Pages

Sunday, 3 February 2013

5 Sebab Harus Tonton Filem Kerat 14


Assalamualaikum dan salam sejahtera TSS Sweetheartz sekalian,

Sebelum beri sebeb-sebab tersebut, nak beritahu bahawa hari ni genaplah lagi 14 hari dari tarikh event Movie Day Out Team Siti Saleha (TSS) bersama Siti Saleha yang dirancang diadakan pada 17 Februari 2013 ni.





Kali ini agak istimewa kerana peminat-peminat Siti Saleha akan menonton bersama Siti Saleha filem pertamanya yang berjudul Kerat 14. (Satu panggung kami booking tau :) )



Seperti yang pernah diiklankan sebelum ini, filem Kerat 14 ni bakal ditayangkan bermula 14 Februari ini. Gandingan pelakonnya amat hebat iaitu Aaron Aziz, Siti Saleha, Fouziah Gous , Ali Arami, Zamarul Hisham dan Arora Salwa.




Pada 30 Januari 2013 yang lalu, admin TSS telah diundang untuk menonton tayangan perdana filem ini bersama dengan barisan pelakon, krew dan pihak media serta peminat-peminat Siti Saleha dan Aaron Aziz yang berjaya memenangi kuiz dan pertandingan yang diadakan oleh pihak produksi Kerat 14 dan TSS sendiri.



Kalau diikutkan kiranya kami dah tak payah tengok lagi la filem ni sebab dah tengok hari tu. Tapi mana boleh,  kami kan peminat setia Siti Saleha, kami pun nak TSS Sweethaertz yang lain merasakan keterujaan kami menonton bersama Siti Saleha dalam suasana santai keluarga TSS ni. 



Maka dalam artikel ni kami beri 5 sebab mengapa kena tengok filem Kerat 14 lakonan Siti Saleha di pawagam atau bersama kami dalam event movie day out :) (sebenarnya lebih banyak sebab tapi kami beri 5 saja dahulu).

Pertama

Sebelum-sebelum ni kita tengok sekerat-sekerat saja. Sekerat kat first look, sekerat kat trailer rasmi, sekerat kat poster, sekerat kat promo SS dan AA, sekerat kat berita TV, sekerat kat paper, sekerat kat blog, sekerat kat runit bunyi (OST) rasmi…banyak pula kerat tapi dah cukup 14 ? Tak cukup, sebab tu la kita kena tengok penuh Kerat 14 kat pawagam nanti.


Kedua

Anda merupakan peminat setia Siti Saleha. (macam kami). Hari-hari, cari cerita dia (macam kami) , hari-hari tweet2 dia (macam kami), kalau ada drama, iklan, promo dia kat TV mesti tengok (macam kami) , kalau ada majalah, surat khabar yang cerita pasal dia atau ada gambar dia mesti beli (macam kami), lebih banyak gambar dia berbanding gambar sendiri (macam kami), dah berguni-guni surat khabar beli untuk undi dia (macam kami), dah tekan nombor dia banyak kali untuk undi dia ABP G5 dan Bella BB7 (macam kami) …jadi wajiblah tengok filem pertama dia ni. (macam kami) hehehe bak kata Sleeq dan Najwa ‘Untuk dia hey ..Untuk dia hey..Untuk dia hey..’


Ketiga

Kami dapat firasat, yang Siti Saleha ni bakal jadi pelakon tersohor dan hebat satu hari nanti. Sebenarnya dah hebat pun. Cuba kita imbas kembali pelakon-pelakon hebat macam P Ramlee, walaupun punya banyak karya hebat, tetap yang pertama menjadi satu kenangan indah buatnya dan peminat. Karya pertama susah nak cari balik masa zaman gemilang seseorang pelakon. Maka, harus kita buat koleksi nanti, kalau tak sempat beli pun, sekurang-kurangnya sebagai peminat Saleha, kita dah pun tengok filem ni dan dapat beri penghargaan secara langsung nanti kalau kita suka, atau kita kritik untuk membina kalau kita tak suka.






Keempat

Lakonan semua pelakon terutama Saleha memang best, bagus, ekspresi wajah menjadi, kan dah tengok sekerat kat trailer tu..gaya sinematografi,aksi pun cantik dan menarik. Cerita banyak pengajaran secara tak langsung. Lagu tema sedapkan. Lagu tema bakal hit insyaAllah. Eh mcam dah lebih pula sebab ni.    

Sal jangan nangis nanti kita tengok sama-sama 17 ni..lepas tu kita makan aiskrim ok :P 


Kelima

Kita kan TSS, Team Siti Saleha kan sayang Sal. Saleha pun sayang TSS.

Kita layan gambar dan lagu tema. Ok bagi yang dah bagi nama tu, mohon buat bayaran segera. Terima kasih.


Lagu tema rasmi Filem Kerat 14 - Tajuk lagu : Penyesalan. Nyanyian Zarul Umbrella


TSS Sayang Sal 

-AdminEhsasjdeed

6 comments:

  1. AWESOMEEEEEEEE!!!...x sbar nak tgk Aron Aziz & Siti Saleha brgandingan lg mesti best (*_*) love u sayang♥sy akn sentiasa menyokong anda♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi komen :) lakonan Saleha best.

