Wednesday 28 August 2013

Asmara Luna

3 Gandingan Utama Drama Asmara Luna Aidil Aziz, Siti Saleha & Shukri Yahaya





Berikut Sidang Media tentang Drama Bersiri Asmara Luna yang dikeluarkan oleh TV3:

Webmaster TV3 28/08/2013 13:09:00

Petaling Jaya, 27 Ogos 2013 – Terbaru di slot Samarinda, drama bersiri 13 episod terbitan JS Pictures Sdn. Bhd., ‘Asmara Luna’ menemui penonton bermula 21 Ogos 2013. Drama yang diarahkan oleh sutradara Azman Yahya atau Jinggo dan skrip oleh Sofia J Rhyland ini membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Siti Saleha, Shukri Yahaya, Aidil Aziz, Sofea Jane, Miera Liyana, Kartina Aziz, Liza Abdullah, Roy Azman, Eyka Farhana dan ramai lagi.

Kisah Seterusnya ( *Amaran Panjang. Klik semula untuk tutup )



Tajuk Drama : Asmara Luna
Slot : Samarinda
Saluran : TV3
Hari : Isnin, Selasa, Rabu
Jam : 10 malam - 11 malam 
Bermula : 21.8.2013
Bilangan Episod : 13 Episod  
Pelakon -pelakon  :  
Siti Saleha, Shukri Yahaya, Aidil Aziz, Sofea Jane, 
Miera Liyana, Kartina Aziz, Liza Abdullah, Roy Azman, Eyka Farhana
Penerbit : JS Pictures Sdn. Bhd
Arahan Azman Yahya atau Jinggo
Skrip Sofia J Rhyland


Mari kita layan OST Drama ni - Bahrain , Cinta Dan Air Mata



*Sudah tonton di TV? Mantapkan lakonan Saleha, Jangan lupa untuk menonton . Lakonan Her Gorgeousness Siti Saleha la  

Ihsan Gambar FB Siti Saleha


TSS Sayang Sal :)

-AdminEhsasjdeed-

Tuesday 27 August 2013

Siti Saleha Selamat Dari Serangan Zombi

Salam 1Zombi 1Saleha !!



Bagi yg tak tau tu, baru2 ni ada banyak zombi2 yg berkeliaran di Cathay Cineplex eCurve. Zombi2 yg takde arah tujuan ni kuar carik mangsa dr jam 7pm sampai 11pm. Malangnye ada beberapa gang2 TSS kite yg menjadi mangsa. Sebab tu kalo tgk gamba group foto ngan boss Grand Brilliance, Tengku Iesta Tengku Alaudin ni tak cukup 19 org. Kihkihkih... :P 


Anyway, Malam Gala KL Zombi ni di banjiri juga ngan artis2 popular. Malangnye pelakon kesayangan kite Her Gorgeousness Siti Saleha tak dapat hadir sebab masih berada di luar negara. Terselamat la dr serangan zombi.


GB Boss, Tengku Iesta Tengku Alaudin
Mr. Director, MJ Woo
Cer teka, cer teka saper ni.. 
Faezah Elai sebagai Sofia dlm KL Zombi
Fareth from Terlanjur Cinta pun ada? Ish, ish, ish.. Jom kite mintak zombi geget2 dia sebab dera Nia.. 

 So kat sini nak citer sket 3 sebab kite perlu tonton KL ZOMBI: 

1) SITI SALEHA
2) SITI SALEHA
3) SITI SALEHA 

Jom kite tengok baca apa kata peminat2 Siti Saleha yg masih terselamat drpd digeget zombi.. 

