Pages

Monday, 30 July 2012

29 Julai Yang Istimewa.


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ni (semalam) dalam sejarahnya pada tahun yang lalu iaitu 29 Julai 2011, buat pertama kalinya 6 peminat ‘gila’ Siti Saleha bertemu.

TSS dan penasihatnya selepas Majlis Berbuka Puasa 20 Ogos 2011 (Event TSS Pertama)
Sebelum ni berutus-utus twit saja di antara kami dan tidak pernah  berjumpa.  Jujurnya pada tarikh inilah kami benar-benar bercakap berhadapan. Mata bertentang mata, senyum berbalas senyum.  Selama ini kami hanya menggunakan jari dan lintasan fikiran. Walaupun begitu, sewaktu kami  berjumpa, kami seolah-olah telah kenal lama.

Alhamdulilah rupanya ini juga salah satu cara kami dikurniakan sahabat sehati sejiwa dan baik-baik orangnya. Kami dapati kami mempunyai banyak persamaan, selain meminati artis yang sama, serta “gila” yang sama, majoriti nama kami juga berpangkal huruf S. Allah dah memakbulkan permintaan adik Nadia (Nad/Admin). Dia minta seorang je kakak SS (Siti Saleha/Sal/Sally/Leha), tapi dianugerahkan lagi 4 kakak semua pangkal S juga iaitu Suhani (Dee Dee/CrazeeAdmin), Suriana (Kak Su), Sahariza (Jaja/AdminEhsasjdeed), Amy Soraya (Amy) + Azelene (Kak Lene) yg semuanya hampir sama ‘gila’ dengan dia.
Kami terasa seperti remaja 16 tahun kembali. :P  

Kesabaran dan kegigihan kami membuahkan hasil. Kami kini merupakan kelab rasmi peminat Siti Saleha.  Majlis pelancarannya pada 24 March 2012. Yang ni tahun depan kita sambut. :) (Event Kedua TSS)
Bermula hari itu kami mula belajar kekuatan dan kelemahan masing-masing. Kekuatan setiap ahli, kami gunakan untuk mengukuhkan pasukan sehinggakan kelemahan ahli tidak menjadi soal lagi. Kami telah bersatu hati dan berkerjasama menjadi InsyaAllah satu pasukan yang hebat.

TSS selepas acara 'Shuffle & Bowl bersama Siti Saleha', 3 Jun 2012.
Turut serta CS dan Raja Longkang (Event TSS Ketiga)
Ya kawan-kawan anggaplah ini rahmat Allah. Kami waktu tu pun tak pernah pun jumpa Sal. Tak tahu macam mana dia dan tak mengharapkan sesuatu yang luar biasa kerana kami tahu dia pun manusia biasa. Tak sesempurna Nora Elena watak imaginasi khayalan penulis novel dan penulis skripnya atau penerbit dramanya.  Namun, kerana popularitinya menerusi drama tu agak memudahkan kami mengumpul peminat yang agak-agak gila juga yang menunggu masuk wad ICU soon tu. 


hahaha ...Beberapa gambar istimewa Sal untuk peminat-peminatnya. Sorry
Admin-admin tumpang menyelit :)

Menjelang hari majlis tersebut, kami berasa teruja dan bahagia kerana sehingga ke saat ini, kami yakin kami dikurniakan antara rakan-rakan terbaik serta artis yang baik. Kami kini bukan lagi hanya fans Siti Saleha  tapi kami kini kawannya juga. Sebagai peminat dan kawan, kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya dan untuk kami juga.  Bak kata Sleeq dan Najwa Untuk dia hey untuk dia hey untuk dia…untuk aku..untuk kamu..untuk aku J


-AdminEhsasjdeed :)

2 comments:

  1. Salam semua.
    Saya ambil masa yg terlalu lama utk berkongsi di blog ni..berpeluang pula menjadi yg pertama mengarang di sini. Ajaib! Mengapa tiada siapa yg mahu komen di sini?
    29 Julai 2011 semestinya hari yg bersejarah buat TSS. Mungkin juga bagi mereka yg lahir atau meraikan sesuatu yg indah.
    Bagiku, 29 Julai thn lps juga bukanlah sesuatu yg mahu dikenang tapi kedukaan yg menebal saat pergi seorg sahabat akibat kemalangan, meninggalkan kesan besar yg amat mendalam. Ahh..lupakan kisah sedih. Kini, aku temui ramai sahabat baru. Kisah hidupku semakin berubah. Banggaku katakan disini, aku menjadi ahli kelab
    TSS. (ada juga yg mentertawakanku..kata mereka "yg anti gossip dah mula ambil tahu perihal artis..pelik!"..)
    Aku tak peduli itu semua. Aku ikhlas menyokong mereka yg jujur dr pandangan mata hatiku. Nah..ternyata berkesan. Keakraban mereka menerbitkan kerianganku. Berita mereka membuat kuketawa sendirian. Ayat mereka menjadikanku
    seperti...(terperasan sejenak! Hahaha..aku jer yg fhm..)
    Terima kasih Siti Saleha kerana wujudnya kamu dlm industri yg mencabar ini. Dgn tertubuhnya TSS, sedikit sebanyak telah mengubah aku sebagai pemerhati kalian, berusaha mengembalikan warna ceria gelombangnya hidup ini. Selamat maju jaya!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Afiza kerana sudi komen. Mungkin yang lain tak komen sebab terlepas pandang atau cemburu kot hehehe.

    Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap kita ada ceritanya. Ada yang kehilangan kerana semua benda fana kecuali Allah, semua hanya pinjaman dari-Nya. Namun setiap kehilangan biasanya diganti dengan lebih baik mengimbangi kehilangan itu dan melupakan kesedihan akibat kehilangan itu.

    Oleh sebab itu, hargailah apa yang kita perolehi hari ni.

    -AdminEhsasjdeed :)

    ReplyDelete