      -adminehsasjdeed

      Delete
  2. Salam semua.
    Dalam kesibukan bekerja dan kekangan masa yang terlampau, masih jua ku mampu gagahkan diri mencari ruang untuk berkongsi cerita bersama-sama kalian kerana inilah yang dinamakan setia...
    5 perkara penting mengapa harus menonton filem Kerat 14 :
    1. Kerana Siti Saleha berbakat melakonkan watak utama. Menjiwai tekanan yang dilalui dan emosinya dapat dirasai penonton. Menghidupkan watak Nur Zara dengan berkesan serta riaksi wajah natural penuh berkarektor.
    2. Kerana ini adalah julungkalinya Siti Saleha menongkah arus meniti cabaran berlakon di layar perak. Jujur saya katakan penelitian terhadap gaya dan mood lakonan perlu diambilkira untuk membezakan di antara drama dan filem selain sinematografi, pencahayaan dan sistem audio yang baik.
    3. Kerana ini adalah filem Malaysia. Berkaitrapat dengan undang-undang dan amalan yang mesti dipatuhi serta meningkatkan kesedaran terhadap jenayah yang semakin berleluasa.
    4. Kerana memberi peluang kepada pengarahan filem dengan gaya nafas baru, yang lebih segar untuk melangkah lebih jauh. Tontonan anda membantu menyemarakkan lagi industri perfileman tempatan.
    5. Kerana saya diberi peluang menonton tayangan perdana Kerat 14 ini bersama-sama Saleha dan para jemputan yang lalu. Tidakkah anda mencemburui saya?
    Saya pasti bersama anda menonton Kerat 14 pada 17 Februari ini sekali lagi kerana ingin mendalami dan merasai keistimewaan filem ini buat kali kedua. Adakah mood saya akan berbeza berbanding tontonan pertama? Kita nantikan jawapannya selepas ini.

    p/s: Buktikan bahawa kita bersama-sama menyokong Siti
    Saleha dan berusaha membantu memberikan semangat
    supaya beliau terus maju berdayasaing dalam industri
    yang diminatinya ini. Sampai jumpa lagi.


    -Effisdzar Sun a.k.a Yellowspider


    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih komen, Komen di atas ni lebih berilmiah hehehe ini menjadikan 10 sebab kena tonton ni. 5 sebab di atas memang kami setuju sangat terutama yang nombor 1 tu Siti Saleha amat berbakat.

      Yang lain, cuba tengok no 5 tu. Tak cemburu ke kat kami yg dah menonton ni?Bertingkat-tingkat kan? InsyaAllah 17 hb ni lagi seronok sebab Team Siti Saleha yang anjurkan :P

      -AdminEhsasjdeed

      Delete
  3. boring btl cite kerat14 ni...mule2 tgk dh merapu dengan lori sampah yang sepatutnya kutip sampah tong2 rumah, blh lak nk kutip sampah kat tong besar gedabak tu..x logik langsung..pastu pelakon baru yang kena bunuh tu mcm kayu..pastu dialog si sarifa sofia dan aaron aziz tu ckp "tlhlah kwnnya nk balik ckit lg" tp dlm proses potong mayat kalo ikutkan mmg lama beb..sampai pagi...potong mayat guna pisau biasa...ingat senang ke nk potong mayat manusia ni..rasanya kena guna gergaji atau kapak besar n tajam nk kerat2 ni...pastu masa adegan kejar mengejar kereta polis ngan kereta aaron aziz tuh..si zamarul hisham boleh ckpo berkali kali "berhenti berhenti" sdgkan aaron aziz dh kena menembak banyak kali tuh..tu kalo ikutkan dh tentu la polis akan serang balas untuk pertahankan diri..x masuk akal punye cite..dari cite yang mcm ni baik x yah buat filem la..malu oooo..standard jauh sgt..nk buat filem biar la logik..nasib baik tgk cite ni kat dlm astro ria je..kalo tgk kat cinema...mmmm rugi besar oooo...opkos aku tgk dr mule sampai hbs dgn menyumpah nyumpah..sama gak cite vikingdome arahan KRU studio tu..buang duit aku je tgk..malu tgk..mcm cite indon yang cinetron ptg2 tu je...lbh baik layan cinema yang movie action atau horror omputih..tentu puas hati dh..harga bayar tiket tgk movie hollywood tu sama je ngan harga tiket movie tempatan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf tak perasan ada komen ni. Semoga pihak produksi Kerat 14 yang mungkin juga terbaca komen ni turut ambil perhatian dan menambahbaik lagi filem-filem mereka akan datang. Saleha juga saya pasti ambil maklum dengan perkara ini dan sentiasa berusaha menambahbaik lakonannya dari semasa ke semasa. :)

      Berkenaan komen pasal lori sampah tu, Ada logiknya, saya pernah tgk lori sampah yg ambil sampah dari tong seperti itu terutama lepas habis pasar malam.

      Semua pelakon hebat mula memang kayu, tapi pelakon-pelakon ni lepas audition drpd yg lebih kayu lagi, jadi bersyukurlah hehe.

      Pembetulan Sharifah Sofia tak berlakon ini filem hehe yang berlakon ni Siti Saleha sebagai Nurzara. Kawan dia mmg nak balik kejap lagi tapi sebab ada hal balik awal pagi hehe.

      Pasal potong mayat tu lama ke tak dan boleh ke guna pisau biasa, saya tak boleh komen sebab saya tak pernah potong mayat, potong q tu ada la kadang2 haha

      Ok dlm cerita ni zamarul hisham mmg ikut sop polis bukan sesuka hati tembak, lagipun kejadian berlaku di tempat awam, takut terkena peluru sesat.

      Yg pertama selalu banyak kelemahan, kalau saya skrg diberi nilai duit yang sama untuk buat semula filem ni pun saya tak mampu sbb pengalaman mereka lebih berharga, semoga filem akan datang mereka lebih baik hasilnya.

      -AdminEhsasjdeed

      Delete