Seram dan kelakar. Lain dari yg lain - ZuraNBB

Light comedy with its own dark twist - Min Abd Wahab

Fun, light movie - Hasha Uda

Relax. Takyah pecah kepala. Santai - Suraya Harun (Alhamdulillah smua masih ada kepala. Kihkihkih.. )

Saya kasi 5 bintang. Best. Tak meleret - Atif (Terukir di bintang)

Cerita mudah, ringan dan menghiburkan. Grafik & kesan khas yg menarik. Cuma ada babak yg aksi agak ngeri. Kurang unsur satiranya - AdminEhsasjdeed

Citer ni lain sket la. Zombies nampak real, tak meleret. Pengolahan citer bagus. Tambah lawak tu, so ringan santai. Real dr yg pernah tayang kat Malaysia - Kak Su

Fun filled movie packed wit a lil horror, a lil suspense, loaded wit humour and a touch of romance. Whats not to luv?? - CrazeeAdmin

Persoalan nye adakah mereka2 ni sanggup tengok lagi sekali.. Bak kata Min Abd Wahab.. 

"GILER TAKNAK?? HAHAHAHA..." 

So kengkawan.. Jom kite kasi gegar itu panggung mulai Khamis 29 Ogos ni!!! Support, support!! :) 


Tq so much to Grand Brilliance Team, Tengku Iesta & gang 4 believing in our girl Siti Saleha to play Nora. Tq for having us at the Gala Night. Terima kasih juga kepada gang2 TSS yg telah meluangkan masa untuk bersama2 kami di Malam Gala KL Zombi. Yeahoooo... 


Setakat ini saja blog kite buat kali ini.. Saya yg melaporkan..


-CrazeeAdmin Zombi Ipoh-
.. Kihkihkih...

Saturday 3 August 2013

Majlis Berbuka Puasa Bersama Siti Saleha 2013

Secara tak rasmi, Team Siti Saleha (TSS) ditubuhkan pada Julai, Julai sekali lagi menjadi kenangan manis kerana kami berjaya menganjurkan event TSS yang seterusnya iaitu yang kelapan setakat ini. Berikut butiran event tersebut.:



Majlis Berbuka Puasa / Iftar Bersama Siti Saleha 20 Julai 2013.
Tempat : The Club, G Tower Hotel, KL
Kehadiran : 70 Peminat.
Door Gift - Buah Kurma & Photobook Event TSS - TSS
Hamper Hadiah Lucky Draw : Palmolive, 
Candy Buffet & Photobooth -Cekal Resources

Majlis ini mengimbau kenangan event pertama TSS iaitu Iftar di Shah Alam pada 20 Ogos 2011.

Backdrop Majlis


Pendaftaran bermula jam 6 petang nun di tingkat atas paras 28 G Tower Hotel yang menempatkan The Club. Suasananya amat selesa dan punyai pemandangan yang cantik.

Hadirin mengikuti acara di ruangan yang cukup selesa dan cantik
Ruangan Photobooth yang ditaja oleh Cekal Resources

Suasana Ruangan Jamuan The Club



Hadirin menerima sekotak kecil buah kurma madu dan ajwa serta photo book event TSS sebagai door gift pada hari tersebut.

Door gift untuk hadirin termasuk untuk media


Saleha mengenakan busana indah rekaan wanpa iaitu sepasang kebaya hitam yang amat sesuai dengan gayanya menghadiri majlis istimewa TSS. Solekannya pula oleh aemi agung.

Gaya menawan Saleha berkebaya.
Acara ini sebenarnya dirancang penuh santai kerana TSS sebenarnya adalah satu keluarga peminat yang besar. Selain dihidangkan dengan menu berbuka yang lazat, terdapat acara utama yang menjadikan majlis tersebut sesuatu yang Istimewa buat Saleha dan peminat-peminatnya.

Sebahagian kuih muih :)
Setelah hadirin menikmati hidangan berbuka puasa dan menunaikan solat fardhu Maghrib, pada kira-kira jam 8.30 malam, Dee Dee (Presiden TSS) & Amy ( Salah seorang admin TSS) mengacarakan majlis seterusnya. Majlis seterusnya ialah majlis anugerah dan penghargaan TSS kepada peminat-peminat Siti Saleha.

Sebanyak 3 kategori dipertandingkan iaitu:

  1. Anugerah Peminat Paling Gila( Gila tak tajuk ni tapi pemenangnya tak kisah hehehe)
  1. Anugerah Peminat Sanggup Datang Dari Jauh ..( Utara? Selatan? Timur? Barat? Seberang Laut? ..Semua datang semata-mata nak bersama Siti Saleha :) )
  1. Anugerah Peminat Paling Aktif Di Laman Sosial ( FB, Twitter, Emel , WeChat  dll :))
Admin-admin tak bertanding anugerah tersebut, admin-admin kira juri superprofesional la sebarang bantahan, ketuk meja atau pengiraan undi semula tidak akan dilayan hehehe.

