Pages

Thursday, 20 September 2012

Video BBQ Raya Bersama Saleha Part 1

BBQ Raya Bersama Saleha | 15 September 2012 | Ipoh, Perak | Team Siti Saleha.

Meriah, itu suasana yang digambarkan wartawan yang hadir ke acara ini. Bagi kami yang merasai sendiri pengalaman kali ini memang meriah gila. Hari tu macam-macam ada.  Jom baca sikit sebelum tengok video yang disediakan. :)

Hari tu ada makanan yang sedap


1. Nasi Tomato 'Nora Elena' 
2. Ayam Merah 'Aku Untuk Siapa'
3. Rendang Tok 'Pak Pong'
4. Ketupat Palas 'Kerat 14'
5. Lemang 'Pencinta'
6. BBQ ' KL Zombie eh..Ipoh Chombee' :P
7. Daging Masak Hitam '7 Hari Di Neraka' (Insaflah) :P
8. Air Kordial Anggur 'Gincu'

Unikkan nama makanan-makanan ni? Apa ada yg tak nampak label? (Memang admin terlupa label pun hehehe)

Selain tu ada cabutan bertuah 3 hadiah beserta hamper Palmolive, hadiah untuk best dress serta door gift tajaan Palmolive. 

Games pun ada hadiahnya juga dan amat menghiburkan. Kami main. 3 permainan tradisional iaitu  boling kelapa, baling selipar tuju tin dan kukor nyor (kate org Perak).

Ada tuan rumah yang baik hati, (*,) , admin team yang terbaik (ni naik lif tekan no sendiri :p hehehe), hadirin yang sporting dan artis yang diraikan Siti Saleha yang disayangi semua. Tak dilupa pengurusnya yang memastikan Saleha tiba dengan selamatnya serta sahabatnya yang menambah rencah dan perisa :)

Panjang ke...? Saja nak bagi kome jealous hehehe. Yang belum join tu jom le sertai Team Siti Saleha. Maklumat boleh diperolehi di laman blog ni Blog Team Siti Saleha dan FB Team Siti Saleha 





-AdminEhsasjdeed

2 comments:

  1. Salam semua.
    Alhamdulillah. Setelah sekian lama menanti, akhirnya event ni berjaya menawan hati para peminat setia Siti Saleha termasuklah saya. Walaupun event ni telah lama berlalu, tapi beritanya sentiasa berbunga mekar..segar diingatan. Semua yg hadir rasanya bagaikan melalui detik paling manis dan mempergunakan masa yg terhad dgn sebaik mungkin. Itulah penangan Siti Saleha. Tak lepas dari pandangan mata kami. Almaklumlah, 'tuan puteri' tumpuan utama ketika itu. Kehadiran disambut TSS mesra membuatkan diri ini teruja walaupun kami hanya berhubung di maya. Bertemu ahli lain juga membantu memeriahkan majlis ini. Indahnya pabila menyakat dan disakat. Ada saja bual bicara kami. Bagaikan berkurun tidak berjumpa dan tersesat di zaman yg TSS rekakan.
    Apa yg boleh saya ringkaskan, gambaran majlis ini sgt menakjubkan! Tahniah kpd penganjur. Terima kasih Saleha kerana sudi memperhebatkan suasana. Kenangan saat emas ini sentiasa terpatri di memori. InsyaAllah kita jumpa lagi.

    Salam sayang buat semua ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afiza, terima kasih sudi komen :). Ternanti-nanti yg lain komen juga di blog ni :) tak semestinya tak ada blog tak boleh komen. Jom meriahkan post ni dan seterusnya nanti.

      Terima kasih.

      -AdminEhsasjdeed

      Delete