Pages

Saturday, 1 December 2012

Terlanjur Cinta, Jom Kita Bercerita






Bulan ni TSS nak bercerita sket tentang drama terbaru si chomel Saleha yg bertajuk Terlanjur Cinta. So admin2 TSS sudah syiok sendiri dan sudah buat diskusi sket. Jom kite baca apa yg admin2 da merapu ni.. 


Apa pendapat anda tentang watak Nia yg dipegang oleh Siti Saleha?? Skala 1 - 10 (1 = tak lah bendul sgt, 10 = bendul nya) : Berapakah tahap kebendulan Nia bila berhadapan dgn Fareth??

AdikNadia: Me rasa watak Nia sangat sesuai dengan Sis Sal. Lembut je. Me kan PA online Sis Sal. So me sokong apa Sis Sal lakon. Skala kebendulan Nia... 7 kot. Hahaha.. 
AdminEhsasjdeed: Nia oh Nia. Nia dari satu segi baguih la ada watak mcm ni dlm drama Melayu. Kira watak ni lebih dekat dgn masyarakat. Takda la digambarkan heroin tu perfect ja. Walaupun muka lawa, budak kampung, pemegang anugerah dekan, tapi "bodo" tu ada. Tahap bendul nyer over la. Skala ni mcm mana? Boleh la bagi 10.5 . Hahaha.. Terkeluaq jarum skala kalau timbang tahap kebendulan Nia ni.Tapi ni kira kebendulan dgn si fareth je. Yg lain nampak Nia kuat juga macam Nia dengan Pak Su. Oooo.. Agaknya sbb kena rendam dlm laut tu otak Nia terkembang sikit. Hehe.. Jangan marah..
Kak Su: So far watak Nia ni sebenarnya seorang yg tegas, amik berat, penyayang & cukup ciri2 gadis kg yg baik cuma bila berdepan dgn soal cinta ni dia kalah. Sanggup mengetetepikan sikapnya yg sebenar. Senangnya lemah bila berdepan dgn cinta. Skala 5 kot eh. Hehe.. Dia tak la bendul, cuma bila bercinta dia takleh lawan hatinya itu. 
CrazeeAdmin: Honestly, rasa nak lompat masuk kat dlm tv tu tampo2 je Nia. Biar dia terjaga dari mimpi yg tak ke mana tu. Kite bole tengok karektor Nia yg berani bersuara masa kat kampung. Takde la lemah. Tapi di luar kampung hancur. Adoi Nia. Rasanya Jaja baik hati kasik 10.5 je. I give 12!! Kabooom!! Meletop trus timbang tu. Hehe.. :p Pape pun, SS memang best bwk watak Nia yg naif ni. 


Sub-plot Nia sekeluarga dan Pak Su ni sgt menarik. Paksu pernah merengkuk di penjara. Kenapa mak Nia susah nak percaya anak sendiri. Apa teori anda??

AdikNadia: Err.. Me tak tau la. Me rasa mungkin disebabkan adik Nia yg selalu tak duk kat rumah and ponteng kot??
AdminEhsasjdeed: Mak Nia kan buta. Jadi dia tak nampak facial expression Nia & Cici. Mak dia boleh dengar ja. Jadi kalau nak buat mak dia percaya, sora Nia tu kena bagi dramatik. Nanges tak boleh pelan2, kena kuat2. 
Kak Su: Konflik kisah Paksu ni maybe dendam sket antara Paksu ngan bapa Nia. Dari situ dendam Paksu bawa ke anak2. Mak takde pilihan selepas bapa takde. Da la hidup susah. So bila Paksu kuar dr jail, mak terpaksa terima Paksu. Paksu masuk jail maybe sbb bapa Nia gak. 
CrazeeAdmin: Ok la. I think, Nia pernah nampak Paksu wat sesuatu yg tak elok. Thats why masa Nia dpt tau Paksu tumpang depa, Nia mcm upset. Mesti ada benda yg da terjadi yg Nia simpan sorang2. Tapi teori yg Kak  reka tu mcm best je. 




Sub-plot Fareth yg playboy, tukar2 awek mcm tukar2 pampers: Menarik atau rimas la, bole tak takmo lagi??

