widgets

About Me

Team Siti Saleha (TSS) ditubuhkan secara tidak rasmi pada 29 Julai 2011 dan diuruskan oleh 6 orang peminat setia Siti Saleha. Pada 2 Disember 2011, hasil inisiatif keenam-enam ahli setia Siti Saleha ini, maka tertubuhlah TSS secara rasminya setelah mendapat persetujuan Siti Saleha. Objektif penubuhan TSS adalah sebagai medium yang dapat menghubungkan Saleha bersama peminat-peminatnya. TSS juga menyediakan saluran bagi peminat untuk mengenali pelakon kesayangan mereka dengan lebih dekat lagi.

Monday, 4 November 2013

Telefilem Dari Sinar Mata Sempena Maal Hijrah 1435H

Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah
 
Sebelum tu kami, Siti Saleha & Team Siti Saleha (TSS) ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah dan Salam Tahun Baru Islam yang ke 1435H kepada semua.
 
 
 
Sempena sambutan Maal Hijrah tahun ini, TV3 akan menyiarkan sebuah Telefilem Khas sempena Maal Hijrah lakonan Her Gorgeousness Siti Saleha iaitu :
 
Tajuk Telefilem : Dari Sinar Mata
Saluran : TV3
Tarikh : 6 November 2013
Masa : 9 Malam
Hari : Rabu
Pelakon : Siti Saleha , ShahzJaszle, Jasmin Hamid Kismah Johar, Engku Faridah
Arahan : Shuhaimi Lua 
Skrip: Mama Bella
Terbitan : Uniutama Management Holdings Sdn Bhd
Lokasi: Changlun dan Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah
 
 
Salah satu babak cemas Telefilem tersebut.
 
Petikan kata-kata pengarah Shuhaimi Lua ( Harian Metro 31 Oktober 2013)
 
"Sebenarnya, saya hampir tak jadi mengarah telefilem ini kerana masalah mendapatkan pelakon yang sesuai. Pelbagai nama pelakon diberikan, tetapi terpaksa ditapis berkali-kali kerana cerita ini bermain dengan emosi dan sungguh melodrama. Jikalau tersilap memilih, ia akan buatkan cerita ini hambar kerana mereka dituntut bermain dengan watak yang diberikan. 

"Pada saya, penantian ini ada hikmahnya kerana saya akhirnya mendapat barisan pelakon yang hebat. Cerita ini memerlukan pelakon yang betul-betul boleh berlakon kerana hanya membabitkan empat pelakon sebagai pelakon utama. Saya gembira dan bersyukur apabila diberitahu berjaya mendapatkan Siti Saleha, Jasmin Hamid, Shah Jazle dan Engku Faridah berlakon,"
 
 
"Ini kali pertama saya bekerja dengan mereka dan tak sangka kerjasama mereka cukup mantap. Lakonan yang ditunjukkan oleh Siti Saleha dan Jasmin Hamid amat mengagumkan. Shah Jazle dan Engku Faridah sememangnya selalu bekerja dengan saya, jadi saya tahu rentak lakonan mereka berdua.

"Secara keseluruhannya saya tiada masalah untuk mendapat kerjasama daripada pelakon-pelakon yang saya labelkan Kelas A ini."


 
Poster Telefilem Dari Sinar Mata, Kami pun sayangkan Saleha sampai bila-bila :)
Dari Sinar Mata mengisahkan Syamil dan Syara pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan menghadapi cabaran berumahtangga selepas berkahwin. Syara yang tertekan sering didesak ibu mertuanya untuk segera memperolehi zuriat memandangkan Syamil merupakan anak manja kesayangan ibunya.
 
Jom sama-sama kita saksikan telefilem ini
 
TSS Sayang Sal :)
 
-AdminEhsasjdeed
 
 

2 comments:

  1. Salam Maal Hijrah semua :)

    Dari Sinar Mata lakonan our darling SS... Hmmm x sabar nak tunggu esok mlm sebelum tu kena turun opis dulu baru kite dating dgn SS :-)

    Jom TSS kita duduk depan tv ramai n make sure the remote control in your hand takut ada family member yg nak tgk channel lain :-)

    Thanks to Suhaimi (tuan pengarah) ambik our girl SS as a heroin dlm cite ni & said SS artist ada Kelas ... Kelas A lagi :))))

    Ok kite tunggu mlm cite esok ye

    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi komn Heda. sorry lambat balas.-AdminEhsasjdeed

      Delete