanginya iaitu Team Siti Saleha. Antara lakonan-lakonannya:

Drama rantaian:

5 Jingga, Kasut Tumit Tinggi, Kau Laksana Bulan, Awan Dania 2, Syurgamu Ramadan, Habil & Qabil , Ustaz Amirul, Nora Elena, Terlanjur Cinta, Ruby, Asmara Luna, Aku Ada Wali, Ramadan Jangan Pergi, Manis.

Telefilem:

Bersalji di Kuala Lumpur, Mistik Alam Hitam, Sudu dan Garfu, Gincu, Sekilas Cinta, Cinta Hati Suri, Cerita Sebenar Mengenai Bibah, Cikgu Gangster,Luth Mahfuz, Hati Untuk Siapa.

Filem:

Kerat 14, KL Zombi, Balada Pencinta


Tentang Team Siti Saleha

Saleha dan Admin-admin TSS 


Majlis pelancaran Team Siti Saleha (TSS) diadakan pada 24 Mac 2012. Objektif penubuhan TSS adalah sebagai medium yang dapat menghubungkan Saleha bersama peminat-peminatnya. TSS juga menyediakan saluran bagi peminat untuk mengenali pelakon kesayangan mereka dengan lebih dekat lagi.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Facebook : Team Siti Saleha
Twitter : @TSSTwit
Blog : www.teamsitisaleha.blogspot.com
Instagram : @teamsitisaleha
Tel                : 019-2656622

TEAM SITI SALEHA (TSS)

TSS ingin memohon maaf sekiranya ada salah dan silap sewaktu kami mengendalikan majlis ini. Selain di blog ini, gambar-gambar event boleh juga dilihat di Instagram TSS, FB Fanpage TSS dan FB Fanpage Siti Saleha. Terima kasih.

TSS Sayang Sal



- AdminEhsasjdeed