AdikNadia: Menarik kot.. Hahaha.. 
AdminEhsasjdeed: Tak mau, tak mau. Kalau dia crook memang tu la watak dia. Kalau dia hero moga dia insaflah dlm drama ni. Kesian kat Nia.
Kak Su: Rasanya Fareth da kurang playboy bila da keje. Cuma dia terpaksa berhadapan dgn Farisha yg cuba perangkap dia. Dia sekarang cuba mencari cinta yg sebenar. Dlm diam2 akhirnya terjatuh cinta dgn Nia. 
CrazeeAdmin: Tak minat ngan watak Fareth ni. So, kalau bole takmo Fareth jatuh cintan cintun smua ngan Nia. Kalo nak sgt I hope he will change for the better la. Da la tak respect kaum Hawa, main2 ngan depa, malas plak tu. So jawapan nyer ialah rimas. Sudah2 la tu. He needs to stop fooling around. So far mcm tak nampak kualiti yg ada pada dia. Im sorry Fareth.. 


Ramai yg ckp drama ni ada persamaan dgn novel Andai Itu Takdirnya oleh Siti Rosmizah. Sejauh mana sama dan berbeza (bagi yg da baca ye) 

AdikNadia: Sorry, me tak baca la. Me hanya baca buku SPM je. Me da jadi pelajar terlampau. Hehehe.. Tapi dlm lakonan ngan dlm novel feeling dia berbeza. 
AdminEhsasjdeed: Yeah, da baca. Novel ni memang best. Depa kata sama sebab ada beberapa babak dlm TC yg mcm nak sama dgn novel ni. Tapi TC ialah TC. Novel tetap novel. Isu yg TC bawa lebih pelbagai. Tak boleh nak komen pjg sbb drama pun belum habis tgk. Setakat ni ada yg sama dan ada yg beza tapi watak2 memang tak sama langsung pun. 
Kak Su: Tak tau la novel tu. Tapi Kak Erma memang best selalu buat skrip sendiri. Biasa cerita Kak Erma tersendiri. 
CrazeeAdmin: Hehe.. Lawak la adik Nad ni.  Errr.. Sebenarnya I also cannot comment much. 
AdikNadia: Kak DD pun SPM gak ke? (ketawa sorang2) 
CrazeeAdmin: Hehe.. Belum pernah baca novel ni lagi. Tapi betol apa adik ckp. Dlm novel description dia lebih mendalam. So lagi best nak menghayati watak tu. Tp lakonan, kalo dapat pelakon yg tak kena ngan watak pun, hancur gak kan. I dont think I answered the question. Takpe la, kite merepek kat soklan lain plak. :p 




Selain isu haruan makan anak dalam episod 3, TC mengetengahkan isu2 lain seperti kena tangkap basah (berdasarkan promo episod akan datang) dan penderaan (berdasarkan tahap kestalkerlan admins2. hehe.. ) Apa pandangan anda tentang isu2 ni??

AdikNadia: Pada pendapat me kan... Me have no comment. Hehe.. Baik me study je tuk Ekonomi. Next week ada paper ni.
CrazeeAdmin: Haha.. Poyos adik ni.
AdminEhsasjdeed: Okay. Drama ialah kelas yg interaktif yg mendidik masyarakat secara tak langsung. Jadi biarlah jgn kosong, kosong, kosong. Isu2 ni baguih untuk diketengahkan. Mcm dlm episod 3, Nia da bagi idea mcm mana nak lindungi adik dia drpd Paksu. Bagi isu yg belum kite tgk lagi penonton dpt belajar apa yg patut kite buat dlm situasi  tu. Dan kalau dah jadi pun, apa alternatif2 yg ada untukl jln keluaq. Cerita mcm ni la baguih tambah dgn pelakon baguih mcm Sal ug main. Memang terbaik la. 
Kak Su: Tak la nak komen sgt coz baru episod 3 kan. Da nak masuk episod tengah sok maybe ada byk isu. Tp yg jelas skarang isu haruan tu la. Nia kena cari jalan keluar dr kemelut tu. Maybe da masuk episod tengah kite bole kupas balik isu ni. 
CrazeeAdmin: Ok, actually I think isu tangkap basah ni cam da slalu gak kite tengok kan. Tp im excited about isu penderaan ni. Harap2 tahap ke-stalkerlan admin2 ni memang bole pakai la. Coz memang rata2 kite tgk some women are afraid to do anything bila da kena dera dan seangkatan dgn nyer. Domestic violence smua ni kan. Lebih rela tanggung sendiri senyap2. Ada gak yg tak tau katner nak mengadu. Jadi isu ni memang perlu diketengahkan. I cant wait to see how Saleha will carry Nia when she is in that situation. Bukan senang tu. 