Calon yang berjaya, membawa pulang hadiah penghargaan sekeping sijil yang ditandatangani oleh Siti Saleha. (*Senarai penuh pemenang di bawah artikel ini.)

Salah seorang pemenang anugerah dengan sijilnya dan Saleha...Siapa dia ? Rujuk senarai di penghujung artikel ni :) 
Acara diselang-seli dengan cabutan nama bertuah/separa bertuah. Saleha akan mencabut nama-nama dari senarai, dan hadirin dikehendaki menjawab soalan kuiz berkaitan Siti Saleha. Jika tidak dapat menjawab, dibenarkan meminta bantuan rakan. Pembantu yang menjawab dengan betul akan berkongsi hadiah dengan pemenang.

Salah seorang pemenang hadiah lucky draw
Ni pun pemenang hadiah lucky draw juga :)
Setelah ketiga-tiga anugerah diumumkan, majlis juga sempat meraikan belated birthday Syafinaz sahabat baik Saleha yang jatuh pada tarikh 8 Julai 2013 tahun ni. TSS menyanyi lagu birthday sambil fynaz potong kek kemudian.

Syafinaz, sahabat baik Saleha turut diraikan :)


Majlis juga mengadakan sesi soal jawab bersama peminat-peminat. Selain peminat bertanya soalan, Saleha juga turut bertanya soalan sebagai input memantapkan lagi bakat lakonannya pada masa akan datang.

Contoh beberapa soalan menarik :

Adakah seorang pelakon menggunakan eye mo untuk menangis?
– Soalan Peminat

Perlukah babak sedih menunjukkan seorang pelakon menangis? 
– Soalan Saleha

Saleha Sayang Saya ke Tak?  Siapa pereka baju Saleha? – Soalan Blogger

Majlis kemudian dipertontonkan dengan video ucapan sebahagian peminat-peminat Saleha. Berikut video tersebut:




Penghargaan utama pada malam itu dianugerahkan kepada Siti Saleha daripada TSS sebagai menghargai bakatnya serta kasih sayangnya kepada peminat-peminatnya. Sebelum majlis berakhir, Saleha memberi ucapan serta bergambar kenangan dengan peminat-peminatnya.

Dee Dee / CrazeeAdmin selaku Presiden TSS menyampaikan anugerah kepada Saleha :)
Anugerah Team Siti Saleha - Anugerah utama daripada peminat-peminat  kepada Siti Saleha








Senarai calon dan pemenang



1. Pemenang Anugerah Peminat Paling Gila - Alshilynn



2. Pemenang Anugerah Peminat Sanggup Datang Dari Jauh - Masjidah dari Brunei




3. Pemenang Anugerah Peminat Paling Aktif Di Laman Sosial - Zura Nbb


4. Pemenang Ala-ala Anugerah Kembara - Cahaya Syafinaz 



5. Pemenang Anugerah Team Siti Saleha - Her Gorgeousness Siti Saleha semestinya :)


Group Photo sebahagian hadirin , ramai juga yang jadi jurukamera :) 


Kami, Admin-admin TSS memohon maaf jika ada salah dan silap sepanjang penganjuran majlis ini. Majlis kali ini diketuai oleh Kak Dee Dee (Crazee Admin) yang juga bertindak sebagai pengacara bersama dengan Kak Amy, Kak Jaja (AdminEhsasjdeed) di bahagian persembahan video dan pendaftaran bersama dengan Kak Lene,  Adik Nad (Admin) di bahagian door gift,  serta Kak Su di bahagian jamuan, jurukamera, juruvideo & hadiah. 

TSS mengucapkan Selamat Berpuasa, Salam Aidilfitri serta Maaf Zahir Dan Batin. 

TSS Sayang Sal









- AdminEhsasjdeed