Rasa2 apa agaknya penamat drama ni?? Sila buat andaian sendiri..

AdikNadia: Rasa2 ending dia.. Mesti good ending. Mungkin Fareth jatuh cinta ngan Nia and Nia pun rasa mcm tu. Pastu hidup bahagia. 
AdminEhsasjdeed: Terlalu awal nak buat penamat cerita ni sbb kemuncak cerita pun belum sampai lagi. Tapi ada 3 kemungkinan. Tp mesti CrazeeAdmin edit teori2 ni. So andaian yg paling best ni kan Nia bunuh Fareth dan cari hero lain. Polis tak boleh tangkap Nia sbb Nia mempertahankan diri. Nia bahagia dengan hero baru. 
Kak Su: Fareth mula jatuh cinta dengan Nia & akhirnya berkahwin tapi tak bahagia coz sikap Fareth yg playboy. Alam perkahwinan mereka banyak rintangan. Eh, baru 3 epsiod. Hehe.. 
CrazeeAdmin: Hah, jawapan Jaja memang best. Begini citernyer. Penamat nya ialah tata titi tutu kat Fareth. Hehe.. Jahat tak. Fareth and Nia will not be together. Sbb Fareth will not change. Nia will end up ngan Nazim nye character, apa ke nama nye. Teringin nak tengok Nazim berlakon ngan Saleha. So I really want see them together, bole tak?? Da la Nazim tu sgt ensem. Adoi...Luv, luv, luv aje la.
AdikNadia: Haha.. Kak DD gatai..  Betol ke citer ni camtu ending dia??
CrazeeAdmin: Ala, kecoh ah adik ni. Err.. Saje main hentam. Andaian kan?? :p 
AdikNadia: Poyos.. :p 


Begitu la diskusi admins2 TSS ni. Kami pasti anda juga mempunyai pendapat yg tersendiri. Cerciter2. Jom kite komen2. We would love to hear your thoughts. 

Akhir kata, terima kasih kepada Kak Erma Fatima kerana percaya akan kemampuan pelakon kesayangan kite, Siti Saleha untuk membawa watak Nia ni. Thank you so much.. :) 





Sebelum tu, kita tengok dulu video promo episod akan datang (Cerita esok dan lusa) 





-CrazeeAdmin-
Bersama AdminEhsasjdeed, AdikNadia dan Kak Su.. 


* Nak tambah Selamat hari ulangtahun rasmi TSS. Sedar tak hari ni 2 haribulan Disember 2012. :) 
   Happy Birthday TSS. Terima kasih Sal kerana percaya dengan kami untuk menerajui TSS. 

   TSS sayang Sal :) - AdminEhsasjdeed  



5 comments:

  1. Sebelum bagi opinion, nak wish Happy 1st Anniversary to TSS (2nd December 2012)...May Allah bless Siti Saleha, all the admins & the rest of us ;)

    Ok..jom kta share opinion masing2 on watak NIA in Siti Saleha's new drama Terlanjur Cinta but this one based on 3 episodes je tau hehe....

    1. Pendapat on watak Nia - So far satisfaction guarantee hehe...stakat ni dah nmpk 2 karakter Nia...tegas and responsible to her family and too angau & bodoh when it comes to Fareth....Tahap kebendulan mmg ambik yg max lah (10)...kesian kan, senang je Nia tu diperbodohkan oleh Fareth...but her '+ve thinking' attitude is tiptop tau, tak pernah ada buruk sangka hehehe :) *tabik to SS for good acting*

    2. Teori Mak Nia susah nak pecaya - Sebabbbb...Mak Nia tak nmpkkkk....hehehe but I have to agree with Jaja's opinion...dia x nmpk expresi muka Nia and Cici, so kena improvise ckit tone suara Nia and Cici masa komplen perangai Pak Su tu hehehe


    3. Kalo Fareth ni takde kena mengena dgn Nia, nak komen lantak lah dia hehehe...but apa2pun I pick RIMAS, sudah2 lah tu Fareth *slapped on his face* :)

    4. Persamaan dgn Andai Itu Takdirnya - Tak tau bla lah nak hbiskan that novel hehehe...apa2pun from what I've read in today's Metro Ahad...Terlanjur Cinta is based on a true story so persamaan tu most probably ada lah kan.. :)

    5. Opinion on those issues - Actually tak brapa keen sngt nak tngk ceta2 yg camni...ada pros and cons nya jgak...but hopefully drama ni will motivate all the mangsa to stand up, speak up, fight back and most of all...protect themselves lah...kalo dlm cite ni, Cici and Nia lah yg mangsanye.

    6. Penamat cite ni - part yg pling susah ni, kena tanya Kak Erma Fatima hehe...kalo nak lebih dramatik..Nia mati kot sebab asyik kena dera oleh Fareth atau sebab semput dia...hbislah mata2 TSS bengkak2 pastu hehehe...tapi yg pasti ramai yg akan meroyan tngk cite ni ;)

    *typing all the comments sambil mulut mcm gmbr SS kat atas* hahahaha

    Ok cukup2 lah..nak bagi peluang org lain komen lgi lah hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kak Mas sudi komen. Tengah tunggu komen orang lain pula :)Tak mau la sad ending (tgk gambar last tu panjang muncung Nia hehehe)

      - AdminEhsasjdeed

      Delete
  2. Salam semua.
    Sebelum share drama TC ni dgn uolls i nak bagi tahu yang i suka sgt Saleha buat mulut ala2 tweety bird tuu..chomel dik!
    1. Saleha sebenar berbeza sgt dgn watak Nia. Sal sesuai bawa watak Nia yg bendul tu dlm kategori 10. Tapi pabila berdpn dgn Fareth jadi 15X kebendulan. Bukan senang bawa watak naif ni. Mmg wujud manusia sebegitu. Bagus penghayatan u Saleha.
    2. Nia akan jadi lebih kuat pabila berhadapan dgn org yg dibenci seperti paksunya. Pabila sampai satu peringkat, Nia mungkin akan berubah sedikit demi sedikit dan hilang kebendulan. Cuma manusia naif spt Nia ni lembut hati dan sentiasa berfikiran positif dan tak mahu mengeruhkan keadaan.
    3. Watak Fareth yg playboy tu mungkin akan insaf pabila menjelmanya episod2 akan datang. Nia mmg salah bila falling in love with Fareth..tak sesuai kecuali Nia bertukar jadi jahat.
    4. Drama TC ada persamaan dgn novel Andai Itu Takdirnya? Owh..sorry..yg takdpt nak share comment sbb tak baca novel tu..
    5. Isu haruan mkn anak. Ohh Nia, bila tidur, kuncilah pintu. Standby pepper spray or kapak kat tepi katil. Takpun flying kick jer..jerit kuat2 sampai jiran2 pun dgr..err..gigit telinga paksu cam Mike Tyson pun ok..hahahahaa..
    6. Penamat drama TC ni.. i takboleh buat kesimpulan sbb baru episod 3. Cuma berharap Nia berubah jadi kuat dan TSS akan ubahkan kategori kebendulan/kenaifan Nia tu kpd 0.00%.
    Ok..temujanji kita menonton TC mlm ni pukul 8.30 mlm di TV9
    Love and Miss you Saleha.

    p/s : pilih bersama Nia dan Saleha malam ni...♡♡♡ jgn biarkan org lain menukar channel selain dr TV9 mlm ni..fight for our love!

    ReplyDelete
  3. terus terang cakap...drama ni membosankan
    tapi sebab ade siti saleha.terus x jdi bosan lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke?? Apa yg bosan tentang drama ni?? Mungkin kah watak Nia yg membuatkan anda rasa bosan?? Drama ni banyak mengetengahkan isu2 penting. Mungkin bila da masuk episod tengah esok anda bole appreciate lagi drama ni. Apa pun, terima kasih kerana beri peluang tonton drama ni walaupun anda rasa ia agak bosan. Hehe.. Terima kasih juga kerana support Saleha. :)


      -CrazeeAdmin-

      Delete